dari kacamata depa non-muslims

Posted by sazali

Mereka pandang kita pelik kot ..

Kenyatan ini sudah biasa kita baca. Tak kiralah dimana. Banner tepi jalan ..atau di tepi tepi jalan ..terowong kereta api bawah tanah di London/. Apakah maksud disebalik statement begini?

Saya berpendapat .. memamg barat melihat kita bangsa yang mundur, lemah dan double standard. Ringkasnya : hipokrit! Cakap lain. Buat lain. Tahu mcm-mcm tetapi buat sedikit sangat. Ada beberapa contoh yang ingin saya kemukakan dalam penulisan saya kali ini. Bawak bertenang para pembaca budiman. Kita kena telan ..walaupun pahit macam hempedu .. dari badan se ekor buaya di sungai tepi kampung kita ….sekali pun.

Kes 1: Adab khawin orang melayu pertengahan

Ada yang meniru hampir-hampir 100% budaya orang barat khawin. Jika pengantin lelaki datangnya dari akademi tentera laut ..maka pengantin memakai uniform TUDM ..siap dengan pedang. Jika silelaki dengan pakaian askarnya .. kita boleh bayanglah ..si perempuan pulak. Siap dengan ..rambut terdedah dan bercat pulak (oops.. tak semua). Pakai gaun pengantin ..si Lulu USA pakai dan Demi Mooore pun pakai ..tengok ..sarung tangan tu.. pakaian islam kah itu. Putih .. tetapi nampak kulit pengantin perempuan. Kain kain sarung itu nipis dan jenis ‘see through’ Bukankah ini meniru stail orang barat berkahwin dan pose bergambar beramai-ramai? Muhrim ?

Mana hebatnya budaya kita? Kemana perginya baju melayu siap dengan keris pendeknya? Hebat bangsa kerana budayanya. Pak Sako dan Munshi Abdullah pernah laung laungkan .. Adab kahwin adalah satu budaya kita. Kita jugalah yang memperlekehkan adab dan tata tusila kita sendiri. Salah siapa ya?


Kes 2: Bila hantar anak melanjutkan pengajian ke luar Negara

Kita buat kenduri ..doa selamat dan banyak lagi sembahyang itu dan ini. Salah satu sembahyang sunat ialah sembahyang hajat. Kos pun agak mahal jugak lani. Agar selamat perjalanan pergi dan balik. Cuba check keluarga melayu (pertengahan) semasa mereka hanta anak ke airport. Siap dengan bergambar sana sini. Posing si anak / ibu dan bapa tak habis-habis. Kadang-kadang tanggal tudung kepala semata-mata nak berangkat ke luar Negara. Baru nak pergi menuntut tu. Belum habis lagi .. tudung dah tak pakai lagi. Trend. Budaya? Oleh itu si kafir mungkin selalu memikir ..adakah ..pakaian islam ini mengikut suasana? Bila masa bersembahyang hajat jer .. ramai orang kita pakai full set pakaian ala-islam. Minyak atar. Bertudung, stoking kaki dan stokin tangan. Time kat Kolej Islam .. pakai tudung labuh sampai kat paras lutut … takut kita.. seriouskah anak kita ini.. tetapi dah masuk University Nottingham ( contoh saja ni) .. tak nampak dah tudung yang semacam itu. Dah pandai tiru artis-artis melayu pakai tudung sekadar trend fesyen jer. So siapa salah? Sebab itu orang-orang itu fikir .. kita tidak ada standing/ sekejap full islam sekejap . tanggal dah pakaian islam. Kita juga yang melekehkan diri kita sendiri. Salah siapa yer?



Kes 3: Time dapat anak

Cuba lihat keluarga melayu .. bersiap sedia dengan macam-macam .. untuk menimang anak pertama/ cucu pertama. Tak pakai dah buai .. zaman dahulu. Kalau stail dulu .. kita terpaksa pakai tangan untuk enjut, menghayun , membuai si anak.. siap dengan si ibu menyanyi sikit2 lagu-lagu arab .. bunyi lagu padang pasir mesir ..ayat quraan .. termasuk .. seni kata “anak ku sayang/ tidur anak ku ..nanti emak upah susu.”.

Tetapi sekarang ..semua pakai mesin letrik. Tekan butang .. ber enjutlah buai itu, jalan lah buai itu tak henti2. Lagu emak pun telah dirakam dan dimainkan beribu-ribu kali. Pakai hand phone, ipad, ipod semua ada. Semua ada .. tetapi sayang si ibu dah jauh pergi dari buaian si anak tadi. Lagu kasih, rasa kasih sudah . ditolak ketepi. Apa boleh buat? Emak kan cari kerja, emak cari duit ..nanti emak beli susu tepung Dutch Lady.

So budaya kita dah berubah kan? Stail cinta kasih kita pun berubah. Kek hari jadi .. mana ada kueh melayu? Kueh tahi itek , akok, teri manis, (Kelantan) .. Yang ada yang bertingkat-tingkat .. ada icing pulak tu. RM35/= sekilo. Kedai bukan melayu Pelangi yang jual. Kita melayu yang beli dan makan. Halal kah kek-kek itu? Icing itu halalkah? Google sikit. Sure ada bahan yang confirm .. tak halal. They do add a bit of Wine tau else mana boleh lembut tepung kek tu; sedapkah ? Si penjual ketawa pun kuat ..untung pun depa kaut habis habis dah.

Kadang-kadang orang disebelah sana mesti ada kata .. tengok melayu .. babi tak makan tetapi .. benda-benda lain yang was-was halal haram .. dalam icing itu ..OK ker? Sebab itu depa pandang kita lain macam jer. Cakap lain buat lain. Pagi isnin berdoa .. semua islam ..tetapi week end yang lalu ..makan kek Pelangi .. hishhh .. halal atau haram itu cikgu?

Kes 4: Bola sepak

Jika ada perlawanan bola sepak Man United versus Chelsea. Tengok mana ramai peminat sorak melayu atau bangsa lain dekat perkarangan kedai Mamak India? Sampai jauh-jauh malam kita beri sorakan kepada Man United. Apa kita dapat? Time balik dari kedai mamak (tempat sorak dengan adanya screen giant) ..kita memandu sangat laju. Accident. Ada anak bangsa ku mati. Terkeluar biji mata dan semua perkakas dalam otaknya bersepah-sepah berselerak di tepi-tepi jalan. Salah siapa ini?

Jika jumaat ..siap dgn sembahyang jumaat. Pakai cukup hebat .. tetapi time malam malam .. mati dalam jersey man united .. sembahyang isyak tak buat lagi. Mati katak kita. Siapa yang silap ini? Patut lah mereka (orang agama lain) pandang rendah kat kita. Siang amal islam , malam amal budaya kita orang Manchester. Mulut si mati berbau ..air kencing syaitan. Whisky… see patutlah depa always pandang rendah kat kita .

Oleh itu jom kita bertaubat dan tukar betul-betul pendirian kita anak beranak. Ke mana nak kita bawa anak-anak kita .. ke syurga? Ke tempat lain? Jawap lah sendiri please.

Sekian. Renungkan lah sikit-sikt bangsa ku. Siapa betul siapa salah. Si bukan islam sentiasa betul dengan persepsi serong mereka kat kita orang islam. Persepsi mereka tak pernah berubah sejak zaman abu jahal, abu lahab lagi .. yang tak berapa betul adalah kita termasuk penulis (mungkin) dan .. orang yang turut membaca ..mengapa mereka pandang kita satu macam jer ( perlekehkan kita). Bertaubatlah….

Kes 5: Dekat musim bukak sekolah

Bangsa saya membeli sakan. Semua nak beli. Tak mahu recycle ker? Baju kakak , adik pakai. Adik pakai seluar abang. Pakai buku abang. If guna budaya ini.. adik beradik jugak yang untung. Dalam jangka panjang .. kita hidupkan budaya bertolak ansur adik beradik. Untung kita. Tak payah hantar anak-anak masuk hutan ..bina team building .. kat rumah pun dah ada team building. Dah ada rasa respect antara kakak dan adik2. Respect mak ayah kepda aanak2 sendiri. Kita sudah lama buang ..budaya pakai .. kongsi baju2, kongsi buku2 lama, ..kongsi2.. pen warna .. berjimat cermat. If tak amalkan .. banyak wang kita terbuang. Macam-macam terbuang. Sampaikan .. anak-anak sendiri pun ada orang sanggup buang. Why? Tidak ada lagi rasa kesihan belas antara satu sama lain. So reform diri kita dan anak-anak kita .. cepat-cepat sebelum mereka bawak kit a.. pergi rumah orang-orang tua. Buang kita ..supaya mereka dapat stay nice and comfortable jer .. Ingat iklan PETRONAS? Si ayah tua dah mula makan satu makanan macam kuching makan(kat luar anjung sana)..? kesihan yer? Itulah kesah kita. SEdikit sebanyak. Recyclelah budaya baik kita. Lama-lama untuk kebaikan kat kita jugak. Percayalah.

Wallahu aklam.

Sincerely when I write i really want my children to know

Posted by sazali

salam.

