Salam
Kita sebagai mukmin mukminat .. dah biasa dengan istilah 'berniat'.
Dalam islam .. jika kita pasang niat nak bersembahyang jamaah di Masjid Besar Putrajaya..tetapi selepas pemanduan ..kita tak berjaya juga melakukan .. sembahyang jamaah itu .. insylalah kita sudah dapat banyak pahala .. mengamalkan niat untuk melakukan amalan sembahyang berjamaah di masjid tersohor itu.
Oleh itu , semasa hayat dikandung badan, marilah kita memasang niat yang bagus bagus sebagaimana diredhai oleh tuhan semesta alam.
Niat kita boleh jadi begini:
(i) niat nak jadi anak yang soleh/ solehah
ii) niat nak jadi suami yg baik dan bertanggung jawab
iii) niat nak buat semua amalan kerana mu .. sahaja Ya Allah.
---------------
Tetapi pasang niat sahaja tak cukup brader.
Kita kena buat sedikit usaha ..sama ada keras atau semi keras / bersungguh sungguh hati. Contohnya katakan kita ada abang berumur 28 tahun. Kita tahu dia gila kat milah ..jiran tetangga kita itu.Milah .. seorangg jurutera MAXIS. Abang awak kerja polis jer.
Memang dia ..ada niat nak .. khawin dengan milah .tetapi ..jika suaranya itu .tidak .. disuarakan dengan baik, beradab, ...kepada milah dan ibu ayahnya ..
saya rasa .. niat nya akan tinggal niat sahaja ..sampai bila . ..sehinggakan satu hari kita satu kampung terkejut besar ..mendengar milah nak ikut suami ke luar negara.
maka putihlah mata abang polis kita.
**
Apa yang saya sampaikan ialah. kita pasang niat .. dan kita buat usahalah sedikit ..seperti hantar mak atau kakak kita ..merisik ..sama ada milah itu sudah ada yg punya.
Kalau kita buat ...risikan itu ..sudah tentu ..milah.. tahu ..jugak ..bahawa abang polis itu ada hati kpdnya. Boleh lah dia timbang dan pertimbangkan sesedap rasa.. angan angan kawin sekampung. Bukankah itu lebih bagus? lagi pun ..mak ayah dia orang..kita semua dah kenal sangat.
----------- SETTLE?
Begitu juga ..kita pasang niat nak pergi ke Mekah ..
tetapi sayangnya ..dari muda sampai ke tua .. tidak ada RM1 pun kita simpan/ menabung dalam Tabung Haji itu. Jika kita mati terjatuh dari rumah flat 56 tingkat pun .. malaikat-malaikat ..ramai yg frust .. habis habisan. Jika si mati menabung RM1 ..pun dah cukup ..untuk malaikat enter dalam database .. amalan amalan baik abang kita itu. Bukannya susah? Tetapi ..ramai kita ingat .. kita boleh hidup 300 tahun lamanya. Sayang..sungguh orang begini.
------------------------
Rumusan:
pasang niat yang baik mesti ikuti .. dengan satu usaha yg suci murni.
Insyallah ditambah pula dgn doa tak putus putus ..ke hadrat illahi .. insyalalh semua amalan akan menjadi realiti. Cubalah tuan hamba?
Saya pun nak buat gitu jugak. Tuan hamba bagaimana ?
Sekian. Yang baik dari Allah ..dan yg lemah itu ..semua maaf dari saya. Why? saya manusia biasa lah.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment