Beckam menangis waktu persaraan di atas padang bola

Posted by sazali

Salam

Sibuk akhbar Malaysia ..membuat liputan ..  pemain bolasepak legenda England ..David Beckam .. menangis .. bila mengumumkan persaraannya dari medan bola sepak mulai hari ini dan seterusnya.

Mengapa menangis?

Orang terkenal menangis kerana 3 sebab mungkin:

(i)  hilanglah popularitinya/ kemasyhurannya pada pandangan manusia yg gila bolasepak

(ii) hilang punca rezekinya yang banyak selama ini dalam bidang peragawan

(iii)  mungkin .. nak kerja apa selepas ini?

--------------

Pemain bola terkenal seperti Maradona pun menangis bila dia mengumumkan persaraannya dalam kancah bolasepak di Argentina .. tetapi sekejap je dia menangis kerana selepas itu dia ditangkap polis kerana jenayah / masalah dadah.  Tiba tiba badannya kembang macam belon ..  kerana angkara dadah.  Michael Jackson mati kerana dadah ..begitu juga ..mendiang Whitney Houston pun mati angkara dadah yang durjana.  Dadah ini berbentuk serbuk tepung ..halusnya ..tetapi boleh dijadikan macam cecair ..orang menyuntik cecair ini ke dalam badan .. dan selepas itu ..dia merasakan badannya terbang dari angkasapuri 56 tingkat menuju ke bawah ..  tingkat 0 angkasapuri .. ohh ofcourse .. otak nya berkecai maklumlah ..jatuh dari tingkat 56 hingga ke tingkat paras bumi 0 aras.  BUkan setakat otaknya berkecai ..  mungkin burungnya .. disambar helang yang lain.

-------------------------

Di samping bintang lagenda bola sepak dunia yang menangis , pemimpin politik UMNO terkenal seperti Tun Mahathir yang disayangi oleh semua lapisan masyarakat melayu ..pun menangis pada satu masa dahulu ..di hujung konvensyen UMNO ..di awal awal tahun 2003-4 (jika tak silap sayalah)..  Tun menangis kerana dia gagal menangani masalah rasuah yang sudah bermaharalela dalam sistem politik UMNO.  Disebabkan rasuahlah..ada pemimpin UMNO ..kalah dalam PRU 12 dan PRU 13 baru baru ini.  Contoh mantan MB Selangor .. K- T.

Pemimpin politik menangis kerana banyak sebab .. hilang sudah popularitinya, mungkin habis sudah peluang dia menginap sedap sedap di hotel paling  mewah  lagi dan lagi di padang pasir ..contoh RM100,000 semalam dan banyak lagi kesedapan yg dinikmati selama ini
.  Rakyat Malaysia tak suka mengetahui cerita seronok ini kerana ramai kita hidup melarat .. kais pagi makan pagi.  Ada ibu buta ..membesarkan anak anak 5 orang dan ibu kandungnya masih sakit melarat  .. dengan punca rezeki RM300 sebulan .. tengok sebulan 30 hari lamanya kesengsaraan ..sedangkan dia tidur dan gi tandas satu malam jer ..dah belanja RM100,000 duit rakyat Malaysia.  Malulah ..sedikit wahai teman.

Ada Guru Guru Besar/ Pengetua/ Pengarah/ Ketua Polis Negara pun ..sebak sebak berucap di kala memberi ucapan selamat tinggal dunia pekerjaannya ..

kerana .. pada saat itu ..barulah kita sedar .. selama ini ..kerajaan dok bayar gaji kau/ overtime kau  ..tinggi dan sedap sedap kau tidur di hotel ..semua rakyat Malaysia bayar ..wahai brader.   Sekarang saat kesedapan sudah berlalu.  Anda dipanggil pesara kerajaan.  Bila sebut pesara ..automatik ..kita dianggap tua/ usang / .. dan idea kita sudah ketinggalan zaman.  Johhhhh  .. jauh jauh..gi main jauh jauh.. mungkin itu yang menyebabkan orang tua ..menangis tak berlagu itu.

Tapi tak apa .. jangan risau brader. Ramai lagi ..pegawai kerajaan akan bersara mulai minggu ini termasuk penulis blog ini. Aku menulis supaya aku membuat persediaan rapi menghadapi zaman boring tanpa helai ketawa pelajar pelajar universiti aku dari segenap pelusuk negara.  Tak ada lagi pelajar cantik cantik dari Serawak dan Sabah (negeri bawah bayu).  Good Bye ..my dear.

---------

Tetapi yang tragik ..ada pegawai kerajaan sebelum bersara ..tak sempat nak  ucap terus GOOD BYE kepada alam dunia yang fana ini.  Tak sempat dia nak berucap atas pentas istemewa ...  jantungnya sakit dan dia terus jalan .. OMG ..so jauh jauh ....  di dunia kekal sana.  Al Fatihah.

So ..bagi oranng yang sempat menangis  atas pentas khas . kau masih alright punya.  Ada banyak hari lagi ..kau akan menikmati kehidupan boring tanpa ..  kerja.  Kau akan boring melihat baju polis yang ada banyak paku di bahagian bahubaju tersebut.  Pingat pingat khas sewaktu bertugas dahulu ..mengamit memori ..  Ada pesara guru  menangis melihat buku matematik usang berjudul GENERAL MATHEMATICS for Malaysan Schools Volume 5.  Tahun penggunaan buku teks ini 1970 - 1985.

Sudah 40 tahun .. buku tu disimpan dalam almari usang .. kitab usang .. album sekolah usang..  dan ..tak lama lagi .. kita tiba-tiba tumbang ..kerana keusangan kita (mungkin). Bersedialah wahai teman.

Tidak ada yang kekal di dunia ini.  Kalau Shah of Iran yang terkenal handsome pun dah mati dijemput tuhan .. Steve Jobs yang terkenal rub rub screen iPAD dan keluar gambar macam macam atas skreen ..pun dah lama jalan .. apalah yang ada pada kita ini.. setakat badan 1 isteri jer yang ramai.

Berzikir dan bertaubatlah banyak banyak.  Kalau dulu waktu bekerja kerajaan ..kita mengkhianati parti politik pihak politik lawan ..sekarang ayuh ..sebelum malaikat maut menjemput kita ..jom kita pi ..khemah parti politik lawan ..dan istihar ..dosa kita yang banyak dahulu dahulu itu , mohon kemaafan banyak banyak dan bertaubatlah ..banyak banyak .. selama ini kita mengkhianati dan  ..  menzalimi .. pihak lawan ..  semata mata nak jaga periuk nasi kita dan anak anak bini kita. What to do brader?

Ayuh ..jangan tak buat.  Baik malu sekarang .. jangan malu di akhirat kelak.  Better late than never ..what say you .. my young  friend?  He..he..  aku menulis .. untuk mengingati diri ku jua.
Al Fatihah.

Wallahu hu aklam bis sawabbbb.

4 comments:

  1. Anonymous said...

    salam... dr.sazali dah nk bersara ke??

    ex-student statistik =)

  2. Anonymous said...

    Wa alaikum salam

    Insyallah YES/ i am happy to retire/ plz doa for me. TQ. wasallam

  3. Anonymous said...

    selepas tuan bersara,
    bolehkah kami yang bekas pelajar tuan ini ingin keep intouch?

  4. sazali said...

    Boleh ..no problem. saya ok jer insyallah.

    lagi pun .. bila kita berguru ... guru itu sentiasa dalam hati kita ..right? tapi one day bila dgr saja saya dah tak ada .. baca bacalah al fatihah untuk guru mu ini. Insyallah

Post a Comment