Kenapa tak senyum ..tuan hamba

Posted by sazali

Salam

Saya da 25 minit sebelum solat maghrib ini.  Orang dakwah kata ..time ini the best time buat doa kpd Allah ..{pencipta langit dan bumi }.

2)  Today saya menulis pasal senyum.  Blog ini .. saya mulakan dengan satu senyuman .. simple tetapi itu trade mark saya dgn kawan-kawan n musuh-musuh saya.

3)  Terdapat 2 jenis senyum .. pertama .. senyum dilemparkan kpd kawan-kawan menandakan kita happy berjumpa dengan mereka.  Dialog kita ..manis dan sedap.  Mengapa?  bila dah lama tak bertemu ..sekali bertemu di R& R Highway Plus .. kita cukup cukup gembira tak terkata.

Senyum yang satu lagi ialah .. senyum saleman / sales girl.  Senyuman ini dipasang kat wajah mereka untuk maksud .. beli lah barangan kami ini.  Mana ada salesman tak senyum?  kalau tak senyum .. bukan orang dalam dunia bisnes lah itu.

Kedai Mamak .. pekerjanya suka senyum supaya ..  semua masakan recycle nya .. laku dan dianggap best dibandingkan dgn masakan sendiri di rumah bukan satu hari tetapi .. bagusnya biar setiap tiap hari gila dgn teah tarik kedai mamak.

Bandingkan dengan pekerja restoran orang melayu kita.  Senyuman mereka , kita boleh kira dan sukat ..pada bila bila masa pagi, tengah hari dan malam.  Jika kita kasi banyak order .. sure senyuman mereka akan berpindah bentuk jadi .. body language maksud nya ..menyampahlah orang tua ini.  Itu sebablah ..restoran melayu tak leh bertahan walaupun ..dibuka di kawasan kampung, bandar , ibu kota oarng orang melayu.  Kita tak tahan untuk senyum sepanjang masa.  If pompuan senuyum memanjang .. bini kita pulak .. jealous.  Balik rumah sure bergaduh dan mungkin .. ayah nya akan tidur seorang diri di hadapan ASTRO TV .. padan muka dia kerana membalas senyuman nyonya KFC, MC Donalds, and banyak lagi fast food centres all over the places in the town.  Sedapkah tidur seoarng diri ini?  Nyamuk da...

TQ.  Renungkan .. tulisan saya ini mengapa bisnes restoran melayu makin hari makin .. tutup.  Satu demi satu.  Kerana ..kita tak belajar ..the art of smiling in the world of business ie., fast food operators.

Walalhu aklam.  Now go gi masjid. Doa banyak2 muga muga Allah panjang kan umur kit so taht we can go to mamak restoran again and again.  Happy ever after.

Sekian.

Sahabatku bernama

Posted by sazali

Dr Rathiah Hashim, he..he... (jgn panic please)

AsSalamualaikum w.r.t

Saya mengenali Tuan Doktor Rathiah ini sejak 1993 lagi di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.  Anak polis Balai Polis Batu Pahat Johor. 1965 - 1975.

2)  Today nak komen .. DR Rathiah dan suaminya DR RAdzi  ni orang hebat ..mampu membawa scholar dari Cardiff University DR Abdalla ( Islamic Study) ..ke UTHM .. giving talk about galaxy, Steven Hawkings seorang ethiest Oxford University UK, universe, Quraan, purpose of our life and where to go now after death.  Semua topik ini dibicarakan dalam tempoh 2 jam.  PM DR Hussein FSTPI adalah pengerusi majlis diskusi ini.

3)  Kalau orang sebarangan macam saya .. rasa-rasa tak berkemampuan  nak bawak Dr Abdalla (orang berbangsa Sudan) mari berceramah kat kita orang di UTHM.  Dengan perjalanan yang beribu-ribu km .. duit yang banyak telah digunakan ..Dr Rathiah dan suaminya DR Radzi .. sanggup menjemput dan mengambil Dr Abdalla dari UIA Gombak untuk datang ke sini UTHM .. ini bukan .. sebarangan orang yag boleh buat.  Harap orang macam ni boleh Khidmat Cmerlang lah FSKTM tahun 2011 .. yang peliknya Dr Abdalla dipandu oleh staf .. bertaraf Pensyarah Universiti dengan menggunakan kereta univesrsiti .. sepatutnya pemandu UTHM yang bertugas ini ..tetapi staf akademik yang membawa dif jemputan untuk berucap di Dewan 3 DTI UTHM.  Apa kata kalian?  O yes .. bilangan org yang mendengar ..tak seberapa ramai ..jika kita nak bandingkan dengan sambutan penyanyi penghibur terkenal  ****  yang datang menyanyi kat sini satu masa dulu.

4)  Apa yang saya dapat dari ceramah Dr Abdalla ialah

4.1  jika kita sembahyang, puasa, haji, zakat ... dan masih lagi melakukan dosa demi dosa ..  apalah gunanya ..semua amalan agama mu itu?  Tidak malukah kamu?  ( tersangat tajam .. bisikan dari Dr Abdalla ini).

4.2  kita tak payah tanya mufti itu dan ini .. sheikh itu dan ini untuk mengetahui hukum halal atau haram. mengenai amal perbuatanmu .. tanya lah hati kecil mu ..  jika hatimu kata oK ..  hati manuia sesunggguhnya sudahpun  mempunyai ijazah mengatakan amalan mu itu halal.. tetapi jika hati kau .. berkata ..jangan ..  elakkanlah dari berbuat dosa/ maksiat.  Contoh Tanyalah hatimu jika kau buat tuntutan perbatuan yang menyeleweng    .. betul ker kau ini jujur, amanah sebagai seorang staf kerajaan ..?  tanyalah sama hati kita masing-masing.

4.3  tahap bahasa inggeris dari DR Abdalla ini agak tinggilah kerana topik yg dibicarakan adalah tentang sains dan tauhid Allah Taala dgn segala penciptaannya.  Cangkerawala galaxy, big bang theory, meta fizik , dan macam-macam lagi teori-teori dari scholar dari United Kingdom ini.  Saya khuatir ramai students tak faham especially ..  kerana selama saya mengajar matematics di sini .. ada pelajar komen mereka tak faham dgn istilah matematik yg saya gunakan dlm kuliah.  Apatah lagi istilah dari Stephen Hawkings yg cacat separuh badan itu menulis mengenai matematik, meta fizik , ..teori teori big bang, conclusion itu dan ini ..kerana istilah istilah ini pun saya sendiri merasa'blur' jer.  He..he.. 

Sekian.  Saya bagi pihak pelajar-elajar Nak ucapkan terima kasih dan subhanallah , alhamduliliah dan Allah Akbar di atas segala  susah payah Dr Rathiah dan Dr Radzi .. menjemput saya mendengar ceramah dari scholar islam ( orang Swansea , Wales ) itu.  P/s:  Dr Rathiah dan Dr Radzi sebenarnya adalah alumni Swansea University Wales, UK.  Dr Abdalla dari Swansea juga.  Hebat bukan?  alumni.

Wallahu aklam.

Sifat Malas kaum kita

Posted by sazali

Salam.

Teringat satu masa dahulu tahun 2003/04 semasa saya sedang berjinak-jinak dengan proses kajian literature PHD saya ..  Prof DR Mohd Zarar Jenu UTHM ..ada  membentangkan metodologi kajian menggantikan Prof Madya Hajjah Fauziah  .. UTHM KUITTHO ITTHO

Prof Dr Zarar  ada menyebut .. selepas pihak kerajaan menghantarkan ramai scholar PHD ke luar negara ..penemuan mereka .. menjuruskan kepada satu fakta .. sikap malas orang melayu kita.  Dia menyambung '..  begitu banyak wang dicurahkan oleh kerajaan Malaysia .. aleh aleh .. penemuan mereka kebanyakan adalah .. berfokuskan kepada sifat malas umat melayu Malaysia kita sahaja... alangkah membazirnya wang rakyat negara ini selama ini.. "   Mengapakah begini penemuan pengkajipengkaji kita ?   ..semasa mereka menjalankan PHD di USA, UK, Eropah, Australia, Mesir, New Zealand .... bahkan ke semua negara .. aleh aleh .. penemuan mereka ialah kaum melayu adalah kaum yang malas.

2)  Jom di sini saya tambah sedikit zon-zon malas kita semua sebagai peringatan kepada diri saya terutamanya:

2.1   malas nak belajar bersungguh-sungguh.  Dah dapat PTPTN ...skor GPA bawah 3.0 gak
2.2   malas nak ajar anak-anak berumur 7 hingga 19 tahun mengenai agama islam
2.3  malas nak pantau anak-anak sembahyang atau pun tidak termasuk isterinya
2.4  malas nak bertanya apa apa pun terutama yang melibatkan ilmu agama dunia dan akhirat
2.5  malas nak memasak sendiri di rumah
2.6 malas nak hidangkan makanan kat suami dan anak-anak.  Jom gi Kedai Mamak 25jam
2.7  malas nak basuh kereta, pakaian,
2.8  malas nak layan ibu bapa yang dah tua bangka dan pekak buta pulak tu
2.9 malas nak mendengar orang dakwah datang ke rumah kita. Bahkan ada ramai yang membenci rombongan ini.
2,10  malas nak jawab salam orang orang di sekitar kita
2.11  malas nak tegur bini kerana saiz badan bini(isteri) lebih besar dari kita sendiri termasuk gajinya, tahap pencapaian akademik  dan jawatannya
2.12 malas nak tegur apa apa anak anak bini bini buat yang menyerupai apa yg orang kafir amalkan seperti pakai jeans , legggings ketat ketat , nampak macam-macam sampai ke zon yg merekah
2.13 malas nak dengar apa -apa ilmu dan ajaran agama melalui ASTRO, IKIM, atau tazkirah apa apa yg dianjurkan oleh PA di pejabat , sekolah, politeknik, kolej komuniti,
2.14 malas nak berkawan dengan orang orang berwajah lebai , alim, ustaz, ustazah
2.15 malas nak hantar anak belajar ke sekolah berlatar belakangkan agama islam sebagai platform kehidupan dunia dan akhiratnya
2.16 malas nak google apa apa pasal agama/ budi bahasa/ adab orang melayu bersopan dan berbudaya tinggi pada satu masa dahulu
2.17 malasnya nak tulis ......  penat jer


3.  Saya percaya jika saya dan pembaca boleh mengatasi mana-mana satu dari perkara 2.1 hingga 2.17  di atas ..saya percaya dunia melayu akan lebih mantap lagi dan agama islam akan bersinar kembali. Kaum ini akan jadi kuat jika semua individu melayu berubah (hijrah)

Insyallah.

Wallahuklam.  (maafkan saya .. tuan hamba.. jika ada yg tersinggung dgn penulisan ini.  Apaleh buat?)