Sedih, takut dan cemas

Posted by sazali

Salam


Semua manusia mempunyai perasaan cemas dan takut. (The Miracle Quraan, 2012). Kalau anda tidak mempunyai perasaan begini, maka ini bermakna anda mungkin bukan manusia biasa.  Takut dan cemas pertama saya ialah proses berkenalan dengan tok mudin, pisau ajaib dan batang batang pisang muda untuk bersunat. Ini tanda .. aku sudah boleh khawin ..  <jika masyarakat meluluskan lelaki umur 11 tahun ini lahhh .. >   

  Di sini saya turunkan bebepa episode lagi dalam sub topic cemas dan takut yang pernah saya alami sebagai pelajar university luar Negara, suami dan ayah kepada 6 orang anak anak berumur dari 31 tahun hinggalah 18 tahun sebagai  satu perkongsian hidup mukmin mukminat sejati.

Episod 1
Cemas -  tak boleh jawab beberapa soalan matematik teras Bachelor Sains Komputer tahun akhir/ kertas terakhir musim peperiksaan 1981/1982.  Gelap mata saya memikirkan .. masa hadapan ..yang akan saya lalui jika saya kecundang dalam kertas peperiksaan akhir ini.  Cemas ..sungguh.  Tetapi .. berkat .. doa sembahyang dhuha, tahajud dan keluar dakwah jauh jauh Negara .. keputusan peperiksaan akhir .. saya telah lulus dengan jayanya. SV saya yang telepon saya tentang kejayaan ini di Gannt, Belgium.  Alhammdulilah.   He..he..  TQ Dr Brown.

Takut -  tak boleh tukar kursus dari pengajian Certified Accounting ACCA tahun 1 kepada ijazah Sains Komputer tahun 1 di Kota London.  Pegawai MSD London ..  tak benarkan saya menukar kursus itu langsung kerana .. mengikut skrip saya lulus semua subjek teras perakaunan asas foundation.  Aleh aleh nak tukar kursus. Dia Tanya - Mengapa?  Penat saya buat surat ..panjang lebar ..  kepada KPM, Kuala Lumpur ..  selepas 3 bulan ..baru dimaklumkan ..  permohonan saya telah lulus dan bersyukurlah.

Episod 2

Pada tahun akhir  pengajian saya ,  saya telah mendirikan rumah tak bertangga di Malaysia dan membawa isteri pertama saya ke Leeds, England.  Dalam proses pengajian tahun tersebut di mana semua pelajar tahun akhir sibuk dengan PSM (projek sarjana muda) .. tuhan menganugerahkan kami seorang cahaya mata yang comel dan berambut kerinting  … tetapi episode cemas saya ialah ..

Bagaimana saya menunggu waktu kelahiran anak sulung saya yang pertama ini.  Di masa itu saya sibuk menduduki kertas peperiksaan tahun akhir.  Sambil sambil merasa cemas .. saya cuba membaca formula matematik dan cara membuat pembuktian (proofs) , memahami corollary, lemma, theorems dan macam macam lagi benda gila dalam matematik Graph Theory.  Lama juga ..saya di ward bersalin ..ooppss ..saya kat luar jer ..


Akhirnya ..  selepas menduduki kertas matematik terakhir dalam pengajian saya ..  saya dapat mengambil posisi terbaik dalam ward bersalin Hospital Universiti St James Leeds .. untuk memberi sokongan padu .. bagi isteri melahirkan anak kami yg pertama.  Wow!  inikah .. apa yg dimaksudkan ..perempuan beranak!
  
Now after 30 – 31 years .. my first son is now in London doing his PhD.  May God bless you my son. Please do your best , you know?  Don’t let USM down.  Ameen.

Rasa takut:  

bila belajar dengan 1 biasiswa .. kami ada juga perasaan takut .. takut takut tak cukup duit bayar bills letrik, air dan makan minum semasa berada di Leeds England.  Saya sewa 1 rumah orang Pakistan.  Brader Ataullah.  Dia penjual perabut second hand di Newcastle.  Sekarang dia seorang jutawan perabut dan kedai kedai nya banyak di seluruh dunia seperti New York, Montreal dan Tokyo.  Hebat ..brader ini.
 Alhamdulilah .. berkat keyakinan bahawa ..Allahlah  yang memberi kau rezeki dan makan minum kpd anak dan isteri ..  di Negara orang ..  rupa rupanya .. semua ketakutan ini menjadi satu saat / masa yang penuh kemanisan.  Kami lulus banyak dugaan sebagai pelajar luar Negara.

