Apakah kenikmatan sebenar kita mukmin mukminat berhari raya?

Posted by sazali

Salam.

Satu soalan yan bagus bukan?  Mengapa kita beraya sakan ini?  adakah ini tuntutan agama sebenar ..kita gi maghi gi maghi berkunjung ke rumah orang itu dan orang ini selama sebulan?  negeri demi negeri kita lintasi ..beraya konon dengan kaum kerabat kita selama ini.


Salah satu nikmat ialah kita :
a) dapat mengeratkan semangat ikhwah (persaudaraan) sesama islam terutama sanak saudara darah sedaging dgn kita

selain dari itu kita .

b) mengagungkan kebesaran Allah ..nikmat Allah mengampunkan diri kita dari sekalian dosa .. jika kita telah berpuasa secara terbaiklah / berjumpa lai latul qadar 10 hari terakhir ramadhan /  sembahyang terawih sebaik mungkin dan telah memenuhi hak Al-Quraan dibaca habis dari surah al-fatihah hingga an- naas,  sudah kah tuan khatam al-quraan tahun ini?


tetapi jika amalan puasa ini sekadar .. puasa jer / sembahyang farhu tidak

ok kor puasa kito tu ..adakah kita layak berhari raya?


sembahyang terawih ..ada buat ada tidak ..marah kat imam yg membaca surah yang panjang-panjang terutama pada malam 20 ramadhan hingga 29 ramadhan  ..  penat lutut kita .berdiri ..otak masih ingat nak tonton t-v olimpik..  perut nak makan dan makan tak habis hais nafsu makan kita

kia menipu berjual beli musim rayo ni  /  timbang daging tak betul/  timbang buah-buahan semasa menjual pun tak betul/  banyak menipu kito/  kita mengajar di sekolah pun tak betul ,  masuk lewat dan keluar dari kelas awal/  buku buku budak tak bertanda apa apa pun/  dakwat pen merah tak luak setitik abuk pun // kita suka lawan boss / umpat itu dan ini/ semua orang tak betul, kito seorang jer betul../ kito pelago orang // kato orang UMNO itu kato orang PKR gini//

anak-anak bini .. tak gi sembahyang terawih pun //  tak ngaji quraan pun //  tak dengar tazkirah apa-apa pun sepanjang bulan ramadhan //  asyik tengok TV drama swasta indon // anak anak bini habis kita keroh gi jual pasar-pasar malam cari samah serial // kuat niago malam malam ..pagi pagi kito anok beranok tidur atas tangga rumah saja terlampau letih menjual hingga awal awal pagi //  ..  sepanjang bulan puasa

dengan keadaan .. amalan ramadhan sebegitu rupo  .. berhak kah kita kato ..  kito layak berhari raya sakan tahun ini ..  sempena bonus setengah bulan gaji (jiko mu pegawai kerajaan lah)...?


Kalau tuan rasa ok ..layak .. maka tuan layaklah ..jika tidak


(i)  kita tertipu oleh syaitan lagi dan lagi.  Kita beraya ..sekadar perabih duit beli itu dan ini untuk anak-anak bini saja,  perabih duit tuang minyak kereta ..bergerak ke sana ke mari saja ..  berkunjung ke rumah sanak saudara siang dan malam.

Sepatutnya bila umur kita semakin banyak , di mana kita telah melihat ramai sudah kenalan kita satu demi satu sudah mati dijemput oleh  Allah ..  sepatutnya kita semakin insaf ..  mahu berubah dari rayo zaman jahiliah kepada zaman rayo yg diredhai oleh Allah.  Biar tahun ini .anak anak bini aku semua paka pakaian menutup aurat (tuntutan agama siang dan malam) ..  bukan telanjang mcm anak anak lembu pok mat lembu itu jah..
biar tahun ini ..aku nok kecek berlemah lembut sikitlah dengan ibu bapa ku sendiri, mencium tangan ibuku yang hanya tinggal tulang keranggka kerana sudah lama terlantar kesakitan di hospital USM ..  kecek molek-molek dgn saudara saudara jauh dan dekat..Aku nak mintak banyak ampun kepada mereka .. lahir dan bathin.  Terlalu banyak aku menzalimi diri ku ini.  Oh tuhan.

Kita sepatutnya mengambil kesempatan kali ini sembahyang sunat tasbeeh sekali seumur hidup kita buat ..mohon allah ampunkan dosa kita dari muda sampai ke tua.  Terlalu banyak dosa kita/  kita banyak tahu hukum hakam agama tetapi ..  ngeri , tragedinyo  ..  kita permain-mainkan hukum hakam tuhan ..tuhan yang menjadikan kita ..membesarkan kita ..dan menhidupkan kita dari kecil hingga ke saat saat ini.  Tuhan yang memberikan rezeki yang tersangatlah luas.

Jika kita insaf .. kita adalah makhlukk paling beruntung musim rayo ini.  Kita harus beraya .. ala kadar sahaja ..ingat .. keseronokan ini tidak kekal lama tuan hamba  /.. satu hari nanti sudah tentu kita ..akan berjumpa Allah Azawa Jalla jua. Allah tuhan semesta alam.


Ya Allah ampun kan dosa kami semua. Ameen. Kami lemah Ya ROBB ..  ampunkan kami.  Kurniakan keinsafan dan taufik hidayah kepada kami supaya ..kembalinya aku beraya kali ini ..kembali aku sebagai anak suci bersih ke pangkuan ibu yang serba lemah dan sentiasa sakit . Ya ROBB .. ampunkan kami.


Wallahu aklam.


0 comments:

Post a Comment