Just sharing lah. My book dah siap tau?

2) The title of my writing is : Rumah kita

Bila disebut sahaja perkataan ‘rumah kita’ apakah yang tersirat / tersurat disebalik perkataan ini dari sudut seorang musafir/ pelajar di IPTA, IPTS, Mesir?

Mestilah terbayang emak , ayah dan kampung kita kan?

Tempat ini sahajalah tempat kita mampu buat apa yang kita suka. Bayangkan ada orang balik ‘rumah kita’ semata-mata nak tidur saja berhari-hari lamanya. Tempat inilah tempat dia boleh beristerehat buat apa yang dia suka. Tak payah pakai ‘formaliti ‘ yang melampau-lampau.

Rumah kita mempunyai ayah dan ibu. Pada merekalah tempat kita mengadu. Cikgu tu tak baguslah. Subjek tu payahlah. Payah sebab cikgu tu asyik pergi mesyuarat sahaja lah. Macam-macam .. sedap kita melepaskan geram kita kepada ibu dan ayah kita. Mengumpat? He..he.. sedap jadi cikgu ni. Semua pahala yang engkau buat selama ini ..semua masuk ke dalam akaun cikgu yang kau umpat-umpatkan itu. So jalan selamat ..selepas cuti ..anda mesti datang minta berbanyak-banyak maaf kepada cikgu tersebut.

Di rumah kita , emak akan memasak masakan yang paling digemari oleh anaknya. Jika anak itu bernama Solihin, emak kau tahu kau suka sangat makan nasi lemak masakan emak kau. Tidak ada masakan ‘nasi lemak’ sehebat ibumu. Why? Kerana lidah kita dah set ‘itulah rasa / sedap satu set nasi lemak’. Walaupun penat ayah kau sponsor kau dan adik-adik pergi menginap di Hotel Melaka Century mahkota - balik balik ..mesti nasi lemak emak kau juga lah yang kau terkamkan. Hairan yer? Itulah makna emak dalam hati sanubari anak-anak. Kalau sebut Sobirin (anak pertama) ..masakan yang paling dia gemari ialah ‘goreng daging simple simple jer asalkan garengggg’. Itulah rasa daging lembu goring .. set standard yang Sobirin tetapkan sepanjang hidup dia. Alangkah untungnya anak-anak yang mempunyai seorang individu di panggil ‘emak’.

Di rumah kita, ayah akan cuba menyediakan apa sahaja yang kau nak asalkan termampu olehnya. Jangan mintak helicopter NURI sudahlah. Yes ayah akan sediakan segala perbelanjaan .. dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Apa yang dimaksudkan dengan kecil di sini ialah buku-buku sekolah kau semasa kau di MRSM, Kolej Islam Klang, Naim Lilbanat Kota Bharu, Maahad Muhammadi (Perempuan) jalan Merbau , Kota Bharu, Lembah Beringin UEM, .., dan juga semasa kau belajar di universiti luar Negara mahu pun dalam Negara. Semua ayah kau akan cuba cukupkan. Kadang-kadang ayah sanggup ikat perut semata-mata nak memenuhi permintaan anak-anaknya. Mengapa? Mengapa perlu dia korbankan segala-segalanya semata-mata ..kau itu bergelar anak. Tak cukup dengan belanja kecil-kecilan ..ayah sanggup juga belanja besar untuk menjayakan kenduri kahwin kau. Tak ingat kau? Bayangkan budget makanan buffet , there was a baki antara apa yg anak sediakan duit dgn caterer n Other small bits mahukan kita settle (bakinya) tu ..siapa pulak yang settlekan? Malaikat kah? Tak ramai anak mahu tahu aspek itu? Itu satu perbelanjaan yang besar tau? Macam-macam si ayah (mana-mana ayah lah) .. akan lakukan ..semata-mata membuat si anak happy/ gembira dan sentiasa suka balik ke rumah. Yes balik ke rumah kita.

Di rumah, kadang-kadang ibu dan ayah akan jadi khadam kita. Mengikut kamus BM Arab- BM .. jika dicari perkataan ‘khadam’ ..maknanya ialah ‘hamba’ ..yes mereka hambakan diri mereka semata-mata untuk seseorang yang bergelar anak dari umurnya 1 hari hinggalah ke hari ini. Tidak kasihankah kau .. jika kau pulak yang mengambil peranan tersebut satu hari nanti. Kadang-kadang khadam bergelar ibu ..tak tidur malam menjaga kau .. waktu kau demam campak .. kencing tak habis-habis.. berak .. semua kami dah lalui itu semua. Bayangkan sepasang suami isteri yang dianugerahkan anak yang istemewa. Betapa agungnya pergurbanan ibu ayah tersebut. Sepanjang hayat ..anak istemewa .. ayah dan ibu akan jadi khadam.

Oleh itu sempena kau orang ada kat rumah kita ..apa kata .. kau semua sit down dan diskus adik beradik..bagaimana nak balas balik semua perbelanjaan sepasang khadam bergelar ayah bonda. Cuba? Nanti ayah nak tengok presentation - power point Micro Soft Version 7.0 kau? Apa balasan kau pada mereka bergelar ayah dan bonda? Betullah alim ulama kata .. disebalik kejayaan kau ..ada insan ber nama ayah bonda ..lah yang telah berhempas pulas .. tolong dan menolong ..doa sepanjang hari dan malam ..muga-muga kau sukses dalam semua bidang yang kau ceburi. Amen ya robal alameen. Kadang-kadang dari jauh ..kami inginkan kau selamat dunia dan akhirat. Di kala hari raya .. semua itu kami sanggup maafkan asalkan kau pulang .. ke rumah kita!

So di saat-saat kita masih mempunyai ayah dan bonda .. elok-eloknya .. jengok2lah mereka di kampung tu .. tanya khabar mereka ..susah sangat kah kau melakukan itu semua .. at the tips of your finger (hand-set) .. dengarlah sikit-sikit suara mereka .. They just want to see and hear from you sahaja. Thats all for the time being. Service your aged parents b4 ..the day comes when .. they are no more around. Service them well please. Wasallam. Walllahu aklam.

Khutbah bagus jugak ni

Posted by sazali

Rumah tangga – ibu bapa lah yang menyebabkan masalah social yang menjadi-jadi

Khutbah hari ini berbicara tentang kegagalan ketua keluarga digelar bapa. Ayah, abah atau walad.

Dulu orang sibuk menuding jari kepada belia-belia yang merempit, ambik dadah , berzina dan ..macam-macam. Rupa-rupanya semua ini datang dari satu punca. Ketidakharuan rumah tangga. Ramai belia keluar dari rumah dari mereka sudah merasa bahawa rumah mereka bukanlah syurga yang hebat. Bahasa yang digunakan oleh ahli keluarga terutama ayah/ bapa/ bapak… tidak melambangkan sebuah keluarga contoh dari pandangan islam pun. Sibapa bercakap kasar , biadap, kurnag ajar kepada anak. Jika dianalisa rupa-rupanya ..si bapa mempunyai kurang pendidikan agama. Semabahyang pun tidak. Kalau sembahyangpun hujung-hujung waktu sahaja. Masjid dilawati paling banyak 1 kali saja seminggu/ Perkelahian antara bapa dan ibu menjadi-jadi. Kadang-kadang sakit telinga si anak mendengar pertuduhan yang berabagi-bagai dilemparkan oleh ibu bapa kepada setiap seorang .. isu pun bukan yang mega-megapun. Kadang-kadang pasal ..cemburu dan lain-lain. Sebab itulah ramai belia islam sudahpun mencari alternative /penyelesaian bukan dalam rumah tetapi di medan-medan lebuhraya atau dibawah-bawah pokok kawasan Felda dan banyak lagi kawasan hutan yang sudah menjadi terang dek kerana kuat perhimpunan budak-budak Felda – sambil bersidang mereka hisap ganja dan lain-lain lagi.

Klaau dulu, belia ditangkap dan dihantarkan ke pusat Serenti. Tetapi kalau kita tangkap sepasang suami isteri berumur 50+, 60 + atau 7-0+ kemana kita nak simpan mereka ini? Balai polis kah? Hospital universitikah? Bolehkah BN bantu mereka ini? Bolehkah silibus dan kurikulum mana-mana pertubuhan kerajaan/swasta bantu iman mereka , muamalat mereka , akhlat mereka, skil hubungan masrayakat mereka ..? Bolehkah ?

Kalau dulu pelajar-pelajar sekolah berumur 17 tahun pihak sekolah (kerajaan) bawa ke hutan-hutan untuk membina team building dibawah bimbingan Ustaz Fadhilah Kamsah , bagaimaan pula dengan pasangan orang tua kita ini? Kemana kita nak bawa mereka hah? Datanglah ke Majlis Taklim mastura .. dan si bapa jom kita keluar 40 hari fi sabililah. Point of reference: Markaz Sri Petaling , Kuala Lumpur.

Jom. Ayuhlah semasa umur/hayat dikandung badan. Jangan malu-malu. Kita ubah diri kita. Insyallah Berjaya.