learning and teaching theories

Posted by sazali

Salam

Semalam saya menghadhirkan diri dalam satu workshop di Pulau Pinang.  Ini pun rezeki jugak.  Seramai-ramai pegawai ..hanya 80 orang staf dijemput hadhir untuk sesi sulong Stem dalam Robotik Engineering.

Seronok mendengar Prof Nomura (Jepun) ..ada menyentuh mengenai DUA perkara iaitu learning theory dan teaching theory.

Seorang murid mesti mahu learning theory kerana dia mahu belajar.
Seorang guru mesti mahu teaching theory kerana dia mahu mengajar.  Tetapi jika guru tak mengajar terlebih dahulu, masakan murid itu boleh belajar.

2)  Sekarang guru guru pening dengan Kaedah Berfikir Aras Tinggi KBAT / HOTS =  high order thinking skills. Soalan soalan HOTS 50% digunakan dalam soalan SPM/ PT3.

Bila guru pening , murid apatah lagi. Mesti lebih pening dan semakin pening.

Rasa rasa di negara ini , zaman seseorang pelajar dengan keputusan 18A SPM sudah berlalu. Sekarang nak dapat 5A pun mungkin lagi lagilah payah tambahan pula ..ada kemungkinan .. kertas kertas peperiksaan 2014 SPM telah ditenggelamkan oleh air banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak.  Dasyat!  Apa boleh buat.

3)  Hari ini saya belajar pasal membina kipas angin dan sebuah kereta dgn 'Lego'.  Perkara seronok ialah .. programming telah dipermudahkan oleh Prof Jepun ini.  "User friendly"  pakai Scratch software.  Copy , paste dan ada templatenya. Selepas programming , yg paling seronok ialah projek projek kami 90% berjalan.  10% lagi - esok lagilah?

4)  Terfikir ..bagaimana nak bawak Lego block ke sekolah sekolah di negara ini.  Satu kit mempunyai banyak skrew , tayar bulatan, dan tali getah .. kalau tak dijaga .. mungkin hilang skrew kecil kecil ini .. dan projek projek tak akan dapat disiapkan mengikut masa.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawabbb.  p/s:  belajar ini tak pernah sudah sudah.  Sentiasa ada ilmu ilmu baru oleh manusia.  Kami menerokai ..dan satu hhari nanti kami sampaikan kpd pelajar-pelajar dlm bentuk lebih mudah sesuai dgn keadaan kita di sini.

0 comments:

Post a Comment