Malam jumaat datang lagi

Posted by sazali

Salam

Antara banyak hari,  Allah muliakan hari jumaat kerana ..

banyak sebab.  Antara sebabnya ialah adanya solat jumaat di mana ini merupakan perhimpunan besar umat islam di satu satu kawasan kampung, bandar dan ibu negeri.

Melalui solat jumaat, semua para makmun dapat faedah besar mendengar khutbah jumaat yang selalunya berkisar mengenai masalah umat islam setempat seperti masalah air , api , akhlak belia islam la ni, isu perceraian dan .. diakhir khutbah ..  khatib membaca teks .. dari majlis agama islam ...cara cara mengatasi masalah tersebut.

2)  Rugi sangat ..jika seseorang itu ..  menguzurkan diri dari upacara sembahyang jumaat.

3)  Disebabkan jumaat merupakan hari yang paling mulia .
pada malam jumaat ..eloklah kita mengorbankan sedikit masa membaca Al Quraan .. baca surah Yaseen, Al Mulk dan Alif Lam Mim sajadah .. dan buat doa panjang panjang agar Allah memberi kita taufiq dan hidayah .. dari sekarang hinggalah ke satu saat kematian kita.

Kita bila masuk tidur .. disunatkan .. menanam azam ..untuk bangkit awal awal pagi jumaat .. dan menghadhirkan diri sembahyang solat subuh berjamaah di masjid jamek berdekatan.

4)  Ada banyak faedah kita menunaikan solat secara jamaah seperti:

4.1  mengeratkan lagi silatul rahim antara jiran  tetangga dan orang orang kampung di sekitar rumah kita
4.2  mengenali satu sama lain secara dekat ..  mereka orang bekerja sektor  kerajaan sedangkan kita kerja sendiri sahaja
4.3    mengetahui perkembangan ahli khariah kampung -  majlis perkhawinan anak penghulu, majlis tahlil dan juga ..  majlis bercukur jambul anak orang orang kampung kita juga

5)  esok pagi pagi jumaat .. jom kita melawat tanah perkuburan tok nenek kita

Cuba amalkan .. paling dhaif kita melawat tanah perkuburan ayahanda bonda sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.  Dalam satu hadith ..mahfumnya ialah ..  orang yang melawat tanah perkuburan ..  setiap langkah dari rumahnya ke tempat tersebut ..  semua dosanya diampunkan ..dan .. Allah memanjangkan usia kita ..  Ameen.

Dengan amalan ziarah tempat khusus ini ..hati manusia berubah dari .. angkuh kepada .. lembut ..  bbila hati lembut ..senanglah kita mendengar .. ustaz ustaz yg mengajar di masjid dan surau surau berdekatan dengan rumah besar kita (12 bilik tidur) lagi pun .. tempat ini (tanah perkuburan)  akan menjadi destinasi kita ..  yang terakhir.  Hebat macam mana kita pun ..  satu hari ..tempat inilah .. merupakan tempat bersemadinya .. jasad kita insya allah.

Jika kita membawa ahli ahli keluarga ke tempat ini, insyallah , sewaktu kita bergelar ahli ahli kubur ...  anak anak kita akan datang menziarahi kita pula.  Mereka akan bacakan Al Fatihah, Surah Yaseen dan berzikir, bertahmid dan ..  berdoa untuk kita juga.

Masalah dunia berlaku la ni kerana ..  majoriti kita takut .. untuk membuat agenda ..menziarahi ..tanah perkuburan ini sekali sekala dalam sebulan atau sekali setahun.  Buatlah .. amalan ini/  rezeki mu pun akan bertambah insya allah.

6) Malam jumaat ..  mengikut kitab .. lama dalam almari perpustakaan rumah saya ..  ditulisnya ..  sunnat melakukan persetubuhan dengan isteri (lama/muda1,muda2,muda3,muda4) ..  dan pagi esoknya jam 0500 pagi ..   kita bangun ..mandi wajib, sembahyang tahajud n witir  ..dan terus ke masjid jamekkk solat fardhu SUBUH pagi jumaat .. imam membaca surah Alif Lam Mim Sajadah ..  dan niat juga .. nak mandi untuk bersolat jumaat 6 - 8 jam dari waktu tersebut.

Bila kita ada target .. insyallah .. semua benda dalam dunia ini ..kita mampu menawannya termasuk memandu kereta dengan berhemah dan bertanggungjawab.   Janganlah memandu di mana kita langgar pokok bunga , kuching, anjing , burung dan .. juga manusia.  Astagh firullah hal azeem.  Ingat .. bukan kita seorang yang ada keluarga.  Orang lain pun ada keluarga mereka juga.  Dunia mesti kita berkongsi dengan baik .. cina DAP, cina MCA, India  ..   PAS, PKR ..dan lastly UMNO.  he...he..  jom kita duduk baik baik .. bila beli duurian melayu jangan tawar tawar lah .. dan bila berhutang dengan kedai cina .. bayarlah hutang mu itu.  Orang cina pun nak hidup aman &  Bahagia juga..  mereka umat Nabi Muhammad s.a.w.   Tengok Lim K. Siang kalahkan mantan Mentri Besar Melayu Johor/  tengok Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka..  mereka semua dah jadi bahan sejarah ..  tetapi ..  jom kita hidup molek molek deh/  jangan bergaduh lagi.   Dulu melayu top .. sekarang melayu dah DOWN.  Ini roda roda hidup.   Sekali kita di atas ..dan ada masa kita kena belajar duduk di bawah.  why?


Kehidupan ini bukan .. memburu benda yang tak ada dengan kita lagi dan lagi  ..tetapi ..kehidupan yang paling bahagia ialah ..  kita menggunakan apa yang masih  ada dengan kita pada hari ini.  Kita bersyukur dengan nikmat yang telah tuhan kurniakan kpd kita dari dahulu sampailah ke  hari ini.  Bersyukurlah .. berkhawin dengan  isteri cantik (semua isteri ..kita cantik tau? .. tidak ada wanita yang tak cantik .. belajar memuji isteri pun satu sunnah nabi ..tau?  try katakan kau cantik lagi lah yanggggg.. although u r 55 yeaars old ..4 heaven sake  ), anak anak yang mendengar kata orang tuanya siang dan malam,  nikmat kekuasaan melayu masih ada lagi dalam kerajaan Malaysia ini ,  tuhan kurniakan kita otak yg baik .. untuk ilmu matematik, statistik, penyelidikan operasi , pengaturcaraan komputer ...,  dan kesihatan yang baik. Kencing beres.  Nafsu makan berehhhhhhh..  dan akhirnya  Nikmat paling besar ialah ..  kita dapat islam, iman, taufiq dan hidayah tanpa kita bersusah payah sedikit  pun .... ingat cerita  Bilal r.a.  dan cerita Omar Al-Khatab ..susah mereka dapat islam, azab penderitaan mereka di bawah tangan Abu Jahal , macam macam pengorbanan mereka sedangkan kita .. mendapat islam F.O.C.  tetapi pa pa pun ..ingat ..korbankan sedikit masa, harta, nyawa kita untuk berjuang dalam agama =  fikir agama dan sebarlah agama ke seluruh alam .. insyaalah ..kita akan berjaya dunia dan akhirat .. Jihadfi sabillillah ...  dakwah tabligh bukan berjihad menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan itu  tau?....Ameen.


Yang baik ..baik ..dari Allah dan .. yang tak bagus itu ..semua adalah kelemahan diri ini ..
maafkan saya yer?


Wallahu aklam.

Yang baik dari Allah dan yang lemah itu semua itu kesilapan saya sendiri.

0 comments:

Post a Comment