Fadhilat senyum

Posted by sazali

Salam

Susah kita nak tengok cikgu cikgi melemparkan senyum kepada murid-muridnya pada zaman ICT ini.

Mengapa hah?

Ada masalah rumah tangga ke cikgu?
Ada masalah kesihatan ?
Ada masalah kewangan ke cikgu?
Ckgu kurang tidur ke?

Fadhilat senyum ialah :

1)  sunnah nabi Muhamad s.a.w.  Senyum itu sedekah.

2)  di zaman di mana ramai orang mempermain-mainkan sunnah Nabi , jika kita hidupkannya sekarang ini ..kita dapat 100 pahala orang kurban syahid dalam peperangan Badar dan Uhud

3)  dapat mengembirakan hati murid murid Darjah 6 nya yg akan menduduki UPSR September ini

4) seronok belajar matematik dgn guru yang ceria dan gembira.  Lagipun awal bulan ni ..gaji masih tebal lagi ni  cikgu?

5) mengiratkan silarutu rahim antara murid - guru dan GB

6)  ilmu lebih laju disampaikan dan diamalkan jika environmen sekolah ..bnyk senyum dan ketawa

7) ada murid murid sudah 3 hari tak makan.  Jika semua guru senyum ..murid murid mereka boleh tahan lapar sehari lagi ini , insyaalah.

8)  eloklah senyum wahai guru. Dari senyuman, insya allah datangnya kebahagiaan. Lagi pun kita sekadar guru sekolah rendah jer. Bukan isteri memanda pun. Oleh itu senyum senyumlah selalu. O awas..gosok gigi cikgu. Lebih manis jika begitu.
Sekian.

Wasallam

Guru di Korea

Posted by sazali

Salam

Tempat yg paling saya suka ialah perpustakaan.


Dalam perpustakaan, kita dapat membaca buku terkini dari Springer dan lain lain.  Semua percuma.

 Sekarang saya

sedang membaca laporan guru dari Korea.

1)  Korean maths teachers are from the top 5% of the preservice teachers who had been selected from among the top 5%  of high school graduates.

2)  In June 2004, 16.5% of 1275 high school students surveyed in six major cities in Korea chose the teaching profession as their future career, which is the top choice of careers.

3) Korean MEST 2011 reported ..university  teacher education  institutions obtained top 5% high school graduates.

Rumusan :

Guru guru Korea .. mempunyai minat yang tinggi dalam mengajar.  Lagi pun
Mereka terdiri dari kumpulan pelajar kolej yg elit satu hari dahulu.

Mungkin sebab ini Samsung Technology Ltd .. muncul untuk persaingan dalam pasaran ICT sedunia.

Di Singapura, guru guru matematik nya ramai yang mempunyai Sarjana Matematik tulen dari Universiti Singapura. Oleh sebab itu , saban tahun ,  murid murid Singapura muncul dalam kalangan 3 negara terbaik dunia TIMSS dan PISA.  Buku teks matematik  Singapura  ..murid murid Amerika sedang menggunakannya sekarang.

Di Malaysia, satu masa dahulu era 1996 - 2000 .bila graduan tidak mendapat sebarang pekerjaan ..jawatan guru atau pensyarah politeknik KPTM lah career terakhir mereka.   Kasihan bukan?


Terima kasih.

Laporan dari Perpustakaan Seameo Recsam.

Rujukan:

Oh Nam Kwon, Mi Kyung Ju (2012) Standards for professionalizations of mathematics teachers : policy, curricula, and national teacher employment test in Korea. ZDM Mathematics Education (2012) 44:  211-222  DOI 10.1007/s11858-012-0384-3

nota:  kertas ini terdahulu telah dibentangkan di ICME-10 Copenhagen Denmark 2004

Fadhilat ilmu

Posted by sazali

Salam

Fadhilat ilmu

1. Tidur seorang yang berilmu lebih baik dari terjaganya 1000 orang abid.

2. Dinaikkan  darjat orang beriman dan berilmu dgn beberapa darjat yang tinggi

3. Orang yg menuntut ilmu akan dimudahkan ia memasuki syurga melalui ilmu halal dan haram yang diperolehinya.

4. Diampunkan dosa/ orang yg tidak berilmu hatinya sakit dan kemungkinan hatinya akan menjadi mati.  Hati mati tidak ada perasaan kasihan belas kepada anak kecil dan ibu yang sakit. (Ihya Ulumiddin, 2009)

5. Orang yg keluar menuntut ilmu , makhluk makhluk Allah yang lain akan berdoa ke hadrat Allah untuk mengampunkan dosanya.  Banyak dosa seseorang seperti mengkhianati orang, cemburu, mengumpat, berbohong, mengelat dalam bidang timbang menimbang gula, beras, buah-buahan, plagiarisma, membuat tuntutan perbatuan secara palsu, masuk lewat dan keluar awal kelas di sekolah, menghina orang, tidak menghargai susah payah isteri yg sarat mengandung untuk menyediakan sarapan, sahur dan menguruskan pakaian suami dan anak anak, memandang serong kebaikan orang, tidak mengikut perintah ketua yang jujur, amanah, tabligh atau kelebihan orang dan mcm mcm lagi.

Mengikut Abu Dhar r.a.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda".. sesiapa yg keluar dari rumahnya untuk mempelajari 1 ayat Al Quraan Nur Kareem  ,..  ini lebih mulia dari 100 rakaat nafil solat dan sesiapa yg keluar mencari 1 bab ilmu agama sama ada boleh diamalkan atau tidak, ini lebih mulia dari 1000 rakaat nafil solat" Targhib.

6.  Diberi ikan seekor sekali makan sahaja habis ngapppp tetapi dengan ilmu memancing, kita boleh hidup lebih lama sepanjang hayat bersama sama dengan anak isteri.  Insya allah.

7.  Ilmu ada 2 macam kategori.  Pertama, ilmu fardhu ain dan  kedua, ilmu fadhail.  Adab membaca Al Quraan ..tartil, membaguskan bacaan.

Hadith :  Allah Taala tidak akan menerima suatu amalan yg didalamnya terdapat seberat debu yg berupa riak (bermegah-megahan). 

Allahu Akbar!



Sekian.

Rujukan

1. Kitab Fadhail Amal.  Karya Maulana Zakaria 1960 . Saharanpun. India.