Jenis jenis makanan berbuka puasa

Posted by sazali

Salam jam sudah menghampiri 5 ptg. Selepas solat asar ...selalunya saya diminta oleh isteri untuk mencari juadah berbuka puasa. Makanan kami senang sahaja: (a) makanan manis - kueh sekaya, teri manih, ondel ondel, chendol melayu dan kurma arab (RM30/kilo). Buah buah kurma membekalkan banyak vitamin dan zat zat galian yg baik untuk tubuh yg sedang berpuasa. Lagipun 'fibres/ serat' dalam kurma ini sangat baik untuk kebaikan perut yg selalu bermasalah. Zaman nabi dahulu ..mereka berbuka puasa dgn 2 - 3 biji kurma sahaja. Bukan mcm kita ini. Sila lihat di bawah? (b) minuman - air kelapa, air tebu atau air soya melayu dan air mata kucing mio mio (c) nasi kerabu hitam, daging bakar, ayam panggang YATI, solok lada, som tam (thailand) (d) cholek pauh atau nenas muda + garam halus digaulkan dgn biji lada burung hijau merah kasi pedahhhh. Tambah sikit ..cari air tebu ..di tepi jalan .. Hushhhh... Budget .. lebih kurang RM20 - RM30 sahaja. makanan berat? ..isteri saya sudah siapkan. yang atas just .. main main sahaja dengan anak anak lelaki di waktu selepas asar supaya mereka suka bersolat asar berjamaah di Masjid Telipot Kota Bharu Kelantan bersama sama dgn ayahnya ini. Ini amalan saya dgn anak anak lelaki saya sejak mereka berumur 9 tahun lagi. Sekarang mereka dah berumur 23 - 32 tahun dah. Walaupun duit tadi ada RM20 - RM30 di dalam saku ..selalunya saya tak akan habiskan untuk satu petang begini. Cuba simpan sedikit untuk masukkan ke dalam tabung masjid di waktu isya' / terawih nanti. Saham akhirat kami anak beranak. Insyallah. Lagi pun ..jika kami beli 1 bahagian ayam bakar ..kami berkongsi makan dgn anak anak .. macam macam makanan kami berkongsi. Bila selalu diamalkan begitu ..anak anak dah sebati dgn konsep 'hidup mesti berkongsi dgn adik adiknya sepanjang masa'. Tak payah ..tunggu summer camp di mana mana. Nilai hidup anak anak kita pupuk dan bina di rumah lagi. Insyallah/ alhamdulilah. Gitulah sikit sebanyok kehidupan kami melayu moden lo ni. Kalau kami tak membeli , kasihan juga ..mak chik mak chik yg mengharap duit kami ini sedikit sebanyok. Kasihan bukan? Sekian. Wallahu aklam.

banyak dugaan

Posted by sazali

salam Kita adalah makhluk yg paling tuhan sayangi kerana kita mempunyai akal dan banyak kebolehan. Walaupun begitu, tuhan memberikan kita banyak cabaran dan dugaan. Kita perlu banyak bersabar. 2) Bulan puasa kita kena banyak bersabar dengan ahli keluarga kita kerana kita sama sama berpuasa. Kita lapar dan penat , mereka pun begitu juga. Tetapi tak leh lawan ..ibadat si isteri. Dia buat macam macam untuk kita ..memasak, mengejut kita dari tidur untuk bersahur dan macam macam lagilah. Oleh itu , kita kena berterima kasih kpd tuhan .. yang telah memberikan nikmat isteri sebegini rupa. He..he.. 3) kalau pembaca ..belum berumah tangga .. hargailah penat lelah ibu anda. Cuba tengok aktivitinya dari subuh ke subuh yg lain. Macam macam ibu uruskan bukan? Saya yakin semua pahala suami .. dalam bulan puasa ini dikreditkan ke dalam akaun isteri solehah tanpa merosakkan apa apa dlm akaun suami. Subhanallah! Fikirkan lah . Ada satu ayat .. jika tuhan sayang kat anda ..Tuhan anugerahkan kamu seorang isteri yg bagus seperti di ataslah dan .. harta paling bernilai untuk suami ialah .. isteri solehah dan rajin memasak, mengemas rumah dan lain-lain lagi. Kalau isteri bekerja/berjawatan ..kayalah tuan hamba. Sekian. Tazkirah bulan puasa ini. Wasallam

untungnya awak .. ..

Posted by sazali

Salam. Bulan puasa bulan yg penuh berkat, rahmat dan pengampunan dari Allah Taala. Bulan 7 2014 merupakan bulan tersebut. Mengikut para alim .. bagus sangat kita menggunakan masa ini (sebulan) untuk: 1) cari makan 2) cari kerja 3) cari ilmu 4) cari .. macam macam terutama duit dari jualan daging bakar , nasi kerabu tetapi ..sepanjang hari berpuasa itu eloklah kita jika ada masa terluang kita buat benda benda berikut: i) baca Al Quraan dalam skala sedikit tetapi .. konsisten contohnya 2 minit membaca Al Quran dlm setiap jam 0800 - 1200 tengah hari. If 3 ayat satu minit kita baca, ini bermakna kita sudah membaca secara hafalan 24 ayat al Quraan tanpa disedari. Bulan puasa semua amalan digandakan 10 hingga 70 kali ganda. Ini beremakna kita memperolehi sekurang-kurangnya 240 gandaan/ ii) salawat kat Baginda Rasulullah s,a.w. iii) senyum tetapi cukup bersimpati kpd orang yg susah/ menderita iv) sampaikan berita yg baik baik sahaja. v) bersedekah RM1 sehari (boleh mu?_) Elaklah dari tidur semasa bertugas di bulan puasa. Ini menjatuhkan nama baik kita org islam jer. Ingat ..zaman dahulu ..para para sahabat r.a. berperang dalam bulan Ramadhan. Mereka menang .. rujuk peperangan badar. Sekian. Saya menulis secara jujur dan ikhlas ini. Jom kita sama-sama amalkan yer? Wasallam