gapo dio gak sederhana mu ni?

Posted by sazali

Salam.

Selalu jugak  kita dengar istilah sederhana dan kesederhanaan dalam khutbah jumaat dan program agama di TV. Apakah maksud istilah ini?

Di sekolah, pelajar bercopkan pelajar sederhana membawa erti purata markahnya 75 peratus walaupun dia menduduki 9 subjek dalam SPM. Di dalam amalan agama, nabi mintok umat-umatnya bersikap sederhana. Dia khawin 7 atau 9 orang (majoriti janda) ..kita khawin seorang sahaja (itupun ..  budak kampung). Adakah itu sederhana yg dimaksudkan oleh Nabi?
Apakah alat untuk mengukur sifat sederhana ini ustaz/ustazah/ Perdana Menteri?

Dlm bulan puasa, ramai mukmin mukminah gi solat mlm seperti terawih, witir, tahajud dan tasbih sepanjang bulan ramadhan yg mubarak ini. After Ramadhan, masjid dipenuhi dgn orang orang tua sahaja (lebih tepat geng pencen). Adakah ini kesederhanaan dalam amalan agama?  Mungkiin ramai muslim fikir Allah itu hanya turun ke bumi dlm bulan puasa dan selepas 1 Syawal ..  tuhan sudah naik ke langit.  Mungkinkah ini benar?  Apakah alat untuk sukat kesederhanaan ini dalam  ibadat kita ?

Dlm sukan, pasukan bolasepak Malaysia asyik bermain dgn team Singapura dan Thailand jer. Adakah ini kesederhanaan dlm sukan?

Pelikkan?

Satu masa..menteri sukan nok atlit atlit kito dapatkan pingat emas dlm semua acara sukan padang atau bukan padang. Tapi pingat emas hanya sebutir sahaja khas untuk atlit terbaik sahaja( 100 peratus excellence) dl m satu satu acara tersebut. Tapi ramai atlet kita pulang dgn gangsa. Mengapa?  kerana konsep kesederhanaan banyak menyelinap dlm kehidupan masyarakat Malaysia.  Oleh itu kecemerlangan bersukan kurang tercapai oleh bangsa kita.  Jng marah yer?  Alat sukat dalam sukan ialah pingat itulah.

Banyak lagi contoh kesederhanaan yg kadang kadang ..kita tak mampu ..menciptakan sesuatu yg hebat untuk masyarakat dunia.  Org Jepun ..mereka tidak sederhana ..  oleh itu mereka cipta kereta Toyota, Honda, Nissan, kipas angin , air cond and tingkap kereta otomatik 24/7.

Teknologi kereta Malaysia adalah dikategorikan sederhana.  Oleh itu, jgn marah jika tingkap kereta Proton terpaksa ditekan turun/ pintu dibukak semata mata nak bayar tol di Lebuhraya Kumpur. Kereta Jepun tak payah ini semua terutama di musim hujan lebat.  Aghhh.. konsep sederhana katakan?

Budak obese umur 10 tahun tetapi berat badan 99 kg ..  bila sederhana ..  mungkin dia kena makan 3 kali sehari sahaja dan banyakkan berpuasa / bersenam seperti kejar bas sekolah di waktu pagi ke sekolah.  Yaang bagus, beri anjing liar mengejarnya sekali sekala ..  banyak kilo kalori nya terbakar ..dan insya allah .. kurus lah dia sedikit sebanyak.  Mungkin selepas 6 bulan, berat badannya mula susut kepada angka 80kg sahaja.

Orang muda yg baru berkhawin .. tahap kasih sayangnya di puncak maksima sebelum datang bayi pertama, kedua atau ketiga.  Tetapi bila dah khawin 30 - 40 tahun ..  mungkin tak jumpa antara satu sama lain pun ..tak apa.  Ada pun sama , tak ada pun sama.  Ha..ha..ha..  kalau menggunakan kertas graf di mana paksi x melambangkan tahun perkhawinan dan paksi y melambangkan kekerapan interaksi antara 2 biologi ..  kita melihat prestasi cinta abadi antara 2 pasangan hidup mungkin selepas anak 5 dan 6 ..  ada titik kesederhanaan telah dicapai dgn bahagia dan penuh redha.   Mengapa?  Itulah hukum alam.  Dunia ini sementara dan akhirat kekal abadi.  Dlm kata lain, tidak ada yg kekal ... abang , adik kakok weh.

Nantilah ..aku tulis bnyk lagi pasal ini. Ada tetamu dtg.
Sekian.  Dr. S ( .... sederhana)

2 comments:

  1. Anonymous said...

    salam.. Dr.. macam mana nak hubungi dr?
    saya ada beberapa hal yang sangat memerlukan pandangan Dr.

  2. sazali said...

    just google my name// after uthm .. saya di mana

Post a Comment