Salam.
Ada satu soalan dari pelajar .. bagaimana boleh saya berminat dengan subjek matematika/ statistik dan macam macam .. 'xyz +TIK' tuan?
He..he..
Ada 3 - 4 petua.
pertama .. cuba hadhir ke kuliah awal awal waktu. Jika kuliah bermula jam 0200 ptg .. anda mesti berada dalam dewan kuliah sebelum jam 200 ptg.
kedua .. ikutilah syarahan matematik dan statistik itu ..dengan penuh .. perhatian. Tengok flow syarahan tersebut. Buat perbandingan apa yg dicakapkan di hadapan bilik/ pentas kuliah dengan apa yg sudah ada di dalam sistem "Blackboard/Author". Nota notanya itu.
ketiga - buat semua tugasan yg diberi mengikut date line. Jangan meniru .. sesama kawan kawan. Buat sendiri jika perlu. Jangan amalkan .. hidup dalam universti dgn sifat meniru niru .. Kita tak ke sini untuk meniru tau? Ijazah kita ..mana ada Ijazah Copy and Paste pun.
dan akhir sekali ..belilah buku ..yg dicadangkan oleh pensyarah tersebut. Apatah lagi buku itu dikarangnya sendiri ..
---------
Komen: mengikut pengalaman saya mengajar matematik di dunia universiti ini .. ramai pelajar datang lewat ke kuliah. Waktu paling susah ialah jam 0800 pagi dan jam 0200 ptg .. kerana .. masalah bangun pagi , sembahyang subuh, sarapan, makan tengahhari dan sembahyang zuhur. Itu belum diambil kira sistem pengangkutan dalam universiti ini.
Mungkin ..kita perlu membantu mereka ..kerana kerajaan cukup menyayangi mereka. Contoh bantuan : buat kuliah jam 1000 pagi sahaja . dan sebelah petang kita mulakan .. jam 0300 ptg. Bukankah Malaysia ini kita punya.. bukankah begitu .. rakyat di luar sana? Ha..ha..ha.... Klau boleh kita mengajar mereka sampai jam 1200mlm setiap hari. After jam 0900 mlm - 500 pagi .. tak banyak masalah dah ..pasal .. semabhyang berjamaah, sembahyang itu dan ini lagi pun .. cuaca cukup baik ..nyaman , sejuk, cool, .. sekali .. kecuali nyamuk-nyamuk AEDES .itu pun yg masih hidup .. dan nyamuk yg sanggup bersusah payah nak hisab darah darah budak budak universiti ini.
Sekian.
Wasallam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment