Dalam diam ..kita buat jugak kajian matematik penyelesaian masalah

Posted by sazali

Salam

Saya ..  tak gila sangat .. keputusan PRU 13 baru-baru ini.  Why?

Saya sekadar penjawat awam jer.  Menang biru kor , atau menang hija ..kor ..  saya tidak akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh pun.

Saya sekadar .. seorang rakyat Malaysia ..yang mencintai keamanan/ keharmonian dan kestabilan , ..

tetapi saya mahu tengok toll PLUS dihapuskan .. kerana..  ini sangat membebankan budget mingguan dan bulanan saya.  Jealous bin gilo ..mengapa tak tol pemandu motorsikal tayar besar besar itu sedangkan ..mereka pun bergaji sedap jugak macam saya ?

Kalau saya bayar RM25 tol dari Air Hitam ke Bangi ..biarlah pihak PLUS ..kenakan toll jugaklah  kepada pengguna motosikal berkuasa besar RM24 .. pun bagus dah//  adil dan saksama.  Saya  perhatikan geng motor besar ini ..macam anak anak rajo  jah ..  bersopan dan berhemah lah brader ..kalau mu reboh atas ..  lebuh raya disebabkan panahan petir atau tersesek dgn body bas ekspres ke  ..saya jugak yang susah.

Ini hasil kerja saya ..semasa adik kakok ..dok gilo berarak bendera ke sana sini di bandar pusat Kota Bharu 4/5 / 2013 yg lalu.

Bacalah.

Yang baik dari Allah dan yang kurang baik ..semua adalah kelemahan saya sendiri. Maaf.

--------------
  Penyelesaian Masalah – Matematik -  berbentuk ayat-ayat (bercerita).

Kita tidak boleh lari dari berhadapan dengan berbagai-bagai masalah selagi kita bergelar manusia berotak.  Dan kebanyakan masalah adalah berbentuk cerita dari mulut manusia pertama, kedua dan seterusnya disampaikan cerita itu kepada orang lain diseluruh dunia.  Kita mendengar bahawa kos letrik mungkin akan dinaikkan dari 5% ke 10% selepas PRU 13.  Ini memberi kesan kepada banyak pihak sama ada industry mahu pun individu seperti kita rakyat Malaysia ini.

Oleh sebab yang demikian , kita perlu mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut. Itu baru satu jenis masalah.  Banyak lagi masalah kita manusia ini sehari-hari.  Betul tak?  Melalui pertolongan buku Levine (1994) saya cuba menterjemahkan isi teksnya untuk tujuan amal jariah berbentuk ilmiah.  Mungkin ini bagus untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru(IPG  IPG ),  dan mereka yang berorientasikan pendidikan matematik berkomputer di university university seluruh dunia.  Cara caranya adalah :

