Sahabatku bernama

Posted by sazali

Dr Rathiah Hashim, he..he... (jgn panic please)

AsSalamualaikum w.r.t

Saya mengenali Tuan Doktor Rathiah ini sejak 1993 lagi di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.  Anak polis Balai Polis Batu Pahat Johor. 1965 - 1975.

2)  Today nak komen .. DR Rathiah dan suaminya DR RAdzi  ni orang hebat ..mampu membawa scholar dari Cardiff University DR Abdalla ( Islamic Study) ..ke UTHM .. giving talk about galaxy, Steven Hawkings seorang ethiest Oxford University UK, universe, Quraan, purpose of our life and where to go now after death.  Semua topik ini dibicarakan dalam tempoh 2 jam.  PM DR Hussein FSTPI adalah pengerusi majlis diskusi ini.

3)  Kalau orang sebarangan macam saya .. rasa-rasa tak berkemampuan  nak bawak Dr Abdalla (orang berbangsa Sudan) mari berceramah kat kita orang di UTHM.  Dengan perjalanan yang beribu-ribu km .. duit yang banyak telah digunakan ..Dr Rathiah dan suaminya DR Radzi .. sanggup menjemput dan mengambil Dr Abdalla dari UIA Gombak untuk datang ke sini UTHM .. ini bukan .. sebarangan orang yag boleh buat.  Harap orang macam ni boleh Khidmat Cmerlang lah FSKTM tahun 2011 .. yang peliknya Dr Abdalla dipandu oleh staf .. bertaraf Pensyarah Universiti dengan menggunakan kereta univesrsiti .. sepatutnya pemandu UTHM yang bertugas ini ..tetapi staf akademik yang membawa dif jemputan untuk berucap di Dewan 3 DTI UTHM.  Apa kata kalian?  O yes .. bilangan org yang mendengar ..tak seberapa ramai ..jika kita nak bandingkan dengan sambutan penyanyi penghibur terkenal  ****  yang datang menyanyi kat sini satu masa dulu.

4)  Apa yang saya dapat dari ceramah Dr Abdalla ialah

4.1  jika kita sembahyang, puasa, haji, zakat ... dan masih lagi melakukan dosa demi dosa ..  apalah gunanya ..semua amalan agama mu itu?  Tidak malukah kamu?  ( tersangat tajam .. bisikan dari Dr Abdalla ini).

4.2  kita tak payah tanya mufti itu dan ini .. sheikh itu dan ini untuk mengetahui hukum halal atau haram. mengenai amal perbuatanmu .. tanya lah hati kecil mu ..  jika hatimu kata oK ..  hati manuia sesunggguhnya sudahpun  mempunyai ijazah mengatakan amalan mu itu halal.. tetapi jika hati kau .. berkata ..jangan ..  elakkanlah dari berbuat dosa/ maksiat.  Contoh Tanyalah hatimu jika kau buat tuntutan perbatuan yang menyeleweng    .. betul ker kau ini jujur, amanah sebagai seorang staf kerajaan ..?  tanyalah sama hati kita masing-masing.

4.3  tahap bahasa inggeris dari DR Abdalla ini agak tinggilah kerana topik yg dibicarakan adalah tentang sains dan tauhid Allah Taala dgn segala penciptaannya.  Cangkerawala galaxy, big bang theory, meta fizik , dan macam-macam lagi teori-teori dari scholar dari United Kingdom ini.  Saya khuatir ramai students tak faham especially ..  kerana selama saya mengajar matematics di sini .. ada pelajar komen mereka tak faham dgn istilah matematik yg saya gunakan dlm kuliah.  Apatah lagi istilah dari Stephen Hawkings yg cacat separuh badan itu menulis mengenai matematik, meta fizik , ..teori teori big bang, conclusion itu dan ini ..kerana istilah istilah ini pun saya sendiri merasa'blur' jer.  He..he.. 

Sekian.  Saya bagi pihak pelajar-elajar Nak ucapkan terima kasih dan subhanallah , alhamduliliah dan Allah Akbar di atas segala  susah payah Dr Rathiah dan Dr Radzi .. menjemput saya mendengar ceramah dari scholar islam ( orang Swansea , Wales ) itu.  P/s:  Dr Rathiah dan Dr Radzi sebenarnya adalah alumni Swansea University Wales, UK.  Dr Abdalla dari Swansea juga.  Hebat bukan?  alumni.

Wallahu aklam.

1 comments:

  1. Anonymous said...

    When I google my name to find my publications, I found this. Thank you, Dr Sazali... I rasa Dr. Sazali lagi tersangat hebat. Baru dijemput utk beri Keynote Speech di Jakarta, bukan. Bukan calang-calang org dijemput di luar negeri. sebab itulah, rasa tak best kalau kehilangan org2 hebat begini di Fakulti walaupun he choses to retire early. We still need his service. He's a real mathematician.

Post a Comment