Penyelesaian masalah matematik, statistik berayat

Posted by sazali

Salam

Sebagai guru matematik / statistik , kita perlu memberi pendedahan berkenaan dengan masalah penyelesaian masalah matematik/ statistik berayat.

DEngan cara ini, pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah mempunyai keyakinan dalam

1)  membaca ayat ayat yang panjang mengenai matematik/ statistik

2) mampu mengambil data penting dari ayat ayat tersebut .. untuk dijadikan model matematik sebelum

3)..  mencuba menyelesaikan masalah tersebut hingga berjaya.
4)  dengan cara ini .. kaedah belajar secara kolaborasi / koperatif membawa hasil yang positif.
-------------


Bila membaca ayat ayat yang panjang .. kita melatih pelajar menggunakan otaknya .. mencari strategi , memilih kaedah  , mencari jalan penyelesaian matematik, buat banyak cuba jaya , memikir .. mengapa cara tertentu selalu membawa kegagalan ..dan banyak lagi ..  faedahnya .

Setelah mengajar pelajar pelajar matematik di peringkat SMK dan politeknik ..  ramai penggubal soalan sama ada dalaman atau di peringkat kebangsaan ..
memilih jalan pintas ..

membina soalan matematik ..  secara 'dry and boring method' seperti :  2+3 - (4-5) =  ?

dan bukan dengan cara :

memberi satu soalan berayat (panjang) ..dan membiarkan pelajar membina sendiri

2+3

dan  pengunaan '-'

dan (4-5).

Oleh kerana itu ...  walaupun ramai pelajar pelajar ..  yg berjaya memasuki alam universiti ..  mereka masih kaku lagi dalam ..  proses menyelesaikan masalah matematik berayat.  Mereka binggung ..mendengar pensyarah matematik memberi kuliah yang berbagai bagai cara ...

Saya rasa kadang kadang saya berhadapan dengan masalah membina kertas soalan berasaskan Taxonomy Bloom peringkat analisa, sintesis dan evaluation.

-----------

Dalam proses pembinaan soalan soalan ..  ramai pembina soalan cuba membina soalan dari perspektif kebolehan matematik pelajar pelajar yang sedia ada.  Ini adalah satu yang malang untuk masa depan pelajar mereka sendiri.

Ini tidak berlaku .. jika kita lihat .. kertas kertas peperiksaan Cambridge .. pada tahun 1960 - 1980 di negara ini.  Di Cambridge , mereka membina soalan dari perspektif ..  sukatan dan kurikulum matematik di peringkat tertentu seperti GCE 'A" levels dan lain lain lagi.

Bila ini berlaku ..   tidak hairanlah .. dalam laporan  TIMMS 2003/ 2007 ..  Malaysia sudah jauh ketinggalan dalam prestasi matematik jika dibandingkan dengan  pelajar Singapura , Korea Selatan dan Jepun berumur 11 - 14 tahun.

Oleh sebab itu ,  dalam kurikulum politeknik ..  soalan matematik di peringkat sijil politeknik kursus kejuruteraan ..tahap kesukaran item soalan .. untuk pelajar politeknik yg sudah berumur 17- 19 tahun ..

kita masih memberi soalan yang hampir sama dengan pelajar di Tingkatan 1 dan 2 di sekolah-sekolah menengah dalam mata pelajaran matematik/ statistik.

Rumusannya .. kita bukan melahirkan rakyat yang berdaya saing matematiknya ..  setanding dgn rakyat asing .tetapi .. kita membela ..  pelajar pelajar ..  dalam kelas matematik secara .. revision dan ulangkaji sahaja.  Dalam keadaan begini .. ramai pelajar tidak mempunyai pengalaman menyelesaikan soalan berbentuk mencabar dan .. terus mencabar.

DEngan cara ini .. pensyarah pensyarah akan lebih ..  masa menjalankan kajian/  menjalankan muhasabah PnP ..dan bukan membuat kelas ulangkaji lagi dan lagi.  Kadang kadang ..ada pensyarah bercakap besar (bragging) ..  mereka datang ke politeknik tanpa membuat persediaan yang rapi.

Sekian. Harap input ini dapat diterima oleh ramai cerdik pandai di luar sana.

Wallahu aklam bis sawwab.  Yang baik dari Allah dan yang kurengggg . semua adalah kelemahan diri penulis ini.

0 comments:

Post a Comment