janji

Posted by sazali

Salam

Manusia suka berjanji.

Berjanji itu dan ini.
Contoh orang sedang gila dilamun percintaan.

Contoh ayat janji.

If you jadi permaisuri I
I akan beli rumah bersebelahan rumah PM Malaysia yang ketujuh. Hujung 2018.  Janji. Sumpah I ..

Boleh?

----

Ramai kita pandai buat janji.
Tetapi mengikut amalan , payah kita nak tepati janji janji ini.

Mengapa?

Kita manusia yang lemah.
Elok kita berjanji tetapi kita Alaskan dengan ucapan In Sya Allah.
Sekurang kurangnya .. kita bersandarkan qada dan qadar kita di sisi Allah.

---

Ada orang berjanji nak bayar hutang.
Tetapi majority kita lupa pasal janji ini terutama berhutang di kedai makan nasi ayam dan roti tandoori mamak di Pulau Pinang.

Dengan melayu , payah janji hutang nak ditunaikan.
Tetapi dengan to ke Cina, cepat dia lunaskan hutangnya.

Ini pakai kitab agama mana ni?

Pelik juga.

Bila mati kita , hutang boleh menyusahkan kita.
Seorang yang mati syahid pun ..jika hutang tak dijelaskan ..  amalan amalan baiknya tergantung.
Tak confirm.
Susah kita ..jika perkhidmatan kita tak confirm confirm.
Rujuk zaman  muda sebagai guru PPP Siswazah  Kategori D1/D2.

Oleh itu perelokkanlah  janji dan menunaikan janji.

--Musim berhari raya ni.. eloklah kita
settle semua janji kita dengan jiran sebelah atau sahabat jauh dan dekat.

Yang kritikal dengan orang bukan islam.

Mereka tuntut kita .. di akhirat kelak.
Mampus kita.

---
Sudahlah kita jenis kaki maksiat dari muda sampai tua.
Ini kan pula ..hutang dengan cina roti,  mamak tandoori,  bangla hutang rokok  DunHill

payah lah kita

lagi pun tak ramai antara kita yang menulis
senarai hutang di dalam buku atau komputernya.  Tak percaya ..Tanya jer janda janda di kampong. Mana buku hutang si mati?  Mengikut rekod .. tak ada pun.

Hutang kereta masih banyak.
Hutang rumah banyak jugak
Hutang dengan isteri pertama ..masya Allah
Hutang dengan isteri kedua ..jangan cakaplah..  terlampaulah banyak sewaktu suami dia dibuang kerja di MAS/ PETRONAS dulu.

Sebab itu ..mungkin .. kita tak jumpa jumpa malam lai latul qadar walaupun sekali ..hingga umur 60 tahun pun terus mati.  Tercekik tulang ikan terbuk ..makan waktu malam.

Kasihan.

SEbagai guru
aku ajak diriku terlebih dahulu
dan murid muridku
jom ..berhati hati dengan janji.

Jika budget tak cukup
beli PROTON sudahlah.

jangan berangan nak beli HONDA/ VOLKSWAGON/ BMW

hidup lah berpada pada.

Baik tebal muka membawa proton ke hulur hilir kampong
dari kita di akhirat kelak

kita tak boleh masuk syurga sampai bila bila kes berhutang sekeliling pinggang.

Sekian.
Buatlah ini sebagai renungan wahai murid muridku.
Cikgu tulis sekadar memberi peringatan ..nikmat dunia ini sementara. Akhirat lah yang kekal abadi.

Wallahu aklam.







0 comments:

Post a Comment