kawan

Posted by sazali

Salam

Kita berkawan bila bilangan kita 2,3,4 orang dan seterusnya.
Tempat pertama kita berkawan secara formal ialah di sekolah. Maka hendak tak hendak kita mempunyai kawan sesekolah.  Bayangkan dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 ..jika kita adalah orang yang bagus .bilangan kawan kita cukuplah ramai.

Kadang kadang suka dan kadang kadang itu benci.

Mengapa suka berkawan?
Mengapa benci berkawan?
Mesti ada sebab-sebab tertentu kita merasai sedemikian.

SEkejap kita suka berkawan dan sekejap lagi kita tak suka berkawan.
Faktor suka berkawan ialah -  satu negeri, satu minat, satu falsafah hidup, satu trend yang sama dan sebagainya.

Faktor menyampah berkawan ialah -  ada masa kita rimas berkawan bila kita ..dijadikan banker oleh nya.  Cara bercakap pun satu factor juga ke arah ini.  Suka memotong idea orang. Fikir idea dia sahaja yang betul sedangkan idea orang lain semua nya sampah!

2) SElain dari kawan sekolah kita ada juga kawan satu pejabat, satu politeknik, satu university, satu fikrah politik dan mungkin satu fikir dakwah seperti kumpulan dakwah dan tabligh.

Satu pejabat - kita bercakap benda yang sama.  KPI - key performance index.  Bnayak mana rsearch kau?  banyak mana dah publications?  Pening bukan?

Satu trend -  setiap malam Sabtu kita lepak di kedai mamak. Budget RM10 satu kepala.  Kau bayar makanan engkau, dan aku bayar apa yang aku makan.  Di sini kita bincang macam macam termasuk bola sepak EPL.

Satu perniagaan -  bisnes tudung, bisnes ubat kuat dan macam macam.
Semua liku liku bisnes kita ambil tahu.
Begitulah.  

3) satu fikir

Sama sama fikir tentang politik Tanah air.
SElepas politik , fikir macam mana nak jadi kaya.

Satu fiikir dalam usaha dakwah.
Sekarang ramai orang murtad.
Pandai yahudi dan nasaro memainkan jarum muzik dan fesyen ..  dalam kalangan belia muslim ..disebabkan pengaruh muzik dan fesyen ..  oarng tak takut lagi pada Allah tuhan yang satu.

Mereka takut lapar , takut tak ada kerja   ttapi tak takut apa apa buat dosa dengan Tuhan Maha Esa.

SEbab tak takut itulah
pemimpin pemimpin sanggup rasuah.
SEbab tak takut kepada tuhan
mereka sanggup menipu dan membunuh orang.

Fikir ...
satu petang berfikir, memikir pasal agama islam yang suci murni ..ini lebih baik dari dunia dan seisi isinya.

Bila fikir begini, kawan kawan kita mesti berlainan sedikit dengan kawan satu trend EPL atau World Cup 2018 bukan?

Kawan dakwah tabligh ..mesti sudah pernah keluar dakwah 3 hari, 1 bulan, 4 bulan dan sevagainya.
INi  berbeza dengan kawan satu kursus di SEAMEO RECSAM Pulau Pinang pada tahun 2010.
Kualiti perbincangan berbeza jauh seperti jarak bumi dengan langit bila geng geng bebeza/ bertukar ganti .

4) kawan satu penyakit

geng kencing manis
geng jantung
geng by pass operation .. ambik Tun M sebagai ahlinya?

5) Petua kawan, berkawan

5.1  jangan meninnggi diri,  jangan potong percakapan kawan, pakai jenis motor yang sama , motorsikal berkuasa tinggi Harvey- DAVIDSON, pegang handle moto satu stail sahaja.  Melayu nak tiru orang Amerika ?  tak sedar .. badan orang Amerika tu besar besar macam gorilla
5.2  tolong kawan
5.3  ambil tahu kawan sakit dan mati
5.4  makan sama sama
5.5  dan banyak lagi insyallah.

Begitulah .. penulisan saya berkenaan dengan kawan.
Harapan saya kita berkawan secara ikhlas dan jujur.
Jangan meminta itu dan ini dengan kawan.  Nanti orang bosan dgn mu.

Sekian.
Harap penulisan ini membawa manafaat kepada kita semua. Insyalalh.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment