Salam
Syukur tuhan memberikan kita taufiq dan hidayah tanpa kita
mengisi sebarang borang keahlian atau melakukan segala jenis rayuan kepada
Allah Taala.
Syukurlah .. sepanjang hidup .. kita ada juga diberikan
kesempatan menadah telinga mendengar perkara-perkara yang baik untuk dijadikan
panduan hidup sebagai orang islam mukmin sejati.
Di sini benarkan saya berkongsi kongsi ilmu agama yang serba
sedikit untuk faedah pembaca dan diri saya ini.
Saya mulakan dengan tajuk ‘dosa besar’. Hukum orang berdosa besar ialah .. memasuki
neraka Allah yang mana bahan pembakarnya ialah manusia itu sendiri, batu batan
dan bermacam-macam lagi.
Contoh dosa besar:
1) Syirik kepada Allah - ini bermakna menyembah benda lain selain dari
Allah yang maha besar, agung dan maha berkuasa di atas segala sesuatu.
2) Berzina
dengan perempuan lain
3) Memberi
dan memakan rasuah , menipu , khianat dan segala bentuk kezaliman ke atas orang
lain seperti menuduh seseorang islam melakukan perbuatan jahat tanpa adanya
saksi saksi yang boleh dipercayai
4) Membunuh makhluk Allah bernama manusia secara langsung
atau bersubahat membunuh dengan cara menjalankan perancangan pembunuhan secara
langsung ataupun tidak langsung
5) Mempercayai
tenung nasib
6) Berjudi
7) Minum
arak
8) Makan
riba (bunga , interest)
Huraian lanjut:
1) Bersyirik -
pada zaman jahiliah .. kita tahu orang yang menyembah bulan, matahari,
lembu, batu gunung ganang dan lautan Pacific adalah perbuatan orang kafir. Orang kafir ..tempat kesudahannya ialah
neraka jahanam. Tetapi pada zaman ini
.. bersyirik adalah lebih meluas seperti
mempercayai / meyakini ada kuasa lain yang lebih power/ berkuasa dari Allah. Tanpa kekuasaan ini , hancurlah manusia. Tanpa keeratan , hubungan seseorang dengan
kuasa ini maka malaplah masa hadapannya.
Tanpa sekongkolan seseorang dengan menteri, ketua pengarah, ketua
jabatan, pengarah, pengerusi, ketua badan politik maka hancurlah masa depan
kita dan anak anak cucu kita. Oleh itu,
pengabdiaan kita secara total adalah ..
bukan kepada Allah tetapi kita membawa seluruh tenaga fikir, mental dan
jasad kita untuk menyembah setiap masa dan ketika segala bentuk arahan arahan
atas, bawah, tepi kiri dan kanan secara bodoh dari ketua kita (di sini
dipanggil manusia). Dengan perbuatan
begitu .. kita telah melakukan syirik / dosa yang besar. Untuk mengelak diri kita terjun ke lubang
kawah neraka .. eloklah kita bertaubat, mengucap syahadah sekarang dan menukar
serta merta keyakinan kita dari manusia kepada pencipta yang maha agung
bergelar ALLAH. Kita mesti bertaubat
sekarang juga semasa hayat dikandung badan.
2) Berzina. Tuhan sudah maklum bahawa manusia lelaki dan
perempuan mempunyai nafsu kebinatangan secara zahir atau kepura-puraan. Oleh itu islam melarang kita untuk berzina
dan menghampiri zina. Sebagai orang
islam jika kita layak khawin .. maka khawinilah orang perempuan yang baik baik
agar nafsu mu terarah. Anak anak soleh datangnya dari
ibu ibu yang berpendidikan agama, mengamalkan agama 24/7 dan adab sosial yang baik-baik dalam kalangan masyarakat setempat dan antarabangsa. Bila kita melakukan zina, maka lahirlah anak
anak zina yang akan menghancurkan tamadun manusia dari sekarang sampailah ke
satu saat kebinasaan dipanggil hari kiamat (titik penghujung masa dunia). Oleh itu, jauhilah kita dari perbuatan zina
ini secara menyeluruh dari peringkat badan dan jasad
dan juga sampingan. Apa yang dimaksudkan dengan sampingan ialah
berzina mata, telinga, mulut dan otak 4 kuadrant yang diracuni dari bahan
penglihatan, bacaan dan segala bentuk berkomputer dan berteknologi tinggi. A u zubillah.
