Tahap matematik apa yang saudara maksudkan?

Posted by sazali

Salam.

Terdapat 4 jenis matematik di sekolah. Pertama matematik mudah seperti campur, tolak, darab dan bahagi. Pecahan pun - adalah matematik yang asas jugak. bahagi harta ayah kepada 10 orang anaknya. Abang dapat banyak sedikit dan adik bongsu pompuan dapt sedikit jer. Tanya lah ustraz kita tu. Ini matematik untuk masuk kedai kopi mamak dan sembang =sembang pasal pecahan harta arwah ayah yang tak banyak mana pun.

Kedua matematik aljabar. Ada huruf 'x', 'y' dan 'z'. Seronok ini. Ini dipanggil angkubah dalam pengaturcaraan komputer. Jika anda nak jadi jurutera anda kena pandai topik aljabar ini. Persamaan serentak 2 dan 3 pembolehubah. Boleh pakai matriks sonsang untuk menyelesaikan masalah di atas.

Ketiga ialah matematik kalkulus. Ini matematik gila. ramai budak-budak sijil politeknik KPTM malaysia hampir-hampir mati nak faham kalkulus. dy/dx. kamiran. integration. Word Problem Solvings. Tapi nak buat jambatan, lebuh raya .. jurutera memerlukan kefahaman kalkulus dan logik dalam hidupnya. No way out!

Keempat ialah Discrete Mathematics. Ini lagilah gila bagi pelajar-pelajar universiti. Contoh topik dalam D.M ialah Venn Diagrams, Set Theory dan Travelling Salesman Problem. Semuanya benda kena faham dan fikir dalam otak secara bersungguh-sungguh. nampak faham jer tetapi bila buat satu soalan dari buku Schaums Series dari library universiti satu abuk pun tak betul. Itulah gila namanya. Tetapi kalau adik nak jadi .. org komputer, elektronik komputer dan ..tele komunikasi .. discrete mathematics ada lah satu yg mesti. Dia mati atau adik juga yang kena mati. See?

Hishhhh penatnya .. nak rehatlah dulu. Nanti saya sambung lagi anak ooi. Permisi? (pengaruh indonesia punya filem ..waktu petang bersama-sama dgn mak chik di rumah)

TQ. Wallahu alam.

0 comments:

Post a Comment