Jalan pintas

Posted by sazali

Salam

Hidup manusia bukannya lama.  Ada yg hidup 20 hari meninggal dan ada juga yang meninggalkan kita selepas berumur 130 tahun.  Oleh sebab ..hidup kita tidak sepanjang umat umat Nabi terdahulu ..seperti kaum Nabi Nuh a.s.  500 - 1500 tahun setiap se orang .. Nabi Muhammad s.a.w tidak kedekut menyampaikan beberapa cara jalan pintas agar amalan umatnya ..tidak jauh ke belakang dari amalan-amalan umat umat Nabi terdahulu.  Cukup baik Nabi kita ini ...s/a/wasallam

Di sini saya hadiahkan kpd diri saya dahulu sebelum pembaca lain sudi menerimanya ..beberapa mutiara amalan jika kita beramal ..insya allah bahagia,  Yes ..bahagia..kau tak nak adik?

1)  sembahyang sunatlah kamu  selepas fardhu isya' dan sebelum fardhu subuh.  Mengikut riwayat ..dalam kitab Fadhail Amal karya Maulana Zakaria wa Shahanranpur, India .. Allah menganggap kamu sudah beramal sunat sepanjang malam.  Allahu Akbar!

2)  baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap hari ..insya allah Allah kira kita sudah membaca satu kitab Al Quraan keseluruhannya pada hari/ malam itu. Tidak payah risau .. hukum hakam tajwid banyak banyak sangat kerana surah ini ada 3 ayat panjangnya.  Sebab makin banyak kita baca surah surah lain , besar probabiliti kita tersilap hukum hukam tajwid dan bermacam macam lagi.  Isteri saya kata berdosa. Ingat kita bukan mempunyai lidah arab tau?  Tak percaya ..kau dengarlah bagaimana org org Pakistan, India memberi azan solat fardhu di negara negara mereka masing-masing.  Masya allah ..begitu kaya sekali ..stail loghat Al Quraan ini yg Allah sendiri kurniakan kpd makhluk makhluk bernama manusia ini.

3) rajin rajinlah bersalawat kpd junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  Mengikut hadith ..sekali kita hantar salawat kat Nabi Muhammad s.a.w .  ; Allah akan membalas 10 kali salawat kpd kita .. bayangkan jika mulut kita kumut kamit 1000 kali salawat sehari semalam .. maka kita dah dapat sakinah, berakah 1000 kali dah dari Allah Pencipta langit dan bumi .. sehari semalaman.  Allah hantar secara langsung kpd anda melalui ..rasa tak bimbang sangat setiap masa, mood happy jer walaupun tarikh baru jer 18hb ..dan bukan 27hb ..di mana selalunya ..opis kerajaan ..time gajinya ialah 25 haribulan ke atas.

4) pandanglah wajah ibu kita dgn pandangan kasih sayang setiap hari ..  sekali kita wat gitu .. seluruh dosa kita luruh dari akaun dosa masing-masing ..mcm daun daun pokok yang luruh ke bumi di waktu autumn daun-daunan luruh  di EROPAH seperti England.

5) bantulah isteri/ suami kita sedikit sebanyak.  Tak jatuh standard pun seorang suami Ph.D  jika kita sudi , bersedia menyidai kain isteri berserta dgn lain lain pakaian dalamnya + anak anak kita.  Sidailah dgn sangkaan baik.  Sekurang-kurangnya ..  kita sedar .. kita dah ada isteri selama ini.   Amanah itu? Dari siapa yer.  Yes ..Allah Robbul Alamin.

6) sembahyang sunat tasbeeh sekurang-kurang 1 kali seumur hidup .  Dosa kita 80 tahun ke belakang ..Allah ampunkan , 80 tahun ke hadapan pun Allah akan ampunkan.  Selalunya .. pada malam terakhir bulan ramadhan ..org org islam menunaikan solat sunat tasbeeh ini.  Tetapi sayang ..majoriti kita sibuk mengejar toke' sate dan lemang.  Aduhai .. sketsa hidup kita semua, bukan?

Tengok ..simple ..life stail.

Sekian.  Yang baik dari Allah , yang lemah sedikit itu ..  kesilapan sayalah 100% maklumlah .. saya seperti anda sahaja. Bila penat tidur, bila datang hari gaji .. mulut berminyak dan wajah cukup ceria dari Perdana Menteri.  He..he..he..

Wallahu aklam bis sawabbb.  Nok wak guanor dok kor?

0 comments:

Post a Comment