Sekarang setelah melalui alam rumah tangga selama 30 tahun lebih ada lagi rasa takut dan cemas itu
Seperti:

Takut 1:  takut anak anak fail dalam pengajian maklumlah 4 dari anak anak kami ialah perempuan.  Syukurlah dengan izin Allah.. anak anak perempuan saya ini .. alhamdulilah .. ok ..2 dah kahwin ..  dan 2 sedang belajar di university dalam  Malaysia ini.
Takut 2:  takut anak anak perempuan dapat suami suami yang .. tidak Berjaya membawa mereka ke syurga Allah.  Why?  Dengan keadaan masa ini di mana banyak hiburan, internet, FB, PRU13  dari majlis agama , saya takut .. semua didikan yg telah saya berikan kpd anak anak dalam dunia agama akan menjadi rusak binasa..  

dan perasaan CEMAS 

Cemas 1:  satu hari ..anak sulung saya pecah kepalanya.  Dia suka berjalan dan berlari di atas .. meja besar study saya. Semakin dilarang, semakin menjadi  jadi larian dan terjunannya itu.  Puas mak dia pada masa itu .. menahannya dari hobi .. running dan jumping ini .. tiba tiba dia terjatuh dan .. dahinya terkena bucu meja minum berkaca.. maka keluar lah darah yang banyak ke atas lantai di rumah.  Nasib baik kami ada ..jiran yang baik ..dialah yang menghantarkan anak saya ke hospital untuk proses rawatan kecemasan.  Ketika itu, saya tidak berada di rumah.  Bila saya tahu kejadian ini,  ..saya bergegas pulang ke hospital/rumah ..  bila sampai ke hospital .. doctor doctor kata . anak awak selamat Cikgu.

Hushh.. syukurlah.  Hasil dari kejadian itu .. anak sulung saya .. mulai faham ..apa maksud saya melarang dia buat itu dan ini. Sekarang dia pun dah ada 2 orang anak lelakinya sendiri.  Dia pun .. menjaga anak anaknya dengan lebih baik dari saya dahulu kala. Ini semua berkat dahinya yang ada tanda jahitan dulu dulu itulah.

Cemas 2:  sekarang .  anak anak perempuan ramai yg belajar jauh jauh dari kampong halaman ibu ayah.  Bila mereka mengatakan  mereka akan pulang bercuti ..selama 1 minggu .. kami suami isteri akan menjadi pak pachat .. kat lebuh raya R&R Air Hitamlah. Tujuan utama:  menjemput dia pulang dari R&R Air Hitam ke rumah di Batu Pahat lah.  Tiba tiba tak muncul muncul anak perempuan kami dari Tronoh itu sebagaimana yang dikhabarkan. Hantar SMS pun tak berjawab jawab.  Perasaan cemas sudah menyelubungi kami.  Khabar khabar bus itu terlajak ke Machap dalam malam sebegini rupa.  Bayangkanlah rasa cemas suami isteri ..rushing mencari anak perempuan turun dari bas pelancongan dan membawa beg besar  dari simpang EXIT Machap/ Johor Bahru Lebuh Raya ke R&R Machap itu.  Bodoh drebar k_ling itu! Ha..ha.. after 20 minutes ..  kami berjumpa .. anak kesayangan kami ini.  Lega hati orang tua ini.  Hishhhh ..  kena beli kereta KELISA merah untuk dia ini….

