penat penat penat jadi ayoh zaman moden ni

Posted by sazali

salam.

Dunia semakin moden.  Semua org bermula dari seorang ayah dan ibunya.  tak kira bangsa apa dia ... kito semua berasal dari ayah dan ibu lah kito.

2)  Dalam Al-Quraan dan al-hadith .. muslim, bukhari ... dan mcm mcm sumber yg boleh dipercayai .. syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.  Saya tak heran kerana dia mengandung kita semua dari hari 1 hinggalah ke bulan 9.  Perutnya besar, berat, .. ,  susah dia .. pada zaman ini lagilah kasihan tengok ibu muda berbadan 2 dah melebihi bulan ke sembilan gi maghi gi maghi gi pejabat, sekolah, pejabat, gudang, dan ... mcm2 lagi tempat .. mencari rezki .. (mcm lah tak cukup cukup lagi .. duit di rumah ) ..zalim suami ..sanggup melihat si isteri gitu mor cari pitih.

3)  Tulisan saya pada kali ini adalah mengenai si ayah.  Peranan si ayah pulak.  Memang kita mesti ikut ibu 3 kali ikut itu dan ini 3 round .. baru leh kito lihat/ pandang ayah.  semua betul.  Ayah di belakang sana.  kalau ikut ilmu matematik , topik siri janjang arithmetik,  .. urutan nya begini,  ibu, ibu, ibu, then ayah ..

why?  mulianya si ibu.  Tetapi biarlah ..now giliran kita pujo ayah kito pulok.

Sekarang pada zaman moden ini .. bukan senang cari ayah cerdik, pandai, terror, hebak, .., (letakkanlah .. semua sifat nama , adjektif yg kamu tahu mengenai seorang lelaki ygg bagus ).

Mengapa saya gunakan 'zaman moden' sebagai latar belakang penulisan saya ini.

Di zaman ini.. kita lihat .. ada rumah tangga diketuai oleh seorang lelaki ..

kadang-kadang ilmu agamanya kurang, iman nya lemah.  Bukti?

masjid kosong.  majlis ilmu agama .. sepi.  tapi ..majlis ini ramai peserta wanita lagi dan lagi.  oleh yang demikian, ilmu agama itu banyak berada dalam kalangan wanita muslim dari lelakinya.

tanpa ilmu yang banyak .. bagaimana nak mengemudi rumah tangga yang diredhai oleh pencipta sekalian alam.

Ini beralainan dengan stadium bola.  ramai lelaki berkerumun di sana.  wal hasilnya ..jika balik ke rumah ..selepas selesai menyokong team bola sepaknya .. ilmu bolasepaklah, idola bolasepaklah .. yang akan masuk ke dalam rumah tangganya .. bukan seorang tetapi cukup lah ramai.  Wal hasil .. ada setengah suami ..tidak dapat membimbing isteri dengan baik dan sempurna.

Another snap shot!   sekarang .. ada setengah tengah isteri belajar lebih banyak ilmu akademik dari si suaminya. oleh yang demikian, si isteri membawa pulang wang gaji yang jauh lebih banyak dari si suami.  Bila ini berlaku dari tahun 1 hingga 10, tahun 10 ..hingga tahun 20, 30, 40, 50, ... ,mati

besar kemungkinan .. suami kalah dalam bahagian memberi tunjuk ajar yang baik kerana selama ini dia hidup pun .. berteduh di bawah usaha keringat si isteri.  mana dapat respect dari isteri, ibu dan anak kalau begini?

Oleh yang demikian, tak hairan ..banyak cerita .. dalam rumah tangga .. yang bergolak .. isteri, anak, tak hormat kat suami.  kasihan dia.  Ayah kita?

Saya ada jugak gi umah kawan kawan, rakan taulan sejak zaman muda sampai sekarang .. bila masuk umah nya ..ada terasa tension jer.  why?  Mungkin .. dia kalau nak bawak tetamu (teman) kena sound kat isteri dahulu.  Check peti sejuk itu dahulu.  Kalau ada ayam, itik, angsa, lembu, kerbau, kambing, biri-biri, .. , baru leh ajak kawan sahabat handai ke rumah.  kawan kita tension mungkin .. selama ini .. semua benda dalam rumah .. kena dapat green light dari si isterinya dahulu.  Kena ada banyak banyak banyak makanan dalam peti sejuk baru boleh ajak .. orang datang menjamu selera.  Free dinner kata orang.  Itu belum check ..sama ada .. isteri badannya sihat, free, senang ..nak layan tetamu atau tidak.  maklumlah .. suami cikgu sekolah rendah .. isteri pulak .. CEO Telekom mana-mana lah.  payah-payah jadi suami zaman moden ini?  Mana lagi amalan menghurmati tetamu.. sahabat handai. saudara mara .. dan kaum kerabat.  zaman dahulu.. Allah puji sepasang suami isteri yang sanggup berlapar dengan anak-anaknya .. se mata-mata menjamu tetamu rasululllah s.a.w   = pendek kata payah nak contohi .. kehidupan baginda Rasulullah dalam zaman di mana .. sang suami rendah dalam semua bidang.  bayangkan ..jika mak dan ayahnya sendiri nak datang ke bandar main main main dgn cucunya pun kena isi borang approval ..si isteri.  kasihan sungguh suami zaman moden ini.

Another point is .. suami zaman moden ramai jadi drebar jer.  Ke mana mana pun dia yg jadi drebar.  Sejak zaman budak berumur 1 tahun ayah jadi drebar .. sekarang umur 25 tahun anak pompuan pun ..ayah jadi drebar.  Why?  mana gi ibunya?  Bila ayah banyak buat aktiviti lasak ..sejak zaman muda hingga kini .. dan memandu ambik anak, isteri, hantar anak, hantar isteri ... maka reng (tenaga kekuatan lelakinya) nya pun menurun dan turun ... yg tragedi ialah ramai suami dah tiba-tiba mati.  Why?  zaman muda ayahnya ..tension masa muda lagi .. nak bawak kawan pun tak leh .. sampailah .. sekarang dok asyik bawak kereta jauh jauh jauh perjalanan .. ke sana ke mari .. maka .. bila badan dah letih, mata dah mengantuk ,  layanan lain tersangatlah kurang dari isteri .. dan anak anak yg dah dewasa ..dan sudah berumah tangga... maka Allah wak naik nyawa ayah awal awal awal lagi.  maka satu kampung .. melayu ..yang ada .. hanya ramai janda sahaja lah lagi.

Mungkin  mungkin sebab itu .. kita kena taat pada ibu, ibu, ibu  3 kali .. lebih banyak ..lebih utama ..kerana ayah kita dah lama pergi.

Tidak ada ayah di kampung .. lagi untuk kita memberi taat dan setia kita kepadanya.  U see my story?

Kasihan ayah zaman la ni.  Saya tak tahu bagaiaman anak settle this story (cerita) kerana .. umur lelaki bukan saya yang control.  saya rasa .. ramai wanita bergelar ibu, emak .. boleh tolong menjawap dilema saya ini.

Ajaib!

Wallahu aklam.   Bertaubatlah.  Mengikut satu cerita malam isra' mikraj .. baginada Besar kita Muhammad s.a.w.  terlihat dalam .. neraka ..ramai penghuninya .. adalah terdiri ..dari kaum wanita/ibu kita jugak lah.  How?

ustaz   berkata lagi .. mungkin ibu, isteri tidak berterima kasih kpd adanya suami di sisi mereka.  So layanlah ayahmu dengan baik .. kerana umurnya ..mungkin ..tak sepanjang ..ibumu ..di desa itu.  Tengok?

Sekian.  wallah hu aklam.

Sekadar berkongsi tips cari jodoh

Posted by sazali

Salam.

Yesterday ada seorang pelajar lama saya bertanyakkan tentang perkara / tajuk di atas. Aghh.. saya bukan expert dalam bidang mencari jodoh tetapi .. saya cuba ini insyallah.

1) suka bersedekah - senyum itu sedekah. Beri orang miskin makan itu pun sedekah. Tolong orang susah betul-betul pun sedekah. Bila kita mempunyai sedikit sifat dermawan dalam konteks wang, tenaga keringat dan lain-lain .. insyallah Allah Taala akan tolong kita .. termasuk dalam mendapatkan jodoh terbaik untuk kita.

2) bergaul dengan baik terutama dengan ibu bapa kita sendiri. Selalunya budak-budak ni ..tersangatlah baik dengan rakan rakan sekolah, tempat kerjanya sahaja. Dengan org cina dia baik, org india dia sangat baik, org Yahudi, Nasoro pun teramatlah baik .. kecuali dengan ibu ayahnya sendiri/ saudara maranya sendiri. Tak percaya? tengok musim hari raya. Klaau ada sanak saudar adatng berkunjung ke rumah, tak ramai anak anak kita yang mahu keluar berjumpa dan bersembang-sembang dgn sanak saudara. Sekadar bersalam salaman selama 5 minit dan terus masuk bilik, pasang BROADBAND, FB dan lain-lain lagi. Tengok .. mana ada feelings itu semua. Jika mak ngah kita happy, pak long kita happy, mak ayah kita happy , insyallah ada lah jodoh satu hari nanti untuk kita. Yang penting, .., syifu di UTHM , jangan lupa ..belanjalah sikit jika berada di sekitar Batu Pahat ini. (laugh). Saya suka sangat makan tandoori. Limau sinkist dan bauh anggur tau?

Apa ada dalam good feelings di kalangan sanak saudara mengenai diri kita yag sudah 26 tahun ke atas ini ( anak dara, graduate UTHM, sedang buat masters dan PhD di bawah tajaan UTHM ..he..he..) . Jawapn nya senang .. mereka akan bawak nama anda ke mana mana ..cerita tentang anda yg baik baik .. recommend nama mu sebagai calon isteri kepada seorang PTD, PTA, staff FSKTM, staff UTHM , staf MBBP dan lain-lain. Bila kita direcommend lambat laun kita akan berjumpa dgn jodoh terbaik dgn diri kita. Insyallah.

Allah Maha Adil. Jika kita berbaik baik muka dengan ibu ayah, sanak saudaram, teman taulan, dan .. macam-macam org lagi ..insyallah Allah akan memberi jodoh kepada anda.

Percayalah.

3) Belajar cakap elok-elok. Bersopanlah sikit. Pandai bercakap ni dgn org tua dan dgn bakal hero pun penting. Pandai cakap 'NO' pun tersangatlah penting terutama jika hero itu ingin explore diri kita over dan over (laugh). jgn tertipu dengan pujuk rayu si hero yang mungkin .. bedebah betul YA?

Orang tua suka .. cara kita bercakap dgn sopan. Ini kita boleh belajar sejak zaman azali kita lagi atau ..kita belajar pura-pura. tak apa pura-pura ini ..asalkan burung itu masuk dalam sangkar kita. (laugh). Percayalah. Skill bercakap dgn baik, sopan, berhemah .. bukan datang sehari semalam sahaja. Kita mesti bergaul dgn org org yg sesuai. Elakkan dari bergaul dgn kawan-kawan yg terlampau happy/ cakap tak ada boundary/ cakap merapu-rapu dan ..macam-macam lagi. Belajar bercakap.

4) Belajar memasak. Biar kita ada skill memasak sekurang-kurang nya 7 jenis lauk biasa dan istemewa. Tima hero dan ibu bapa nya datang ke rumah .. masaklah ..satu masakan istemewa. Biar mereka rasa .. masakan mu itu. Jangan masak sardin dah lah. Keluarkan maggi perasa tom yam? jangan jangan jangan. Cuba try ..masak meehun sup ker plus .. urat keting kambing, sup kambing like that lah. Sure bakal pak mertua happy teramat sangat .. bakal menantu pandai masak suup kambing muda. He..he.. Orang tua lelaki memang suka makan sup kambing ni. Why? tanyalah mereka jika kau berani. Laugh.

Org tua ada berpesan pada ku zaman dahulu kala - masakan pompuan kita adalh kunci rumah tangga kita juga. Ekonomi pun ok .. murah sedikit lah bila pandai memasak itu dan ini .. beryani gam ker/ sup perut lembu muda ker/ kerabu daging .. masak nasi dagang .. nasi lemak , petai, timun batang, dan lain-lain. Sure ..time marah marah suami .. dia sayang nak tinggalkan kau .. for ever dan ever - BERCERAI - kerana kau pandai memasak sup kambing itu. Try.

5) bagus jika kita amalkan solat sunat dhuha. Penarik rezeki Allah. Nak kaya kita perlu Allah berikan laluan dan cara. Nak cari jodoh yg baik dan mak mertua best best pun datangnya dari Allah jua. SEmbahyang sunat ni ..dari jam 0800 - 1100 pagi jer . Buat every saturday - sunday. Insyalah dapat buatnya. dalam doa solat dhuha berbunyi '.. jika rezeki ku jauh dekatkan dia/ jika rezki ku dekat permudahkan dia.. jika hero tamil tu sesuai untuk ku Ya Allah .. segerakan lah untuk aku jua .. dan biarkan aku redhan dengan kulit sehitam itu .. (laugh) ..' begitulah .. lagunya ..doa solat dhuha. Cubalah. Insyallah berjaya. Saya buat semua ini .. saya mintak semua yg terkandung di dalam otak dan sanubari ku sepanjang masa. U can also use these words '.. Ya Allah ..jika kau permudahkan jodoh aku dengan nya pun ..tak luak pun khazanah mu itu Ya Allah..ENGKAU Maha Kaya.. ya allah ".

Sekianlah. Tak leh banyak banyak. saya ada 2 org anak dara lagi belum khawin. Sebagai ayah , saya selalu berdoa untuk mereka .. Y aAllah dapat kanlah jodoh terbaik untu anak-anak ku .. supaya suami mereka dapat membawa anak-anak ku ke syurga Firdaus .. bukan ke neraka jahanam. A u zu billah min zalik. Aku dah pelihara dan didik mereka dengan baik sepanjang hayat mereka. Aku sanggup berlapar, sanggup memandu kereta kelas rendah  .. simpan duit sikit ..dan tidak memandu BMW, MERX .. semata mata menyimpan wang menyekolahkan anak-anak ke sekolah agama islam, amalan agama, solat 5 waktu, baca quraan sampai katammm, dan , belajar macam-macam untu kebaikan dunia dan akhirat mereka ..sepanjang hayat aku. May Allah protects us .. from all calamities including .. putting crazy man near towards my girls.. my daughters .. put him away and away .. jauh jauh Ya Allah jika dia tak mampu membawa anak anaku ku ke syurga mu. Ameen. Engkau Maha Kuasa. Aku hanya dapat bertawakal pada mu Ya Allah.

wallahu aklam.

penat gilor weh

Posted by sazali

salam

Dah 2 hari kena baca kerja 'kertas proposal' students masters and phd I.T.

2) kenapa kena baca hah? mereka mahu saya komen, nilai dan cadang pembolehbaikan jika ada.

3) if ambik attitude/sikap 'lembu kenyang' ok tak .. hari ini?

aghh ..tak leh. Berdosa itu. gaji haram .. ustaz kata.

ok k .. saya akan terus membaca ni.

o god help me .. finish reading massive papers on my desk ni.

ameen.

wa allahu aklam.