penangan cuti di dunia sebelah sini

Posted by sazali

Salam
Musim cuti. Ramai orang bercuti. Mood cuti terasa di mana mana dari metropolis hingga ke desa.
Di bandar orang mula bercuti.. di kampung pun begitu juga. Kuat pengaruh bercuti, percutian ni.

Ingat bila org bandar bercuti, org kmpung ambik faedah menjual dgn lebih bersungguh sungguh hati agar minggu ni ..banyak duit mengalir masuk.
Tidak. Rupa rupanya tidak. Orang kmpung pun turut bercuti juga.
Kuat kesan iklan hidup bersantai dan bercuti ini.
Dlm konteks sama, bila org kristians bercuti, org bukan kristians pun turut bercuti. Mengapa yer?
2) bila bercuti, kat kedai ada saja barang tak cukup. Mesti ada barang yg tak cukup set. Maaf encik , ikan bawal dah habis. Mendengar benda benda begini, sebagai pelanggan kita mintak alternatif. Ikan tenggiri pun dah habis.
Alahai ..kenapa teruk ni adik.
Entahlah ...org ramai bercuti.
(Ketawa).
3) beginilah keadaan di negara ini.
Dlm perniagaan, penjual mesti cerdik mengambil peluang menjual barangan barangan dgn lebih komited lagi. Kena buat kajian, analisa dan tindakan yg tepat agar bisnes kita terus maju ke hadapan lagi dan lagi.
Kena check stok sebelum musim cuti tiba.
Bila tidak buat persiapan, saiz bisnes tak kan dpt berkembang maju. Sebab itu gerai goreng pisang di kampung tidak nampak pertumbuhan saiz dan pendapatan. 30 tahun dulu menjual tepi jalan, sekarang pun ...gerai goreng pisang masih di takuk lama. Benda yg berubah hanya mak chik sibuk dengan cellphonenya sahaja.  Kita leka. Org bangla berniaga nasi minyak dlm bangunan besar besar sedangkan gerai org melayu ku masih tak mahu berganjak ke mana mana pun. Sedap jual tepi jalan banyak habuk dan berisikobtinggi. Aduhai mak chik.
Kita kena fokus sedikit. Beli barang banyak sedikit dari biasa.
Mengapa? Musim cuti, ramai org mahu makan di luar.
Ambiklah peluang ini. Berjual dgn lebih tekun lagi.
Sayang teori ini tidak terpakai lg. Ramai org bercuti.
Mukmin mukminat pun turut bercuti. Masjid kurang orangvdah solat subuhbdan isya. Mengapa? Ramai atuk turut bercuti pulang k kmpung.
Alahai.
Begitulah negaraku ini. Negara kaya, penduduk cepat ambik mudah bnyk kperkara. Billangan kemalangan atas lebuh raya tidak menakutkan sesiapa,. Mereka terus berada atas lebuhraya ini sedangkan esok adalah hari natal bagi org kristian. Bukan?
Pelik betul bukan?
Cuti punya pasal.
Sekian. Fikirkanlah ..jika kita tak ke mana mana. Mungkin nyawa kita turut terselamat.
Wasallam.

1 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Salam Maulidur Rasul, tuan. Tadi saya berkesempatan menonton sebahagian cerita 'Ustaz, mu tunggu aku datang'. Agak menarik bila ada 'scene' watak jemaah tabligh yang memberitahu tentang betapa pentingnya redha Allah SWT serta amalan-amalan sunnah Nabi SAW. Tertarik dengan petikan kata, 'Masalah besar kita nanti ialah di dalam kubur, apa kita nak jawab..'. Benarlah, kampung kita bukan di dunia ini...kampung kita yang sebenar di akhirat yang kekal abadi..

Post a Comment