Salam.
Teringat satu masa dahulu tahun 2003/04 semasa saya sedang berjinak-jinak dengan proses kajian literature PHD saya .. Prof DR Mohd Zarar Jenu UTHM ..ada membentangkan metodologi kajian menggantikan Prof Madya Hajjah Fauziah .. UTHM KUITTHO ITTHO
Prof Dr Zarar ada menyebut .. selepas pihak kerajaan menghantarkan ramai scholar PHD ke luar negara ..penemuan mereka .. menjuruskan kepada satu fakta .. sikap malas orang melayu kita. Dia menyambung '.. begitu banyak wang dicurahkan oleh kerajaan Malaysia .. aleh aleh .. penemuan mereka kebanyakan adalah .. berfokuskan kepada sifat malas umat melayu Malaysia kita sahaja... alangkah membazirnya wang rakyat negara ini selama ini.. " Mengapakah begini penemuan pengkajipengkaji kita ? ..semasa mereka menjalankan PHD di USA, UK, Eropah, Australia, Mesir, New Zealand .... bahkan ke semua negara .. aleh aleh .. penemuan mereka ialah kaum melayu adalah kaum yang malas.
2) Jom di sini saya tambah sedikit zon-zon malas kita semua sebagai peringatan kepada diri saya terutamanya:
2.1 malas nak belajar bersungguh-sungguh. Dah dapat PTPTN ...skor GPA bawah 3.0 gak
2.2 malas nak ajar anak-anak berumur 7 hingga 19 tahun mengenai agama islam
2.3 malas nak pantau anak-anak sembahyang atau pun tidak termasuk isterinya
2.4 malas nak bertanya apa apa pun terutama yang melibatkan ilmu agama dunia dan akhirat
2.5 malas nak memasak sendiri di rumah
2.6 malas nak hidangkan makanan kat suami dan anak-anak. Jom gi Kedai Mamak 25jam
2.7 malas nak basuh kereta, pakaian,
2.8 malas nak layan ibu bapa yang dah tua bangka dan pekak buta pulak tu
2.9 malas nak mendengar orang dakwah datang ke rumah kita. Bahkan ada ramai yang membenci rombongan ini.
2,10 malas nak jawab salam orang orang di sekitar kita
2.11 malas nak tegur bini kerana saiz badan bini(isteri) lebih besar dari kita sendiri termasuk gajinya, tahap pencapaian akademik dan jawatannya
2.12 malas nak tegur apa apa anak anak bini bini buat yang menyerupai apa yg orang kafir amalkan seperti pakai jeans , legggings ketat ketat , nampak macam-macam sampai ke zon yg merekah
2.13 malas nak dengar apa -apa ilmu dan ajaran agama melalui ASTRO, IKIM, atau tazkirah apa apa yg dianjurkan oleh PA di pejabat , sekolah, politeknik, kolej komuniti,
2.14 malas nak berkawan dengan orang orang berwajah lebai , alim, ustaz, ustazah
2.15 malas nak hantar anak belajar ke sekolah berlatar belakangkan agama islam sebagai platform kehidupan dunia dan akhiratnya
2.16 malas nak google apa apa pasal agama/ budi bahasa/ adab orang melayu bersopan dan berbudaya tinggi pada satu masa dahulu
2.17 malasnya nak tulis ...... penat jer
3. Saya percaya jika saya dan pembaca boleh mengatasi mana-mana satu dari perkara 2.1 hingga 2.17 di atas ..saya percaya dunia melayu akan lebih mantap lagi dan agama islam akan bersinar kembali. Kaum ini akan jadi kuat jika semua individu melayu berubah (hijrah)
Insyallah.
Wallahuklam. (maafkan saya .. tuan hamba.. jika ada yg tersinggung dgn penulisan ini. Apaleh buat?)
Salam
Syukur .. penjawat awam akan menikmati skala gaji terbaru mulai 1 Jan 2012 ini.
2) Kita kena mengucapkan syukur alhamdulilah .. subhanallah ..allah hu akbar kepada Tuhan Rabal allalameen .. dan tidak lupa juga salawat ke atas nabi ..kerana berpeluang menikmati gaji berskala begini walaupun ada segelintir antara kita memasuki skim kerajaan dengan pencapaian akademik yang paling minima sahaja. Untung kita ini berbangsa melayu / kaum bumiputera jer. Contohnya guru yang memperolehi Gred 3 SPM/MCE pada satu ketika dahulu.
3) Dengan kenaikan gaji ini, saya dan warga guru/ pensyarah poli , kolej komuniti, UNIV lain berharap kita lebih berhati hati bekerja dan mampu memberi perkhidmatan yang lebih komited, kualiti dan .. tidak berkira-kira sangat dengan arahan orang orang atasan yang bergelar Pengetua, Pengarah, .. , NC.
Sekian. Syukur alhamdulilah.
Wallahuaklam.
Salam
Sekarang saya tinggal seorang diri jer di rumah. Saya benarkan isteri dan anak-anak bercuti dan bertuisyen intensif di Kota Bharu.
2) Oleh itu dilema utama saya ialah memasak kerana saya percaya masakan di rumah sendiri lebih baik dari makan di luar terutama di waktu malam hari selepas maghrib atau isya'. Kenapa saya berkata begitu? Ada 2 3 hujah saya tersendiri dan saya percaya tak semua orang setuju 100% dengan pendapat saya.
2.1 memasak sendiri baru tahu susah payah isteri memasak untuk kita selama 30 tahun yang lalu
Dengan cara ini , sang suami seperti saya ini akan menghormati segala penat lelah isteri di dapur selama ini. He..he.. payah jugak nak masak gulai ayam kerutuk yer? Jadi bila bergaduh dalam mana mana bab .. tak leh over over kerana .. payah hendak cari tukang masak serba boleh ini. So tempoh masa 'hot tempered' adalah sekejap sahaja memandangkan .. skil isteri memasak apa apa yang kita suka makan tidak ada kat mana mana pun di luar sana. Puji sedikit isteri ..apa salahnya bukan?
2.2 memasak sendiri adalah lebih baik kerana kualiti masakan adalah lebih segar, sedap dan bermutu tinggi
Saya percaya sedikit sebanyak kebenarannya bahawa masakan kedai mamak .. adalah berbentuk kitar semula. Makin lama dikitar makin sedap lah ia. Lagipun .. makanan dihidangkan kepada kita ..tetapi jika duduk di sudut yang gelap .. kita tak akan nampak sama ada mata ikan, status kekenyalan tubuh ikan berkari itu segar, eanak dimakan ataupun tidak. Ramai yang pakai makan sahaja kerana mereka sudah lapar dan penat. Oleh itu adalah pelanggan yang tiba-tiba jatuh sakit kerana apa apa yang masuk ke dalam perut kita .. mempunyai potensi membawa racun bahaya dek keracunan makanan atau pun khasiat yang baik seperti vitamin, protein, karbohidrat dll
2.3 memasak sendiri adalah lebih mahal sedikit dari harga makanan di luar
Tidak apa. Bukan mahal sangat pun. Sekitar RM 3 - RM10 lebih mahal sahaja. Yang gurantee nya .. makanan kita itu segar dan sedap. Kalau tak sedap pun , makan jer ..settle bukan? U yang masak ..makan jer lah. (he..he.) Lagipun .. yang paling sedap ialah kita boleh duduk macam macam stail kat umah depan ASTRO sambil menonton EPL ..termasuk tak payah pakai baju apa pa bila makan di rumah se orang diri. Mana hendak dapat keenakan makan sebegini rupa .. jika di luar sana terutama kedai mamak kita itu.
Penutup
Memasak adalah satu skil yang istemewa kepada sesiapa saja yang malas nak bersiap. Lagi pun untuk makan di kedai mamak lagi pun di luar sana itu sudah tentu ramai students yang masing-masing lapar dan penat sedang menunggu. Tidak elok jika pensyarah, guru, atau mana-mana pegawai berebut-rebut makan di luar sana .. bersama-sama dengan pelajar nya. Dah lah waktu siang kita nampak mereka bergegas ke kuliah ..ni waktu malam pun .. kita nak berjumpa lagi dgn mereka .. masing masing menunggu giliran di layan oleh mamak yang budiman. Awas tuan hamba .. makanan kitar semula ini bahaya untuk perut-perut melayu yang manja sedikit dari mereka itu.
Sekian. Selamat Menjamu Selera di rumah . He..he..
Wallahu aklam.