3) Makan
rasuah. Beri rasuah. Mendapat nikmat hasil proses rasuah. Tumbuk rusuk kata orang kampung di kelantan sana.
Selalunya rasuah diberikan daripada seseorang A kepada orang B yang lain dengan
tujuan mendapat faedah yang besar dipanggil projek projek kerajaan seperti
pembinaan stadium Terengganu yang runtuh itu, pembinaan jambatan lebuh raya di
Kuala Lumpur itu, dan bermacam macam lagi .. dan proses bidding projek kerajaan yg tidak mengikut
cara yang rasmi. Rasuah adalah berbentuk
wang ringgit ataupun manusia dipanggil wanita upahan/ pelacur dari Negara ini
atau dari luar (ramai sekali .. ).
Rasuah juga boleh dikira jika seorang Profesor lelaki memberi markah
tinggi kepada pelajar universitinya selepas melalui satu
proses persetubuhan/ lain lain lagi aktiviti haram seperti kes Profesor Cina di National
University of Singapore 2011/13. Rasuah
dikira juga jika seorang ayah memberi sebidang tanah kepada Pengarah dengan
tujuan pengarah pelajaran / PPD/ JPNS tersebut memberi peluang kepada anak si
ayah tersebut sesuatu nikmat jawatan perguruan, pengkeranian, apa pa
bentuk pekerjaan, biasiswa, dermasiswa,
research grant dan lain lain lagi.
Rasuah dikira juga bila seorang penjawat awam seperti BIG BOSS memberi
adik iparnya/ isteri mudanya sendiri
kontrak dalam satu proses bidding projek secara terang-terangan atau
sulit.
4) Membunuh
manusia lain. Hukumnya haram. Bila seorang mukmin membunuh orang lain
.. ini adalah dosa besar yang terang seperti al kisah anak anak Nabi Adam a.s sendiri bernama Kabil dan Habil. Mengikut Al Quraan , balasannya ialah .. sipembunuh itu akan dihukum gantung / dibunuh
juga … darah dibayar darah .. jika dia didapati bersalah secara sohih senghoti oleh
hakim hakim yang mempunyai harga diri yang tinggi. Harga diri tinggi datang dari jiwa yang takut
pada balasan akhirat nanti. Dalam erti
kata lain , hakim hakim mesti dilantik
dari mereka yang mempunyai sifat ketakwaan yang tinggi.
Apa itu takwa? Takwa ialah takut
pada Allah yang serba serbi maha mengetahui tak kira ...hakim hakim itu merupakan kroni pihak pemerintah atau pun tidak.
5) Mempercayai orang dipanggil penenung nasib. Di sini , manusia percaya
kepada proses tenung nasib dari seorang pakar .. dengan cara melihat urat urat yang timbul dari tapak tangan , sipenilik nasib boleh khabarkan anda akan menjadi kaya atau papa ke dana. i.e., what will happen to you in future? Sebenarnya Islam .. mahukan . .. kita
percaya semua ini apa apa yg berlaku adalah qada’ dan qadar tuhan kepada kita. Contohnya ada seorang kawan saya .. dari Kelantan .. anak orang
yang susah pemotong getah ..tetapi nasib
nya bagus .. dapat berkhawin dengan anak ‘raja’ ..hinggakan pada satu ketika …
kerana sifat ketakwaan yg tinggi dan rezekinya yang luas .. Allah melantik dia menjadi seorang
pentadbir yang bijak bistari, baik budi, tinggi akhlaknya ..di sebuah jabatan kerajaan jauh di sana.
Di sana. Islam melarang kita
mempercayai ..tukang tenung nasib ..kerana sudah berlaku . pada zaman jahiliah
..ada raja itu membunuh semua anak anak lelaki .. yang baru dilahirkan. Banyak kacau bilau yang berlaku kerana
perintah raja …siapa yang berani lawan, bukan?
6) Berjudi. Kita diharamkan berjudi sama ada menikam 4 nombor ekor dalam kedai judi TOTO . Melalui judi , banyak rumah tangga hancur
..contohnya ..dalam kalangan orang cina ..bila suami berjudi .. banyak masalah berlaku
dalam rumahtangga mereka sehinggakan .. satu masa …di puncak masalah..
pembunuhan berlaku secara melata. Lagi
pun Ah Long bin Ah Long panjang akan mengganggu mereka yang suka berhutang untuk melibatkan diri
dalam judi bola .. WORLD CUP 2012 yang lalu.
Tengok .. menjauhi diri dari terlibat dalam dosa besar banyak kebaikannya. Oleh itu elakkan diri dari berjudi. Islam
menggalakan jual beli .. bekerja sebagai guru, akauntan, jurutera, doctor
.. mencari rezeki yang halal sepanjang
waktu dan haram berjudi. Ada banyak keberkatan hidup ini dan tidur pun lena.
7) Minum
arak. Orang yang minum arak .. jantung ,
paru paru nya dan banyak organ dalamannya .. akan cepat rusak termasuk ususnya. Orang yang minum
arak cepat .. lupa siapa isterinya, anak anaknya , ibu ayahnya , .. dan ada
pemabuk .. terlibat dalam kemalangan jalan raya dan pembunuhan secara beramai-ramai
di Amerika Syarikat. Orang mabuk tidak
dapat memikir .. secara waras apabila
kewarasannya dicabut oleh tuhan melalui peminuman arak berbagai bagai jenis
setiap ketika.
8) Makan
riba/ interest dari Bank Komersial.
Dalam Al Quraan yang mulia , Allah bersumpah untuk berperang dengan
mereka yang memakan riba. Ada
sepotong hadith .. dah lupa saya .. jika kita terlibat dengan 1 riba ..itu adalah
lebih dashat dari berzina dengan ibu kita sendiri sebanyak 30 kali .. Hukuman zina ialah neraka dan hukuman riba
adalah 30 darjat lubang kawah pantat neraka yang tersangat dalam. Sekarang
di akhir zaman, ramai kita berlumba-lumba memakan riba. Ke mana mana sahaja kita mendengar ..orang mengambil pinjaman rumah, pinjaman kereta, perusahaan industry computer, projek sawit ,
projek memelihara kuda Argentina .. ambil
pinjaman bank membesarkan dapur walaupun ..mengikut rekod statistitk
..isterinya tak pandai pun memasak …satu masakan yang boleh bergelar masakan
melayu sempurna sepanjang musim perkahwinan ini .. pendek kata orang
ramai ..tidak takut lagi pada penglibatan riba .. hukum hakam islam dari tuhan robbal
alameen. Iman manusia sudah lama hilang dari jiwa mereka. Bila riba berleluasa .. kehidupan rumah tangga .. tidak lagi
dijanjikan keberkatan dan keharmonian hidup berkeluarga. Tidak hairanlah .. dalam masyarakat islam di sini , sudah ada anak
anak yang sanggup membunuh ibu ayah mereka secara tiba-tiba just because mak
ayah tak mahu ikut kemahuannya membeli sebuah motosikal berkuasa besar dan
bertayar besar. Punggung penunggang motosikal ini ...pun berskala besar juga. Tuhan angkat rahsia khair .. mempunyai satu keluarga
besar. Tidak ada rasa kasih sayang anak
anak kpd ibu ayah yang sudah tua.
Berbodon-bodon la ni anak anak menghantarkan ibu ayah mereka ke rumah orang-orang tua dan melawat ibu ayah ini setahun
sekali. Mungkin hasil penglibatan kita
makan riba ..semasa kita membesarkan anak-anak kita , ini lah hasilnya A u zu billalah.
** terlupa saya ..orang yang meninggalkan solat (sembahyang 5 waktu) pun ..dikira ..terlibat dalam dosa dosa besar. Bahkan perkara solat adalah perkara pertama akan disoal oleh tuhan ..di mahkamah Allah nanti. Untung benarlah orang selalu menjaga solat di mana-mana dia berada.
** terlupa saya ..orang yang meninggalkan solat (sembahyang 5 waktu) pun ..dikira ..terlibat dalam dosa dosa besar. Bahkan perkara solat adalah perkara pertama akan disoal oleh tuhan ..di mahkamah Allah nanti. Untung benarlah orang selalu menjaga solat di mana-mana dia berada.
Sekian.
Marilah kita menjauhi diri ini dari melakukan dosa-dosa besar.
Jika terasa kita bersalah, jom cepat cepatlah bertaubat ..dan ambik kata
putus ..tidak mahu terlibat lagi dengan perkara perkara di atas dalam saki baki
kehidupan ini.
Walllah hu aklam bis sawabbbb..
0 comments:
Post a Comment