Pelik tetapi benar

Posted by sazali

Salam

Saya membaca se buah buku prosiding sempena KONGRESS UKM di Pulau Pinang hujung minggu lepas 17 - 20 DIS 2011.  Saya tidak menghadhiri kongress itu.  Sayangnya!

Saya memang berminat membaca rumusan kajian dan ada setengah artikel menarik perhatian saya terutama e-learning.  Yang hairannya bila saya melihat / merujuk kepada artikel penuh dari CD saya dapati satu perkara unik.

2)  Kebanyakan penulis-penulis  artikel menggunakan bahan rujukan dari barat.  Ini sudah tentulah .. bersumberkan dari bahasa inggeris.  Dalam erti lain, sebilangan besar pengkaji UKM menerima  'bulat-bulat' bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu yang agung dewasa ini.  Benar juga kata kata Prof Knowles (Cambridge Univ) dalam satu bengkel penerbitan di Eastin Hotel , PJ pada Jun 2011 di mana peserta bengkel terdiri dari 30 - 40 pensyarah tempatan IPTA/IPTS menghadhirinya. Di situ beliau secara berseloro  memaklumkan bahawa cerdik pandai melayu tidak gemar cite/ mempromosi hasil kajian rakan rakan mereka berbangsa melayu dari tanah air ini sendiri!

Seingat saya , UKM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai media pengantara mencari dan menyampaikan ilmu sejak 1975 lagi.  Nama UKM pernah satu ketika berada dalam senarai 400 buah universiti tersohor di dunia.  Hairannya -mengapa mereka tidak menggunakan sumber dalam negara sebagai hujah untuk mengukuhkan kajian - kajian yang telah dijalankan.  Dengan cara ini , masyarakat bandar terutama rakyat keturunan tionghua di Lembah Kelang, Pulau Pinang , Ipoh, Johor Baharu sedar bahawa memang  Bahasa Malaysia adalah merupakan bahasa ilmu yg ulung.   Bila saling rujuk merujuk secara ilmiah  , kajian anak anak tempatan barulah .. naik nama UKM dan BM sebagai pusat ilmu dan bahasa ilmu.  Selagi tidak berbuat demikian, masyarakat bandar akan sentiasa mendesak kerajaan untuk mengembalikan PPSMI /  atau dalam erti kata yang lain .. jom kita gunakan bahasa inggeris sudah lah.  Ikut idea Tun Mahathir pelopor PPSMI pada 2002/3.

Itu sahajalah .. komen ringkas dari saya yang tidak berapa berilmu ini.  Saya tidak berniat menjatuhkan sesiapa .. sekadar saya merasa pelik pada pagi jumaat yang mulia lagi indah ini bahan-bahan rujukan dalam prosiding kongress tersebut ..masih banyak lagi datangnya dari dunia barat.

He..he..

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment