Bila rasa sakit-sakit badan itu tandanya kita sudah ..

Posted by sazali

Salam.

Tak banyak nak tulis hari ini. Separuh hari melayan badan yang sakitdan kepala yang sakit berpusing-pusing satu dunia. Org Kelate kato 'sakit urat' maklumlah 5 hari kami di Kedah, Perak dan Butterworth. Melawat students IT Industrial Training.

2) Saya minta anak bongsu saya .. mengurut sikit badan-badan saya. Biar dia rasa dan tahu ..bahawa abahnya sudah mula memasuki zon tua macam .. mantan PM Malaysia kita iaitu YB Tun Mahathir, YB Dato' Seri Abdullah Badawi dan .. khabar-khabarnya YB Dato' Najib pun terlantar kat hospital dek chicken pox? Ajaib betul yer ..kuasa Allah.

Saya rasa bagus kita benarkan anak-anak merawat kita sedikit sedikit ..biar dia rasa .. satu hari nanti bila terbujur badan dan jasad kita .. mereka tahu what to do next. If kita pergi berurut ke rumah-rumah tukang urut .. dan anak-anak ..mungkin tak tahu apa yang berlaku ..mungkin jika kita tiba-tiba mati .. mereka tak tahu memainkan peranan masing-masing. Duduk membisu dan tak tahu apa-apa. Maklumlah ..semua anak-anak kita sibuk study dan bekerja sepanjang masa. Memang manusia ini lalai .. time senang ..mana ada org yang memikirkan bencana ..seperti apa yang berlaku di Yogjakarta dan Sulu boleh berlaku .. Gunung Merapi .. dengan kepulan asap beracun dan lava .. memusnahkan, melecurkan badan-badan manusia .. dan sang-sang lembu bergelimpangan di atas bumi. Osh! dasyatnya.

3) Kita ajar ..apa yang patut diurutkan. Tangan mana yang perlu didahulukan bila kita sakit angin dan sengal-sengal badan. Bahagian mana dari bahagian kepala kita patut mereka urutkan secara baik dan .. memberi tekanan secara konsisten. Bila selalu dibuat begitu .. mereka akan terasa juga bahawa .. mengurut badan org tua pun satu skill yang sangat-sangat diperlukan pada zaman lani. Satu cara memberi layanan yang baik kpd org tuanya. Sebenarnya ada org yang dapat cari makan secara banyaknya melalui skill urut-mengurut ala saintifik, reflectsology, dan tradisional ..dan bermacam-macam lagi. Bayangkan 1 jam mengurut boleh dapat upah RM50 di setengah-tengah tempat di negara ini. Jika dapat tempahan 5 jam sehari sudah cukup lumayan, bukan? Bidang ini patut diajar secara langsung seperti kursus Diploma IT dan Multimedia juga. Selagi ada org tua yang loaded nak minta diurutkan badannya.. sudah tentu ada demand dan supply. So ada chance kita dapat mencari rezki dari bidang ini. Kolej Komuniti KPTM patut .. buat sesuatu tentang permintaan ini secara formal dan informal.

He..he..

Itu sahajalah penulisan saya .. saya nak sambung kerja uruskan 'Pengiraan Markah Kerja Kursus' bagi kelas saya DIT. Insyallah.

Sekian. Wasallam.

Wallahu aklam.

Menunaikan jemputan khawin se orang student saya yang special di Bangi

Posted by sazali

Assalamualaikum

Saudara/ri pembaca yang budiman,

Tomorrow ahad 7/11 seven eleven.. saya ada undangan yang perlu dipenuhi. Anak murid saya menjemput saya ke majlis kenduri perkahwinannya .. aghh .. bila tengok kad jemputan dan peta laluan ke sana dari Pekan Parit Raja.. aduhhh jauhnya ini. Otak ligat memikirkan duit minyak dan tol besertakan tenaga .. memandu dan unit tenaga 'kilocalories' yang diperlukan untuk bukak mata seluas-luasnya untuk memandu kereta ke sana. Seorang diri !

TEtapi jangan risau .. saya akan cuba sedaya upaya .. ke sana. Why? Kerana student saya ini dari FPT, UTHM ini adalah juga bakal menantu bekas guru Bahasa Melayu saya - Cikgu Wan Zakaria , Tengku Mahmud Sec School, Besut tahun 1970'an lagi. Sungguh kecil dunia ini yer? Pi mai pi mai .. orang kita jugak ..yang dapat dan yang kena. tak adok org lain kor? (ketawa).

Dato' Hj Wan Zakaria adalah ADUN Besut 5 penggal lamanya. Tiket BN apa lagi. Dulu guru BM saya , tiba-tiba letak jawatan guru jadi ADO Besut - join PTD dan ..senyap-senyap menyertai UMNO .. menang dan menang. Itulah sejarah guru saya ini. Cikgu Yar. Tetapi yang paling bestnya ..Cikgu YAR nikoh dengan Cikgu Fauziah .. se orang guru yang paling cantik pada zaman dahulu 1970'an lah. Ramai budak lelaki hostel TMS dan Nasaruddin Shah kecek hal dio siang dan malam ..sekarang ni ? tak tahulah .. how cantik she is . If my wife pun dah bengkak ..sikit wajahnya .. maklumlah memasuki era umur 50'an .. tak tahu lah wajah Cikgu Fauziah ..TMS ..zaman loni ni. Walaubagaimanapun ..saya maghi jemputan majlis anak menantu cikgu-cikguku ini. Jauh yer ..kita semua .. mencari rezki dan mendapat anak dan menantu kita. Itulah tanda kebesaran Allah kepada kita.

3) satu hadith .. " if someone jemput kita datang ke majlis perkhawinan .. wajib kita pergi ... "


Tetapi .. sekarang .. dalam keadaan berbagai-bagai dugaan seperti banjir, kemalangan maut Bas Ekspress di Malaysia tak putus-putus ..banyaknya.. Gunung Merapi di Indonesia memuntahkan asap berkepul-kepul, bahang api melecurkan manusia dan lembu-lembu di Jogjakarata dan Sulu, lavanya tak berhenti-henti .. keadaan banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan , keadan selepas pilihan raya kecil di mana parti PAS, PKR, DAP kalah sikit jer (jangan risa) di Galas, Kelantan dan Sabah , duit minyak dan tol yang serba mahal .. PLUS pun satu jugak ..bina lebuh raya yang panjang-panjang .. seperti laluan Shah Alam ke Kajang ..cukuplah jauh ..45km .. bayangkan lah ..tak tahulah berapa kerat orang kita dapat mengamalkan hadith di atas dalam konteks jemputan ke majlis perkahwinan itu. Sekarang orang ramai sangat-sangat berkira. Mahallah ..jauhlah.. dio sapo ..aku sapo? Begitulah adanya.

Walaupun begitu niat saya .insyallah .. . saya akan cuba menghadhiri majlis walimah tul urus Saudari Farha Ramdzan MPP UTHM 2007/08 kita. Insyallah. Selamat Pengantin Baru ..Farha.

Wasallam. Wallhu aklam.

JIran-jiran kita

Posted by sazali

Salam

Hari ni .. sangat-sangat ..tidak sihatlahh. Maklumlah memandu kereta dari Kulim, Kedah ke Batu Pahat .. dalam satu hari saja. Walaupun begitu sempat juga singgah di Kuala Kangsar rumah bakal Tok Besan kami - insyallah June 2011 nanti.

2) Hujan sangat lebat sepanjang jalan. Musim Banjir di Kedah dan Perlis. So kena memandu ..berhati-hati sikit. Ambik peluang singgah rumah adik kandung saya Siti Salmah di Kajang dan rumah abang ipar saya ..di Bangi Seksyen 7. Di Kajang .. sempat berjumpa mata dengan ibu saya yang semakin uzur. Risau saya melihat dia tetapi .. dia tak mahu ikut saya ke Batu Pahat. Berbagai-bagai alasan diberikan ..jika kita nak bawak dia ke batu Pahat. Sebenarnya dia lebih suka tinggal di rumah adik pompuan saya. Sebenarnya .. dia ada seorang anak lelaki yang uzur juga. Adik kandung saya. Aghh ..apa boleh buat. Bukankah ..ini semua dugaan dari Allah kepada kita semua? Mereka senang ke Hospital Serdang. Sudah kerap sangat mereka ke sana. So ..semua rekod kesihatan mereka ada disimpan untuk dibuat rujukan oleh doktor-doktor pakar.

Di Bangi .. saya membawa isteri melawat abang kandungnya. Lama juga di sana ..alhamdulilah makan nasi dan berlauk ..ikan masak asam pedas ..stail Muar. Tetapi yang bagusnya .. mereka (di Bangi ) berpuasa sunat. Hari Khamis. Bagus itu. Insyallah ..next time .. saya nak amalkan juga ..setiap Khamis ..kita puasa sunat.

3) Khutbah Jumaat ..mata saya separuh bukak separuh tutup. Pejam mata jer, tapi try jugak bukak 50% lubang telinga - kata orang. Pening ..kepala berpusing-pusing. Tak cukup tidur. Saya dengar text kutbah semi-sedar dan semi-tidur. Inti pati teks khutbah ialah:

Jiran manakah yang ada 1 hak dari kita? - jika jiran itu bukan yang beragama islam.

Jiran manakah yang ada 2 hak dari kita? - jika jiran itu Muslim dan tinggal bersebelahan rumah kita. Check orang yang tinggal di Taman Perumahan.

Jiran manakah pula yang ada 3 hak dari kita? - jika jiran itu Muslim, tinggal di sebelah rumah kita dan bersaudara-mara pula ( sepupu, bapa saudara dan lain-lain lagi lah ..ada pertalian keluarga).

Istilah sebelah rumah apakah maksudnya? .. mengikut Kitab Imam Ghazali r.a. mengikut hadith Nabi Muhammad s.a.w. ".. jika rumah itu berada 40 buah ke kiri , 40 buah rumah ke kanan , 40 buah rumah ke atas (flat) dan ke 40 buah rumah ke bawah (flat) dari rumah kita ..semua itu adalah jiran kita"

See.. jiran kita pun ada hak. Janganlah kita ,..menyakiti jiran kita walaupun .. sedikit. Jika masak gulai .. contohnya .. masak ikan asam pedas stail Muar, Johor .. dan jiran kita dapat membaunya .. wajib kita hantar kepada jiran kita walaupun .. semanggkuk kuah .. itu lah jiran namanya.

Tetapi kali ini .. saya ingin mengajak diri saya dan pembaca .. mendoakan jiran-jiran kita .. supaya kita semua benar-benar menganut dan beramal dengan ajaran suci Islam kita. Selamat kita semua dari azab Allah. Mahukah kita melihat Cikgu kita namanya ..Miss Cxxx yang sangat berjasa kepada kita .. mengajar kita matematik di Universiti .. banyak menolong kita .. bawa kita ke hospital jika emak kita tiba-tiba sakit ditengah-tengah malam ..sanggupkah kita melihatnya dihumbankan ke neraka .. oleh sebab kita berlainan agama? Oleh itu .. jika kita berdoa... doakan lah untuk kesejahteraan jiran kita yang lain ..agar mendapat taufik dan hidayah juga. Ameen seperti Rasulullah mendoakan keimanan Sayiddina Omar Farouk r.a. sebelum beliau menganut agama suci Islam ini. Jiwa kita mesti besar. Bukan setakat 1Malaysia sahaja sambil-sambil bersenam robik di tengah Padang Merdeka jer ..tetapi .kalu boleh 1SYURGA yang kekal abadi. 1ALLAH - kenapa malu sangat kita nak ucapkan istilah ini?

Wa llahu aklam.

Sekian.