(i)                   Merujuk kepada masalah lama dengan penyelesaiannya masing-masing.  Mungkin ini memudahkan kerja kita untuk keberlangsungan hidup.
(ii)                Menggunakan mata kita (visualize) dan berikan sedikit waktu untuk otak kita memikirkan penyelesaian masalah ini
(iii)               Melihat dari banyak sudut  seperti menggunakan mata untuk maksud ‘visualize’  melihat dari dalam sedalamnya dan ‘externalize’ melihat ke arah luar dari otak manusia secara sedar ataupun tidak. 
(iv)              Merehatkan minda supaya selepas satu tempoh tertentu , minda kita mampu memikirkan cara penyelesaian yang berkesan dan terpuji.  Jauhkan otak dari bebanan ingatan yang melampau-lampau.  Lagipun jika difikir-fikirkan secara melampau lampaupun  bukannya kita dilantik Perdana Menteri Malaysia pun pada 6 Mei 2013 iaitu semalam.  He..he..
(v)                Merujuk kepada masalah bercerita dan kuasa ingatan seseorang, kebanyakan manusia menggunakan mata untuk visualize/ melihat.  Berlatih memberikan minda satu cahaya dengan memikirkan contoh-contoh konkrit sewaktu analisa berbentuk abstract (sukar digambarkan).  Gunakanlah kata kata kunci bila mengaitkan maklumat yang tersedia ada  kepada kuasa ingatan kita.
(vi)              Melihat kepada ruang masalah. Di sini kita bertindak sebagai seorang mata-mata gelap mencari sesuatu clues.   Dalam puzzle matematik , ini merupakan punca penyelesaian yang tidak disangka-sangka.
(vii)             Melihat kepada  satu titik ekstrem.  Penyelesaian masalah selalu dilihat apabila sifat sifat masalah tersebut dipindahkan ke arah satu titik ekstrem.  Contohnya,  beberapa aspek masalah menghampiri nilai ‘sifar’.  Beberapa peranan dimainkan dengan cara mengsifarkan sifat sifat masalah ialah dalam dunia crytarithmetic,  masalah flagpole-and-rope problem, ruangan cakera keras computer  di dalam masalah ‘Tower of Hanoi’ dan isipadu sfera dan beberapa contoh lagi.     
(viii)           Melihat ekstrem paling mudah.  Contoh penggunaan cara ini ialah dalam jadual penjanaan fungsi.
(ix)              Fikir secara lateral.  Bagaimana?  Dengan cara brainstorming -  sila janakan seberapa banyak idea,  mengunakan kiasan , perkaitan rawak, bahkan beberapa cara pilihatur yang nampaknya tidak berapa logic manapun jika perlu.
(x)                Jangan cepat mengkritik .  Hormatilah idea yang nampak tidak berapa logic bahkan terima juga idea ‘gila’ sekalipun.  Semak sama ada idea ini boleh dihalusi lagi contohnya orang orang Sabah / Serawak berbodon-bodon tiba ke semenanjung 5 hari sebelum PRU13 dengan kad pengenalan dan jari jari hantu untuk maksud memenangkan parti pemerintah.
(xi)              Biarkan dia berlaku.  Ingat cerita pak pandir mengatakan ‘biarkan, biarkan.. sambil sambil perahunya sedang tenggelam dalam sebuah sungai’. 
(xii)             Mengapa manusia memerlukan prinsip presciptif?   Ini adalah kerana otak manusia mempunyai had dalam banyak segi termasuk proses penyelesaian.  Dengan cara ini , dapatlah konstrain konstrain minda kita diatasi.  Konstrain ini terbahagi dua -  kognitif dan beremosi.
(xiii)           Dari sudut kognitif -  otak manusia mampu memegang satu kuantiti maklumat secara sementara.  Dengan kekurangan tersebut, ini memberi laluan kepada manusia untuk melakukan externalization.  Otak manusia, kerana kekurangan kuasa ingatannya,  berfungsi lebih cemerlang apabila tumpuan manusia terhad kepada satu saluran maklumat sahaja atau terhad kepada satu cara strategi sahaja.  Prinsip preskriptif dicadangkan supaya kita berbentuk luwes/ fleksible dan bersedia untuk bertukar kepada cara penyelesaian lain jika perlu.
