Salam
Syukur .. saya masih hidup lagi di bumi Malaysia ini. Pagi tadi ...tuhan memberikan saya sedikit taufiq dan hidayah untuk bersembahyang Subuh berjamaah dan membaca kitab .. hasil penulisan tok besan saya dari Panji, Kota Bharu , Kelantan.
Beliau berpendidikan Timor Tengah iaitu dari Universiti Azhar , Mesir.
Hasil bacaan kitabnya itu saya menulis sedikit sebanyak untuk menghadiahkan kepada diri sendiri dan para pembaca budiman di luar sana. Mudah-mudahan .. kita sama sama mendapat faedah darinya.
Tajuk pertama ..ialah Hari Guru.
Hari Guru di Malaysia
Semua kita dibesarkan dengan bantuan seorang guru. Kita mula belajar untuk hidup melalui guru
pertama bergelar ibu. Melalui
tunjukajarnya kita menghisap susu ibu tanpa sukatan (bebas) pada bila bila masa
hingga ke umur dua tahun. Ke mana mana
ibu pergi, kita conquer buah dada ibu. Takk kira dari laluan sebelah kanan atau laluan kiri .. kita dapat nikmat susu ibu yg asli. Syukurlah ibu memberi kita minuman berkhasiat tanpa berkira. SEdangkan ayah
mengajar kita merangkak, berjalan, berlari, bercakap, bersekolah, .., sampai ke
satu ketika ibu ayah memberi kita ijazah untuk mencari kehidupan
masing-masing. Pendek kata semua kita
mempunyai guru yang hebat bergelar ibu bapa.
Syukurlah!
Di sekolah kita diajar oleh sebarisan guru di peringkat
persekolahan rendah, menengah, STPM, dan
di university satu barisan professor mendidik kita menjadi seorang
professional. Banyak proses PnP yang kita
telah lalui sama ada berbentuk pahit mahu pun manis dan ini semua dipanggil
kehidupan belajar dan berguru.
Selepas satu ketika, kita mencari rezeki kehidupan dengan
skil tertentu ..semua adalah dari bantuan kerajaan dan guru guru kita.
Sebagai mengenang jasa guru , .. Malaysia memberi nobat pada
semua guru 16 Mei setiap tahun .. Hari
Guru. Tahun ini merupakan tahun terakhir saya berkhidmat sebagai guru kerajaan insyallah. Terima kasih kepada semua sekolah , pengetua sekolah, rakan rakan seperjuangan dan tidak lupa juga bekas pelajar pelajar saya di SM TUMPAT, SM KOTA, Politeknik KOta BHaru dan KUITTHO/UTHM. Tanpa kalian siapalah saya. Alhamdulilah.
Sesuai dengan penghormatan ini .. seorang guru mestilah mempunyai perawakan yang baik dan berprofesional.
Perawakan baik guru ialah budi bahasanya, cara dia bergaul dengan
sahabat guru guru nya yang lain dan stail pergaulannya dengan pelajar pelajar dan ibu bapa
pelajar-pelajarnya dari semua peringkat sosiol ekonomi kaya dan miskin.
Profesional ialah .. seorang guru dilatih dalam bidang
tertentu mengikut minat mendalam dan kebolehan mental, fizikal, emosi dan kognitifnya dalam satu satu bidang
kepakarannya. Tidak sesuai seseorang
guru itu mengetahui semua bidang ilmu di bawah langit tuhan ini .. kerana kita
tidak mempunyai masa untuk belajar semua skop ilmu dunia sebagaimana dikuasai
oleh tuhan robbal alameen. DEngan izin Allah , saya diberi amanah belajar dan mengajar Matematik sahaja. Ilmu pertama ialah .. satu sembahyang berjamaah pahalanya adalah 27 kali ganda dari bersembahyang secara perseorangan diri. Untung besarlah orang yang dapat berjamaah 5 kali sehari siang dan malam sejak dia muda sampai ke satu titik / hari di mana orang akan menyebutnya sebagai 'arwah..itu dan ini'. Al Fatihah!
Jika hendak dibandingkan perawakan / kehidupan guru di sini
dengan guru guru di Jepun, England dan Amerika Syarikat ..kita akan perhatikan
guru guru Malaysia mengajar lebih dari 1 subjek. Kadang kadang sipenulis pernah diberi tugas
mengajar 5 subjek setahun kerana ..sekolah tidak mempunyai guru guru yang
mencukupi. Tambahan pula dunia sekolah dimonopoli oleh kaum hawa. JIka musim guru wanita landing kerana beranak anak sulung nya atau anak anak keduanya.. nasib guru lelaki ialah memikul semua tugas guru wanita yang bertuah itulah. Jarang saya mendapat kata kata .. seperti TERIMA KASIH BANYAK DEH...tolong ganti kelas saya semasa saya bercuti bersalin itu. Syabas tuan hamba! Kalau mereka memberi separuh dari gajinya sewaktu dia bercuti bersalin ..alangkah bagusnya .. perawakan guru wanita ini. panjang umur dia. Murahlah rezekinya. Ameen.. Tetapi .. mana ada amalan sebegini rupa .. tahu banyak / buat tidak. Ha..ha.. ha..
