Saya berkemas-kemas untuk ke Kelantan

Posted by sazali

Salam

Insyalllah saya berada di Kelantan pada minggu hadapan sempena Lawatan Industri II.

2) Harapan saya biarlah pelajar-pelajar Kelantan ini dapat membangunkan sistem IS / network yang boleh digunakan oleh firma/ organisasi tempat mereka berlatih / praktikal sejak 6 bulan yang lalu.

3)  Dulu di Kuantan/ Pekan , dan di Melaka, ada sistem pelajar yang tidak dapat dibangunkan.  Saya beri gred 'fail' sahaja dan mereka mengulang L.I di tempat lain ..  ini bermakna mereka konvo setahun lewat dari rakan seangkatan mereka. Rugilah?

Memang saya kejam tetapi begitulah dunia I.T.    Jika sistem tidak beres , tidak ada upahnya dan mungkin mereka dipecat oleh pihak majikan. I.T kerana majikan seperti Petronas memerlukan pekerja yang tinggi tahap kompetensinya kerana majikan mempunyai alternatif yang banyak untuk rekruit staf dari seluruh dunia.  Pekerja I.T dari India boleh diambil bekerja dengan kos yang 'relatifnya' rendah sedikit dari pekerja tempatan.  Walaupun begitu, pekerja india ini terkenal dgn tahap kompetensinya nya unggul.

Selamat berjumpa dengan saya .. anak tempatan Kelantan.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment