Keupayaan otak manusia

Posted by sazali

Salam

Ada sebuah lagi buku yang saya baca dari Levine 1994  Problem solving.  Jom bacalah.


Manusia mempunyai  otak kognitif dan otak emosi. (Levine, 1994). Ms 125
Otak kognitif membantu manusia dalam proses memahami sesuatu masalah yang perlu diselesaikan.  Untuk maksud itu, otak kognitif memerlukan ilmu dan saluran komunikasi  yang khusus supaya maklumat dapat disampaikan secara terbaik.  Jika otak kognitif mempunyai banyak saluran , ada kemungkinan penyelesaian sesuatu masalah tidak dapat dibuat  secara terbaik.  Banyak sumber dan tidak fokus.  Sebab itu ada istilah ..budak melayu panggil 'blur'.  Oleh itu, otak kognitif menghargai penciptanya jika dia dibekalkan dengan satu saluran sahaja untuk maklumat mengalir dari sumber menuju ke destinasi dalam otak itu sendiri pada satu satu masa dalam proses penyelesaian masalah.  Mata dan naluri manusia  bila menerima sumber maklumat ,  ini dibawa oleh saluran otak menuju ke destinasi di mana proses pengecaman berlaku (image recognition) .  Imej yang dihantarkan ke otak akan memaksa pangkalan data yang terkandung dalam memori primary dan sekunder tersebut untuk mengecam  imej tersebut. Jika benar, maka imej mendapat  respons positif  untuk segala kelangsungan hidup manusia.  Jika tidak, imej baru ini akan disimpan dalam pangkalan data ingatan sebagai item/ data terbaru untuk proses kehidupan seterusnya.  Oleh sebab itu PnP guru matematik memerlukan gambar rajah untuk membantu pelajar pelajarnya memahami masalah matematik yang payah payah.  Dengan bantuan gambar rajah, separuh peperangan sudah berjaya diatasi oleh guru tersebut.

Otak emosi ialah manusia meneruskan kehidupannya berdasarkan budaya, agama  dan adat resam masyarakatnya sejak dahulu hinggalah ke hari ini.  Walaupun , otak kognitif memahami bahawa lelaki memerlukan seorang wanita dalam konteks nafsu kehaiwanan , otak emosi diperlukan di sini sebagai perisai  terakhir sebelum berlakunya sebarang kejadian yang tidak boleh diterima dalam  masyarakat  mulia.  Ramai Brigedier General tentera USA/ dibuang kerja kerana wanita.     Tanpa kewujudan  otak emosi  (dalam konteks agama islam dipanggil keimanan) , tamadun manusia  boleh terjatuh ke tahap kehaiwanan.  Otak emosi membekalkan pangkalan data merangkumi adat resam, budaya  dan hukum hakam agama secara sejagat dan ini dikenali sebagai ketakwaan dan keimanan.  Disebabkan otak emosilah , wanita sanggup menyaman seorang lelaki sebagai perogol, penzina atau pembunuh di mahkamah tertinggi di negaranya sehinggalah lelaki itu menerima hukuman  setimpal. 

Oleh itu manusia memerlukan kedua dua jenis otak ini supaya manusia terus langsung (lestarian) hidup secara aman, harmoni dan  dimuliakan.

Rujukan:
Levine, M.(1994).  Effective problem solving.  2nd ED.  Englewoods Cliffs:  Prentice Hall

0 comments:

Post a Comment