Hiburan hati saya

Posted by sazali

Salam

Pagi tadi sekembali dari sembahyang subuh berjamaah, saya rasa tak sedap badan jer.
  Mengikut rekod, saya membaca Ya Seen .. di waktu waktu begini .. tetapi disebabkan kesihatan .. saya
Ingat nak sambung tidur ..tetapi syukurlah ..

tergerak hati nak baca laporan laporan projek statistik yg telah dibuat oleh 200 orang pelajar tahun 1 pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan I.T. saya pada semester kedua sesi pengajian 2012/13 .  Laporan laporan ini saya letak di tepi katil saya jer.  Bertimbun-timbun tingginya.

Setelah membaca beberapa sample contoh laporan ..berikut adalah rumusan yg boleh dibuat secara am:

(i)  mereka telah menjalankan sesuatu kajian yang terbaik menggunakan pakej statistik SPSS version 17
(ii)  secara berkumpulan (5 - 6 orang) , mereka telah menjalankan satu projek dengan semangat muhibah dan setiakawan sebagaimana dikehendaki oleh kerajaan 1Malaysia dengan nikmat RM250 baucher buku ..
(iii)  ada beberapa perkara yg perlu diketengahkan di titik ini seperti :

(a)  mereka perlu .. meningkatkan lagi skill menulis laporan secara teknikal dalam bahasa inggeris
(b)  mereka membentangkan hasil kerja seperti graph (SPSS) tanpa menghalusi benda-benda seperti kepentingan melabelkan  paksi - x dan paksi-y dengan baik dan betul dan sayangnya
(c)   mereka tidak meletakkan unit ukuran dalam label seperti   1.35 orang/jam;  2.67 buku/ seminggu.  Apa yang ada ..ialah dry data dan terpulang kepada pembaca untuk menterjemahkannya angka angka statistik dari SPSS itu

----------------

Walaubagaimana pun ..saya ingin mengucapkan syabas .. kerana mereka telah menjalankan interview dan survey (questionaire) secara terbaik dengan bantuan beberapa orang tutor dari Malaysia dan juga antarabangsa.  Syabas!

Syukur juga .. ada laporan telah menggunakan sedikit panduan dari kertaskerja saya Elsevier 2011 UKM Congress P & P bertajuk 'Traffic engineering in diploma mathematics  I.T. application '  Procedia Behavioral Sciences, Jilid  59, pages 204-211

Sedikit sebanyak .. saya berharap benar kertas kerja itu dapat membantu mereka .. dalam konteks melihat tulisan saya sebagai panduan secara akademik.

Hanya satu sahaja .. saya ada rasa agak terkilan dari beberapa puloh laporan yg telah dibaca sepanjang 20 hari ini  ..tidak ada seorang pun .. yg merujuk kepada buku sulong saya yg telah diterbitkan oleh UTHM 2012.  Buku itu ada menyentuh tentang penyediaan membina survey questionaire dalam projek Ph.D 2006 - 2010.  Kalau mereka berbuat demikian , sudah tentu saya 'up' kan sedikit markah projek statistik ini.  Insyallah.  Mungkin buku itu .. berharga RM30.  Sekarang majoriti kita mahu semua benda secara percuma termasuk dalam menggali ilmu matematik dan statistik.

Aghhh ..  rasa rasa ..  pelajar pelajar saya ini .. tak pandai menjaga hati mahagurunyalah.  Masyallah!

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.

0 comments:

Post a Comment