(xiv)           Kekurangan otak manusia bersifat kemampuannya tidak boleh melihat lebih dari satu strategi penyelesaian  telah membantutkan otak  membina maklumat berguna dari storan memori yang tersedia ada.   Dalam contoh ini, kebolehan berangan-angan, berkhayal boleh menolong otak untuk berkembang lebih laju lagi.  Kita boleh ingat lebih banyak apabila kita dapat ‘melihat’ maklumat apabila perkataan perkataan melepasi otak kita.  Ini membawa kita menghampiri kekuasaan visualization dengan kaedah mnemonik.    Dengan kata lain, kita mesti permudahkan cara penyelesaian.  Teringat saya formula  trigonometri  asas seperti TOA KAH SOH /  TO KE SOH //  tangent ialah opposite melawan adjacent kepada seorang toke cina bernama soh chin aun.  Soh ialah opposite melawan hypotenus
(xv)                  Masalah sukar merupakan sesuatu yang menakutkan kepada pelajar-pelajar.  Dengan cara memudahkan cerita,  ini memberi masa kepada otak manusia kepada proses memahami sesuatu masalah dengan cara menghubungkan jalan cerita, membuat kaitan antara hubungan kritikal terkandung dalam sesuatu masalah tersebut dan paling penting ialah memahami struktur masalah. Ini adalah kerana tabii manusia asia tenggara adalah kita semua - bukan setakat kita menyelesaikan masalah matematika, tetapi kita mahu tahu dan faham keadaan masalah tersebut, dapat melihat cerita ini secara mendalam secara kritikal bagaimana asal usul masalah ini  timbul terlebih dahulu.  Contohnya mengapa kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Barisan Nasional sanggup  berhutang melebihi RM500 bilion sebelum PRU13 baru baru ini semata mata untuk menangkis pengaruh parti pembangkang DSAI, Nik Aziz dan Lim Kit Siang.  BN takut dengan serban dan janggut putih Nik Aziz dalam mengharungi kehidupan yang zuhud sebagai  Menteri Besar Kelantan Darul Naim.  ADuhai!  Dengan cara memudahkan cerita , otak yang mempunyai kekuasaan mengingat sesuatu yang terhad , dapat membuang perkara perkara halus dari sesuatu masalah matematika berayat.
(xvi)           Konstrain emosi merujuk kepada beberapa masalah yang sedang diselesaikan oleh pihak lain . Ini adalah berbentuk api kemarahan yang mana menimbulkan kelakuan manusia yang tidak siuman atau membawa kesan negative kepada masyarakat di Negara ini.  Ini termasuk kepada kes-  ketakutan bila mana  jantung seseorang manusia berdebar-debar dengan berbagai-bagai  ancaman  yang mana jika dibiarkan berpanjangan akan membawa perubahan drastic  kepada seseorang berlaku adil sebagai  hak   manusia kesamarataan sebagaimana terkandung dalam pelembagaan Negara ini.  Cuba rujuk kes :  bapa Saiful (Liwat DSAI) yang sekejap menyesal membuat tuduhan liwat kepada DSAI di kalangan parti pembangkang kerana takutkan Allah dan hari akhirat  dan sekejap lagi dia menarik balik kenyataan bersumpah 5 hari sebelum PRU 13 baru baru ini.  Mungkin Allah tidak lagi ditakutinya.   Halangan emosi , sebenarnya, terjadi dalam banyak masalah penyelesaian lain.  Contoh manusia terkejut besar apabila nombor ekornya dalam dunia perjudiaan tidak memberi pulangan yang berbaloi dan disebabkan sejarah sedemikian  beliau tidak berminat lagi dengan proses penyelesaian masalah berbentuk kuantitatif.   Prinsip seperti menyelami masalah secara komited dan fikirkan penyelesaian secara peribadi sepatutnya memberi sedikit penunjuk arah   kepada kita semua peminat matematik agar kita perlu berani mengharungi batasan konstrain yang ada kepada satu keadaan  seharusnya kita sedar bahawa batu batu halangan ini  sentiasa ada disamping kita secara sedari ataupun tidak. 
(xvii)         Menyedari konstrain konstrain ini, berbentuk kognitif dan emosi, merupakan langkah kritikal ke arah menajamkan lagi skill kita sebagai penyelesai masalah yang berwibawa.  Langkah seterusnya ialah prinsip di atas diharapkan dapat mmbantu tuan/puan ke arah satu kehidupan yang mana tuan/puan berkebolehan untuk mengamalkan prinsip prinsip tersebut dan sentiasa terbuka minda dan jantung hati untuk berhadapan dengan masalah lebih mencabar lagi.
Sekian. Wallahu aklam bissawabb.
Rujukan:  Levine, M. (1994). ‘Effective problem solving’ 2nd ed.   USA:  Prentice Hall.
      

0 comments:

Post a Comment