Di England, guru matematik
saya hanya mengajar matematik tulen sahaja.
Ke sana sini , dia pergi .. apa yang dicakapkanya hanya berkisar dengan formula matematik
tulen seperti diffeentiation dan integration sahaja. Lain benar dengan Negara kita .
ada ustaz mengajar ilmu agama Tingkatan 1 dan 2 dan pada masa yang sama dia mengajar ilmu politik
PAS , PKR, DAP dan UMNO. Kadang kadang banyak
masa dia habiskan bercakap ilmu selain dari ilmu kewajipan yang sebenarnya. Bila ini berlaku ..kita panggil dia .. multi
specialist teacher. Di England pada tahun 1975- 1977 , seorang
guru matematik saya dibayar gaji secara mingguan iaitu STERLING 1000 . Dalam sebulan, beliau diberi gaji STERLING
4000 (RM20,000). Ini tidak berlaku di
sini , walaupun saya mengajar 5 subjek (Matematik, English, Ekonomi Asas, Pendidikan Moral
dan Pendidikan Jasmani) gaji saya hanya RM2000 sebulan pada tahun 1990. Dasyat bukan!
Ilmu saya hanya dibayar 5 kali ganda lebih rendah dari gaji guru satu subjek
matematik di England. Saya rasa tertipu .. sedangkan ..ada anak anak menteri yang tak tahu selok belok BALANCE SHEET dan ekonomi global dan glokal .. dilantik oleh ayahandanya menjadi pengurus ladang sawit sana dan sini. why? ayah dio tu ..menteri brader! Tetapi tak apa .. nasib malang saya paling ..dasyat ialah satu kematian sahaja .. sedangkan .. nasib untung saya diakhirat kelak .. mungkin berlangsungan abadi abada. Buat selama lamanya.
Oleh itu, kerajaan Malaysia telah berhutang dengan saya
RM18,000 sebulan. Jika saya telah berkhidmat
30 tahun lamanya, kerajaan Malaysia sedang berhutang dengan saya melebihi
RM18,000 * 30 * 12 (sila guna computer).
Mengikut hukum islam , orang berhutang wajib membayarnya sebelum saya
mati. Saya menyebut ini kerana ke mana
sahaja kita pergi, Malaysia dipanggil Negara islam terbaik punya oleh pak arab pak arab .. betul ke ini?
Alangkah senang hati saya .. di akhirat kelak saya akan
menuntut semua pahala rakyat rakyat Malaysia .. oleh itu laluan saya ialah mungkin ke syurga firdaus berkala EKSPRESS RAKYAT. insyallah dan Alhamdulilah. Apa lagi saya mahu
bukan?
** sebelum itu, jom raikan Hari Guru ini .. secara ..
gembira dan adil pada 16 MEI 2013 ini.
Jom. Be Happy I am
going to the heaven EXPRESSO .. he…he.. tuan hamba rasa bagaimana heh?
3) Dalam kitab kitab tok besan saya itu .. semua amalan baik .. Allah akan kira .. dari sekecil kecilnya hinggalah ke amalan paling besar sekali. Amalan kecil ialah Buku kerja dan latihan murid murid jangan lupa untuk ditandanya. Jika tidak , dari kitab graduan UNIVERSITI AZHAR itu , .. rezeki kita dianggap ada elemen elemen haram. Aduhai .. nasib guru yang malang. Oleh itu .. cepat cepatlah .. menanda buku .. kerja kerja budak sekolah kita ini. Jangan merungut lagi. BN kembali berkuasa ..insyallah akhir tahun .. ada bonus lagi.. Am I right , teachers? Amalan besar ialah .. mendidik budak budak ini menjadi mukmin dan mukminat sejati. Biar mereka kenal ibu bapanya sendiri, hargai jasa guru guru matematik inggerisnya sekali ..dan menghargai jasa baik kerajaan kita sejak dulu sampailah sekarang. tak kira Siang atau datangnya malam. Melalui .. proses kenang jasa ini .. tidak berlaku .. peperangan dan huru hara . di Malaysia walaupun macam macam orang kata kat kita. Right?
Wallahu aklam bis sawabbb. Yang baik baik. dari Allah dan yang tak bagus itu ..semua kelemahan saya sendiri. SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU semua.
0 comments:
Post a Comment