Contoh perbuatan khianat manusia zaman la ni IT

Posted by sazali

Salam


Tuhan ciptakan manusia beriman dan kafir.  Dalam Al Quraan .. banyak kesah-kesah Allah ceritakan tentang sifat sifat orang beriman dan kesudahannya ..syurga firdaus sedangkan ..satu kumpulan lain ..  manusia yang banyak mendatangkan kerosakan kpd manusia sejagat dan kesudahannya api neraka.  A u zu billah hi minas shaiton nir rojeem.

Dalam ruangan yang terhad ini izinkan saya menulis beberapa contoh perbuatan khianat manusia:

(i)   mencuri assignments rakan-rakan pada tarikh akhir serahan ..  dia akan salin semua jawapan dari rakannya .. serahkan hasil kerja nya seorang .kpd profesor, pensyarah subjek tersebut . dan .. assignments kawan-kawannya dihilangkan secara sengaja/ hati busuk

(ii)  copy, paste and edit kerja orang lain .. dan dihujung proses tersebut ..segala nukilan tersebut .. dia istihar sebagai harta I. P (intellerctual property) nya sendiri.  Plagiarism di peringkat orang orang pandai di alam universiti, politeknik, kolej dan .. macam macam lagi.

(iii)  berhutang ..  duit dengan rakan rakan.  Pada mula proses berhutang (tengkoknya lembik) .. dia akan menceritakan kesusahan yg dialami nya ... kadang kadang .. menggunakan istilah 'Wallah hi .. dan macam macam istilah bahasa arab zaman Abu Dajal dan Abu Lahab lak natallahi .."  yg mana ramai melayu profesional/ tidak profesional percaya hidup hidup cerita kesusahannya.  Selepas dia berjaya mendapatkan wang dari kita ..  pengkhianat ini akan berjalan ..atas muka bumi ini seperti dia tidak pernah berjumpa dengan diri kita pun. Tengok?

(iv)      mengumpat dan membuat cerita .. pasal kelemahan kawan-kawannya ABCD ..hinggakan semua orang akan memandang serong/ rendah kpd kawan kawan ABCD ini.  Dalam proses cerita ceriti ini ..dia akan diberi pangkat yang tertinggi sekali ..  ini dinamakan ..  penulis skrip upahan di peringkat orang orang mewah, politik, kekuasaan tinggi di negara ini dan macam macam lagi.  Objektif ..  dia mahu mehancurkan semua kehidupan ABCD ini.

(v)  curi suami orang/  curi isteri orang.  Ini punya kesah ..sedap nak diceritakan tetapi ..cukuplah .. dgn agen YOUTUBE dan GOOGLE memainkan peranannya masiing masing.

(vi)  merosakkan rumah tangga jiran .. berzina dgn isteri jiran atau kawan kawan rapatnya.

-----------

Cukup kot ..  setakat itu.

Kita doakan ..kita tak termasuk dalam kumpulan malang ini.  jangan risau ..di dunia ini ..dia akan terlepas .. kerana ramai orang besar akan memberi security kpdnya ..tetapi ..allah tetap ada ..dia maha tahu segala segalanya.

Kita doakan muga-muga anak anak cucu kita menjadi anak anak yg soleh/ berkahlak mulia .. dan bertakwa termasuk penulis ini juga.  Ameen.

Sekian.
Wallah hu aklam bis sawabbbb

0 comments:

Post a Comment