Hadiah Anugerah malam Alumni UTHM (Bahagian Akademik)

Posted by sazali

Salam.


Insyallah malam ini ada majlis Anugerah Kecemerlangan ALUMNI UTHM 2010. Seronok tadi saya terserempak 2 orang rakan baik saya dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan. En Udom dan En. Hisham yang mewakili alumni KUiTTHO/UTHM dari Polytechnic KB. Terima kasih tuan kerana dapat bersama-sama di dalam majlis ini.

2) Yang paling best is ..ada beberapa hadiah .. yang dijanjikan kepada alumni. Pertama kategori khas seperti ALUMNI palaing berjaya dalam sektor swasta-industri, dan lain-lain lagi dan kedua kategori mereka yang baru sahaja bergraduat PhD dari UTHM. Dengar khabar ada RM0.5K untuk setiap pemenang termasuklah penulis yang hina ini. Syukur alhamdulilah tidak disangka-sangka duit dari langit ini. Alhamdulilah!

Saya harap hadiah ini akan memberi sedikit motivasi kepada semua alumni UTHM supaya berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang masing-masing sama ada dalam sektor kerajaan ataupun swasta. Dikahbarkan dari VC UTHM tadi 78% graduan UTHM berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh masa 6 bulan selepas konvokesyen dan 10% melanjutkan pengajian mereka di peringkat masters dan PhD. Syabas!

Mengikut ilmu matematik saya ke mana perginya .. (100 - 88)% graduan kita ini? Saya percaya semua akan mencapai sukses dalam bidang masing-masing. Menjadi seorang entrepreneur pun satu karier yang sangat hebat juga kerana kalian mencipta pekerjaan untuk orang lain. Pahalanya pun hebat juga.

2)rupa-rupanya Eng Dr Hisham Pengarah CARE ini pun alumni PLSP/ITHHO/ KUiTTHO/UTHM juga. Dari buku istemewa 50 alumni berjaya ramai alumni UTHM telah pun menempa nama mereka masing-masing di persada antara bangsa. Syabas! saya menumpang gembira juga melihat PM DR Mujahid berhijrah ke UPNM dengan pangkat baru P.M. Tahniah bos!

Sekian.
aklam

0 comments:

Post a Comment