Cuti cuti malaysia cari makan di kelantan

Posted by sazali

Salam.

Sudah lama saya tidak berkesemptan untuk membawa keluar isteriku ini.  Malam tadi , saya tidak melepas peluang - Saya membawa isteri ke Satay Malaysia, Kampung Baung, jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.  Jam 0900 mlm.  Selepas waktu isha'.

Kami ambik meja 14.  di satu sudut di hujung sana. Order itu dan ini.  Kami berdua.  Sentimental place.  Chat chat pasal masa masa dulu dengan isteri yang pernah saya bawa ke London, Leeds, Manchester, Birmingham, Frankfurt, Abu Dhabi, Mekah dan Madinah. Dah sah ..kami mempunyai selera multi rasa.

2)  aghhhh..  Tak lama kemudian, datang 16 orang peminat satay malaysia , mereka mbik meja panjang di hadapan kami .  tak sempat 15 minit  sahaja... meja yang mana 16 orang yang baru datang itu .. telah dilayani dgn satey malaysia, mee udang dan minuman.  Kami?  Dah 60 minit ...  minuman kami pun tak  dibawa oleh kaki tangan sate malaysia ini.  Belum satey nya lagi. 

Isteriku marah melihat keadaan di meja belakangnya.   .. lantas kami belah .. keluar dari restoran (nampaknya ) tersohor di jalan pengkalan chepa ini.  Malam itu , isteri ku tak menjamah apa apa makanan pun.  Kasihan dia.  Mungkin dia marah dgn layanan restoran tersohor kota bharu ini .. dia orang luar . Yang dia tahu sejak zaman berzaman - kelantan terkenal sebagai - negeri che siti wan kembang.  lagi pun kelantan ..orang panggil serambi mekah.  Mesti orang orang nya bagus , warak, dan pandai menjaga hati pelanggan.  TEtapi jgn risau yang .. patutlah rakan-rakan saya pernah membuat rumusan sebegini :    Rumusan 1:  restoran orang melayu .. mereka lebih utamakan untung 1 malam sahaja dari mencari untung beribu ribu malam yang  mendatang -  iaitu, bilangan pengunjung bagi setiap meja.  Jika mereka layan 16 orang  dgn satey satey ..ini lebih menguntungkan dari melayan 2 orang pada mana-mana meja.  Oleh itu persetankan 2 orang itu pada malam ini dan selama-lamanya.  Tahniah melayu kelantan. 

Rumusan 2:   .. restoran melayu tak leh bukak sayap berniaga di kawasan kawasan orang cina metropolitan. lainlah -  Tengok restoran mamak 25 jam.  Walau pun mereka mamak .. Mereka dapat menjalankan perniagaan mereka 'tandoori ayam ,  roti canai'  di mana mana juga di dunia ini termasuk negeri Kelantan DarulNaim.  Mengapa?  mereka tahu kepentingan 'masa' oleh mana-mana pelanggan-pelanggan yang telah menjejaki ke dalam restoran 25 jam nya.

rakan-rakanku di luar negara pernah berkata:
Restoran melayu kelantan hanya boleh hidup kerana sambutan dan sokongan orang melayu kelantan sahaja. tidak lebih dari itu.   Jika tidak ada orang melayu, mereka percaya , tidak ada rantaian restoran melayu pun yg boleh hidup megah dan bergaya dan mampu bertahan lama untuk tempoh 10 , 20 tahun macam KFC, Mc Donalds, restoran yang mana chief operators adalah orang-orang kafir yang mana kapiak ini sedar kepentingan cita rasa pelanggan perbagai umur muda sampai ke tua.  Mana ada Satey Malaysia Kelantan di Los Angeles, Frankfurt, China Town Manchester .. Lagi pun .. restoran melayu boleh bertahan kerana .. sikap melayu .. dengan sikap tak apanya.  Tak apa lah .. lain kali kita buat lagi.  jangan layan meja yg mana tak ramai orang melayu itu.  Jangan layan. lagi pun orang melayu kelantan kaya dengan sifat kesabaran yang mana Allah dah janji .. dengan syurga.  Sayangnya  awak tak tahu .. setiap orang yang datang ke restoran tuan hamba .. mempunyai .. anak anak buah , pengikut setia dipanggil sebagai pelajar-pelajar dari dunia politeknik, universiti universiti yang mana jika dilayan dengan baik .. ratusan dan mungkin  ribuan .. pelajar pelajar saya pada masa hadapan akan mencari restoran sate malaysia Kampung Baung siang dan malam sepanjang masa.  Sayang.  Restoran melayu tak pandai menjaga hati pelanggan berbangsa melayu juga.

Fikir-fikir punya fikir -  payah tak setuju dgn rumusan rakan-rakan saya di London itu.

Hiduplah restoran sate melayu dgn sikap sebegini.  (rujuk di atas). Terima Kasih.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment