Cabaran 2010 PnP matematikku

Posted by sazali

Salam.

Saya dicabar oleh PTJ ku. Mengajar matematik DIT ..kepada 4 orang pelajar yang mengulang semester. Mesti lulus mereka ini. MESTI?

Topik DIT maths semester 1 ada topik-topik berikut.

1. Set
2. Matriks. Cramers Rule etc etc
3. Calculus - differentiate and integrate.
4. Seri - J.A/ J.G/ Taylors / McClaurins
5. Had
6. Problem Solving Mathematics

Agghhh.. topik topik macam-macam DIT ni. Semua ini saya tak takut. yang mengerikan ialah pelajar-pelajar tidak mempunyai pemikiran yang logik sesuai dengan pelajar universiti. Adushhh.. payahnya. Kerja gila ni.

Contoh : x - (y/3) = 4

Wakilkan 'y' dalam sebutan 'x'.

Mula-mula mereka semua terkam laju-laju ke arah pendaraban bersilang.

so depa dapat x - y = 12

Ini sudah salah ma!!

Mereka gila sangat nak darab bersilang secara membabi buta.

Sebenarnya mereka terlalu banyak buat matematik pengiraan seperti (1/3)x = 10

sebab itu mereka dididik buat darab bersilang (cross-multiply) 1x = 10 darab 3

iaitu 1x = 30
x = 30 #


Tabiat mendarab membabi buta ini mereka amalkan di dalam semua soalan dan keadaan.

Mereka suka sangat skill mendarab secara bersilang ni. klau tak dibenarkan mendarab sebegitu cara nya sudah tentu dia akan marah kat kita. Prestasi kita ..mungkin tersangat-sangatlah rendah jadinya.

Oleh yang demikian x - (y/3) = 4

dapatlah mereka x - y = 12


Sepatutnya mereka dapat lihat bahawa nombor-nombor x dan y mesti mempunyai angka bawah pecahan yang setara. iaitu '3' di sebelah kiri dan angka pembawah '1' di sebelah kanannya. sebagai permulaan penyelesaian.


so they can get (3x - y )/ 3 = 4/1 [ lihatlah ada pembawahnya]

then they get (3x - y) = 12 [ dari kerja darab bersilang]

ini dah betul ni. Cukup pandai ni.

Soalan mahu kita cari 'y' lah.

So 3x - 12 = + y

but +y = y

now you can write y = 3x - 12

BETUL tu.

But wait .. why 'y' di kanan tiba-tiba dah jadi 'y' di belah kiri? Haik, tak faham aku.

Jom kita lukiskan gambar ibu dan ayah mu. katakan ayah kurus sangat badannya dan emak ..masyaalah .. sangat lah sihat ibu..


gambar

ayah kurus (dengan) ibu gemuk = sama jer lah = ibu gemuk di sebelah kiri (dengan) ayah mu di sebelah kanan. Mereka tetap berdua-duaan bahagia sampai bila-bila.

jadi apa yang ditulis sebelah kanan atau kiri dari simbol '=' boleh ditukargantikan

seperti kamu nak ambil gambar pakai hand phone - ibu ayah klaian waktu hari raya.

Mereka tetap bersatu . Kiri atau kanan ayah dari posisi ibu .. tak kesah ..asalkan mereka sentiasa berdua.

Begitu jugalah 'x' dan 'y' ini dalam persamaan 3x -12 = y

sama lah dengan y = 3x -12 #

Harap kalian faham sikit sikit tu. Jika tak paham lagi ..jom masuk FTMM ini. ha..ha..

TQ. Wasallam.

Wallahu alam.

0 comments:

Post a Comment