What I did today

Posted by sazali

Salam.

Today I busy myself in making honest claims. I travelled a lot in October and November 2010 this year. Activities were conferences, seminars and courses. Not forgetting I supervise 5 students doing their practical attachment in Northern states of malaysia.

2) What I did was fill up the forms as required. There is a different form to put your claim. Therefore I helped my self with 2 separate forms. The hardest part is to compute the distance covered so far .. when you did not care so much its exact figure all this while.

The next hardest part is to collect all the toll recipts .. from one month to another. The reciepts must be obtained during your work shedule only. You must exclude other visits like .. tours and happiness .. jalan-jalan cari makan.

3) At last I managed to fill up 3 different forms. I hope I can get all my money back - in the form of petrol consumption, tolls on the highway and hotels accomodation. O yes .. wear and tear of my vehicles and my body exghaustion .. as it come next to my duty. If I am not mistaken it came to be around 3K + +. BTW, I spent 3 weeks collecting the supporting evidence.

Now I must clear up my desk. Tomorrow I want to start fresh and make proper preparation to face new semester in UTHM, Johor. I got to teach Discrete Maths again. Ughh.. I prefer teaching statistics and calculus. Really?


Thats it for today. Just to fill up the space in my blog. By writing my blog, I can practice languages especially English which is not my first language in Malaysia. Hope my readers can understand .. my job as a teacher here.

wasallam. Wallahu aklam.

Bila melawat orang tua mu

Posted by sazali

Salam.

Ada beberapa petua kita perlu amalkan jika hendak melawat orang tua mu (ibu ayah, nenek , datuk atau guru-guru / ustaz, ustazah )

Petuanya adalah seperti berikut:

(1) bawalah sedikit buah tangan seperti biskut kering/ buah kayu iaitu ubi kayu yang telah direbus dengan sempurna dicampurkan sedikit kelapa n garam ... Tidak menjadi satu kesalahan jika buah tangan itu .. kek coklat bertingkat, buah oren sunkist, buah anggur, cempedak, nangka, duku, durian, .. namakan saja. yang penting kau bawak.

(2) cakap elok-elok dengan mereka. banyakkan masa mendengar cerita dari mulut mereka dan jika boleh .. kamu tak yah cerita banyak sangatlah pasal dirimu contoh .. kamu dapat hadiah best paper dalam konferen Fizik Atom di United Kingdom dan lain-lain. Mungkin mereka tidak faham apa itu .. best paper award.

(3) jangan terlampau lama sangat berkunjung dan jangan terlampau ringkas/cepat. Bersederhanalah. Jika kamu sudah memandu 2 jam dari rumah di bandar ke rumah ibu mu .. mungkin menjenguk mereka selama 2 jam pun sudah memadai .tetapi .. jika kau tidur di sana pun bagus juga kerana .. datuk dan nenek mana tak suka ..dengan kehadhiran cucu-cucu mereka dari bandar raya/ metropolitan. Mereka cukup gembira dan riang ria mendengar cucu-cucunya bergaduh .. kecil-kecilan. Kenakalan cucu mengubat hati datuk dan nenekmu.

(4) bersembahyanglah berjamaah dengan ayahmu. Jika keadaannya mengizinkan .. bawa dia ke masjid besar bandarnya seperti Masjid Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Banyak fadhilat sembahyang berjamaah.

(5) jika ibu ayah mengajak mu ke rumah saudara mara yang sedang sakit tua, pergilah bersama-sama mereka. layan mereka dengan baik sebagaimana mereka melayan kerenah mu semasa kamu kecil-kecil lagi. Semua layanan baik itu akan diikuti oleh anak-anak mu di kemudian hari. Allah maha adil dalam perkara ini.

(6) bila nak berangkat pulang .. berilah kepada ibu ayahmu sedikit wang ringgit mengikut kemampuanmu. Jika kamu berpendapatan sejumlah RM10000 sebulan tak kan lah nak beri kat ayahmu RM25/= .? Beri lebih lah sedikit. Sekitar RM300 ker? Beri dgn ikhlas dan rasa penuh riang gembira. Insyallah Allah akan memberi kehidupanmu keberkatan dan kerahmatan jua. Yakinlah. Yang pasti mengikut hadith : Jika kamu berbuat baik kepada ibu bapamu sendiri .. Allah akan panjangkan umur mu ..

Nah mana nak ganti ? wang ringgit atau sedikit umur yang panjang lagi dan lagi. Umur panjang untuk melakukan amal ibadat yang diredai oleh tuhanmu.

Itu sajalah petua ayahmu kali ini wahai anak-anakku. yang baik dari Allah dan yang tidak bagus ..kelemahan ayahmu sendiri. Doa untuk ayahmu.

Wasallam. Wallahu aklam.

berbaloi kah mempunyai anak yang ramai?

Posted by sazali

Salam

tadi waktu tengah hari .. saya sempat mendengar 4 orang panel bercakap tentang tajuk di atas ..dalam TV3.

2) bagus jugak rancangan itu? Tetapi .. satu jer komen saya. Bagaimana kita ukur anak-anak yang berkualiti? Adakah jika anak itu berjawatan tinggi .. itu namanya anak yang berkualiti?

Atau adakah ..jika anak kita asyik memerap kat rumah .. dari usia muda sampai ke umur tua.. sambil menjaga .. segala keperluan kita sebagai warga tua .. anak yang sebegini tidak berkualiti?

Payah kan nak jawab? Saya dapat rumuskan satu sahaja .. kualiti ini adalah relatif dan subjektif. Kedua-dua istilah ini .. mungkin hang Kasturi dan hang Lekir tak faham kot .. jika mereka kelaur dari tanah perkuburan mereka. Kenapa? kerana ..istilah ini dipinjamkan dari bahasa inggeris. Kenapa tak di permudahkan istilah ini? Kalau kita kata ..jika anak itu kaya .. ittu anak bagus .. jika anak itu miskin .. itu anak yang tidak bagus. Bolehkah kita kata begitu?

dalam drama-drama swasta ..sejak merdeka 1957 (hitam putih ) sampailah ke lani (4G) .. istilah anak bagus dan anak tidak bagus ..semuanya berpaksi dengan 'kekayaan dan darjat'. Sebab itu masayarakat kita semakin hari semakin tenat. Tidak ramai orang ang bijak ..mahu bercakap dengan gaya yang bersahaja .. apa itu anak yang bagus? dari perspektif Islam dan Duniawi.

3) Setelah mencapai umur 50 'an ini saya katakan ..anak yg bagus itu ialah .. jika kita dengar dia bercakap ..sejuk hati saya ..dan jika kita lihat dia berjalan ..bergaul dgn kawan-kawannya .. sedap mata kita memandang ..bila dia pandai memilih kawan-kawan yang .. bertuhankan ALLAH Yang Maha Esa. yang selebih-lebihnya itu ...contohnya anak kita menjadi guru, doktor atau PILOT Air Asia .. itu semua bunga-bunga kehidupan sahaja. BONUS.

Sekian. Wasallam.

wallahu aklam.