Mencari lagi kebahagiaan .. sambungan

Posted by sazali

Salam

Kita sebagai insan tidak terlepas dari memburu kebahagiaan .  Orang cina mahu kebahagiaan , orang india mahukan kebahagiaan , orang siam Kelantan hendakkan kebahagiaan dan ..orang BN pun hendakkan kebahagiaan.

Untuk maksud itu .. mereka akan mencari jalan sebaik mungkin .  .. untuk mendapatkan kebahagiaan.

Kadang-kadang .. kerana terlampau gila dengan sesuatu .. yang belum dicapai lagi ..tetapi hati dan sanubari kita sudah taksub dengan .. sesuatu yang jauh di sana ..di sana ..

kita terlupa untuk menghargai nikmat yang tuhan sudah kurniakan kpd kita selama ini seperti:

(i)  isteri yang cantik
(ii) anak anak yang ramai  dan akhlak pun ..  alhamdulilah .. jika nak dibandingkan dengan anak anak orang kampung ..yang tidak bersembahyang subuh, asyik melawan dan menderhakai  ibu bapanya yang sudah lama membesarkan mereka seperti menantang minyak yang penuh
(iii)  kesihatan yang baik .. dapat jogging 4 kilometer sehari dalam stadium universiti ;  dapat makan dan minum segala anika juadah .. semua dia makan kecuali kayu dan batu sahaja
(iv)  jawatan kerajaan yang sudah disandangnya selama 30 tahun sudahh
(v) ramai kenalan sama ada dari Johor , Kelantan dan Kuala Lumpur tidak termasuk kenalan kenalannya dari Yaman dan Nigeria dan Bangladesh (banglabest)
(vi)  kehormatan yang sudah terbina dalam kalangan masyarakat kampung jauh dan dekat
(vii) ijazah ijazah yang ada Bachelor, Masters dan Ph.D


--------------

Kerana terlupa menshukuri nikmat yang sudah ada padanya ada staf kerajaan meletakkan jawatan untuk bertanding dalam Pilihanraya Ke13 ini.

SEbagai sahabat .. kita ucapkan kpdnya .. Selamat Maju Jaya.  MUga muga ada khair (kebaikan) dalam urusan mu itu.

Mengapa orang mahu bertanding?

Jawapan ada di sini :

(i)  ada chance jadi kaya raya (Khalid Muhammad, 1982)..  sila rujuk kepada empayar Ketua Menteri di sebelah negeri di bawah bayu atau Bumi Kenyalang itu.  Harta mereka berkembang secara eksponential , bukan?  Orang ada ijazah Ph.D pun .. anak orgg kampung pun....  susah cari makan .. lain pula dengan kroni kroni mereka .. tanpa pelajaran yg tinggi pun .. harta yg sedang mereka  kumpulkan / kecapi .. masyallah .. Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.  Sangatlah banyak  termasuk di luar negara sana.

(ii)  anak anak bini dan sanak saudara , kroni .. ada chance jadi kaya kerana .. banyak projek ..boleh ..  dibahamnya ..  sila tanya Badan Rasuah ... SPRM Suruhan Jaya Rasuah Malaysia ..

kita selak dulu harta ..  mantan mantan menteri menteri besar kita dari 1957 hingga 2012 yang lalu .. tengoklah .. bagaimana banyaknya ..  pengumpulan harta yang mereka mampu .. banyak mana , luas mana harta tanah sawit dan getah mereka yg telah ditakluki /  buat sebelum pasir masuk ke dalam mulut dan rongga tubuh badan mereka

(iii) how to get harta ?  buat syarikat syarikat /  kroni mu dan aku SDN BHD/  kita pakat pakat jadi kayo.. bila lagi bukan ( Khalid MUhammad, 1982) ?

(iv)  macam macam lah.

Pada tahun 2013 .. sejak adanya parti pembangkang yang kuat dan tersusun ini (terdiri dari kalangan orang profesional) termasuk mantan Menteri Besar Selangor Mat Tyson Malaysia  ..    mungkin .. gaya mereka mengumpul harta ..  sudah berlainan sedikit ..

Syukurlah  Malaysia ada .. satu barisan parti pembangkang yang kuat.

Jika tidak sudah tentu .. negara kita sudah terjual kpd pihak luar.    Mungkin , mungkin ..  (he..he..)

Oleh itu berwaspadalah   sipenulis ini dan tuan tuan hamba semua.  Saudara/ saudari tak mahu berubah  ke kepada sebuah negara yang adil , dan saksama.  Adil pada kaca mata Islam yang suci murni.  Ini kali lah.. jom/  BIsmillah hi tawakal tu ala llah.  Yakinilah... Allah bersama sama kita yang benar.

Wallahu aklam bis sawabbb

Rujukan:

Catatan Peribadi mantan  Polis - CPL Khalid Muhammad 10452  -orang kuat BN di Kota Bharu, Kelantan 1984 ~ 2002.  Al Fatihah.

0 comments:

Post a Comment