Why tak guna O.R methods?

Posted by sazali

Salam.

O.R ialah operations research. satu subjek managing/ uruskan sumber bila berhadapan dengan konstrain yang pelbagai.

Contohnya - Transportation Problem.

kita ada sebuah lorry. Lorry mesti mengambil barang-barang dari 2 lokasi tetapi selepas itu mesti mengedarkan barang-barang itu ke 10 destinasi lain yang berdekatan.

Konstrain/ had / limit yang kita berhadapan ialah: ada 2 sahaja iaitu - driver kita hanya boleh bekerja dalam 5 jam sahaja sehari dan lori itu sendiri tidak boleh memuatkan jumlah barang melebihi 10000 kg / 10 tan.

Bagaimanakah kita menyelesaikan masalah ini?

Proses penyelesaian ini memerlukan model matematik - dipanggil Linear Programming.
Bagaimanakah kita mengatur laluan lori itu supatya semua 10 lokasi dapat dicapai dalam 5 jam kerja sahaja. Menarik kan? Satu contoh problem solving yang kita hadapi setiap hari.

Graduan O.R ramai bekerja di pelabuhan, lapangan terbang, PETRONAs dan lain-lain lagi. Skill mereka ialah matematik, statistik, programming, ekonomik, ekonometrik, .. , komunikasi.

Wallahu alam.

0 comments:

Post a Comment