gelap cerah gelap cerah

Posted by sazali

Salam

Gelap cerah gelap cerah. Umur kita semakin bertambah.

Dalam dunia perniagaan, ada untung dan ada ruginya.

Tetapi dalam dunia rumah tangga, kita berjumpa dengan keadaan bahagia dan kurang bahagia/ huru hara.  Mengapa?

Ada 5 sebab:

1) takdir tuhan.  Ada orang jodoh tak panjang.  Bila berkhawin dengan pendatang asing yg sudah ada bini dan anak, ...  satu masa nanti , dia akan kembali ke tanah airnya juga.  Pada saat itu, kita berpisah.  Lagi senang kot.
2)  kita bodoh.  Pendapatan RM10,000 sebulan tetapi kita belanja RM100,000 sebulan.  Panggil pak imam baca ayat suci Al Quraan  siang dan malam pung , meratip hingga jauh jauh malam pun , tidak memberi apa apa faedah. Why?  Kita bodoh berbelanja tak pakai akal yg panjang.
3)  pasangan kita ..tak faham dgn jiwa kita dan tok laki pun tak faham jugak perangai isterinya.  Asyik menangis , menangis tak sudah sudah walaupun dunia semakin hari semakin berubah.  Suami mengamuk ..wat gapo?  zaBedah sakit sejak dulu lagi setelah dijahit over-over.  Ayat ayat seperti 'tak elok gitu tak elok ginii wahai abang ..'  mungkin tak membawa apa apa makna lagi kpd komandor dlm rumah kito tuh.  kasihan chek abeng.
4)  mak bapak kita ..fikir macam macam.  Fikiran mereka tak mahu berubah. Ikut sangat layar hitam putih layar TV zaman dahulu kala.  Bila menantu depa orang putih, laksa kelantan dan nasi goreng belachan ..  bukan selera dia dah pak aji.  Menantu nak makan roti bakar dan majerin. Waktu krismas , semua saudara saudara dari Wales mahu jalan jalan di malaysia ini. Menantu melayulah yg akan tanggung semua kos hotel itu rata riti.  Bagus ..insyallah panjang umur kalu begini?
5)  komuniti kita ..pun satu hal jugak.  Ahli komuniti bukan seperti yg telah kita kenali 30 tahun yg lalu. Sekarang kita amalkan ..mu mu aku aku.  Time orang mati baru kita jenguk muka di mana mata kita separuh jaga separuh terlelap maklumlah ..sepanjang malam tonton bola astro.  Subuh entah ke mana sudah?

Begitulah tuan/ puan/ adik dan kakak.

Kerajaan ini seperti sebuah rumah tangga jugak.

Betul tak?  bapak dlm sesebuah rumah ..seperti menteri kita berfungsi di dalam sesebuah negara.

If bapak bijak ..semua alright ..tetapi if bapak kita 'bodoh' ..(maaf pak) ..apa boleh dio  buat.
Zaman sekarang, orang bodoh jadi makanan orang orang yg sangat cerdik dan tercerdik.  Dia tipu jer sikit, tumbanglah negara ini dgn hutang negara dekat dekat 1 trilion jumlahnya.

Tak ker binggung ini semua.  Paka jam mahal 1 juto RM pun .. kalau asyik meeting bermulo lewat ..wak 'b*bi' apo ..  paka jen- jen mahal-mahal ken?

Astaghfirullah .. puak puak bijok pandar ..ugama gi mano kalian?  tak berani tegur kor ..  org boros, amalan syaitan?

Kasihan rakyat jelata tok peti tok peti sekalian.  Padan dgn membaca al Fatihah sahaja kor? .

Wasallam

0 comments:

Post a Comment