Cemas 3:  pada tahun 1994/95 .. saya membawa anak anak dan isteri pertama ke Birmingham.  Saya melanjutkan pengajian di peringkat masters.  Cemas pada masa itu ialah .. kami dianugerahkan .. seorang lagi  cahaya mata  .. ini adalah anak ke enam … arithmetic progression .. first term 1 dan nilai ‘d’ difference of 3 years ..  so di University Hospital Birmingham …  saya mendengar bahawa isteri saya tak sedar diri … selepas bersalin.  Dia punya ..uri uri tak leh keluar ..maka .. ramai doctor sedang melihat kes ini.  Saya dan anak anak kami 5 orang dok kat luar sahaja..    tangisan anak kami yg baru .. kuat memecah ..kesunyian dan keheningan pagi hari di ward bersalin Univ of Birmingham .. tetapi saya mula merasa cemas , cemas ..   dan tersangatlah cemas .. maklumlah banyak jam telah berlalu ..  tetapi isteri tak sedar sedar lagi .. mengapa yer?

Bila mata hari sudah tinggi segalah dua .. barulah .. ketua doctor .. datang menghampiri saya .. dan memaklumkan peristiwa komplikasi yg telah dilalui oleh isteri  saya itu. Nasib baik panjang umurnya .. else . .. entah apa nak ku khabarkan kpd rakyat Malaysia yg jauh di sana ..    

Syukur dia dah sedar .. semua anak anaknya berkerumun kat ibu nya .. dan .. mereka cukup happy ..  melihat adiknya yang baru lahir.  Lega sungguh hati kami .. semua bila .. pihak hospital memberi kebenaran untuk mereka dibawa pulang ke rumah sewa kami ..  George Arthur Road Birmingham 8 Saltley.  Check check punya check .. banyak jahitan doctor doctor hadiahkan kat bahagian luka luki itu.  Bedebah sungguh .. doctor Birmingham ini. 

Keesokan hari keluarga adik ipar ku dari Bradford Universiti datang ..menziarahi ..  kami di Birmingham.  Lega juga ..bila melihat adik ipar ku sibuk di dapur memasak masak untuk ..2 kelaurga ini.  Alhammdulilah.. adik ipar pun dapat anak baru juga ..di Bradford sana.  Olehitu .. banyaklah ..suara tangisan baby baby made in UK ini.

Perasaan kelegaan itu membuat aku .. kuat dan kembali berjuang menyiapkan tesis sarjana .. 20,000 patah perkataan ..  di bawah penyeliaan Dr Hewittt dan Prof Burton.  Adushhh .. sakitnya .. nak siapkan thesis dalam bahasa bukan ..tok nenek saya.  Tetapi pantang anak Kelantan .. kecundang dalam kerja menulis ituu dan ini ..  kerana selagi kita berani pegang pen ..selagi itulah aku goreng segorengnya .. idea idea , discussion  dan contribution chapter itu.  Viva .. bereshhhh..  dan kami sibuk buat persiapan untuk pulang ke tanah airpada penghujung bulan OKTOBER 1995.   Saat paling gembira ialah menaiki pesawat KLM Dutch dari London ..terus ke Abu Dhabi dan Kuala Lumpur.  Keseronokan bertambah bila kita Berjaya membawa pulang skrip lulus sarjana dan anak anak semua  dengan selamat dan speaking English better than me.  He..he..

Apa apa pun ..  kami bersyukur .. tuhan memberi kami .. kekuatan, kekentalan , ketabahan, kesabaran , . mencari Sarjana di luar Negara dan Ph.D di sini jer dengan anak anak kami ini.  Syukurlah.  Anak anak inilah penyeri kehidupan kami ..  susah dan senang .. terubat juga melihat gelagat mereka .. membesar di bawah payungan kasih sayang Allah untuk taufiq dan hidayah nya tak putus putus.

Rumusan:  kita mesti belajar untuk bertahan lama dalam sebarang masalah dan proses penyelesaain masalah ini..lagi pun ..kau jugak pemain utama yg mencipta banyak masalah kat bini kau ..  right?   stay strong , maintain stamina .. melawan bermacam macam dugaan, cabaran ,… untuk Berjaya ..dunia dan akhirat.  Kalau KPM , KPTM hantar kita belajar .. belajarlah ..  jangan sibuk dengan aktivitas  lain ..  kan ke susah wahai anak anak ku sayang.  Abah manusia biasa jer?

0 comments:

Post a Comment