Kalau nak ikutkan hati malasnya

Posted by sazali

Salam.

Entah kenapa saya terasa tersangatlah penat hari ini.  Nak kata kerja banyak tidak juga.  nak kata tak kerja , rasa rasa saya kerja jugak .. mengambil repot LI pelajar saya , membaca, memberi komen itu dan ini dan seterusnya melihat persembahan projek LI pelajar tersebut.  Tetapi .. terasa tersangatlah penat.  Kuatkah aku bekerja ini?  Adakah sekuat Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mentadbir negara bertuah ini?  tak mungkin ..tak logik ini.

2)  Saya mengambil keputusan tidak mahu ke mana-mana pun ..tetapi ..hati masih menunggu dan mengharap 3 orang pelajar LI akan menghantarkan laporan LI mereka selama 4 bulan di PKINK, Kota Bharu ini.  Ingat nak baca laporan ini pada  malam ini juga sebelum mengadap mereka dgn projek IT mereka masing-masing.  Memang betul aku gila membaca.  Aku dibayar gaji oleh kerajaan BN ini untuk membaca repot pelajar pelajar ku.  Bukankah bagus membaca dalam hotel - ada air cond tau?

Tiba-tiba terdengar kuat azan isha'  dari surau di sebelah hotel Suria Inn ini.  Pergi atau tak pergi ini..  malaslah nak pakai baju smart smart untuk keluar dari hotel 3 bintang , berkain pelikat dan berselipar jepun untuk menghadhirkan diri menunaikan sembahyang isha' berjamaah.

Tetapi Tuhan maha Pengasih.  Allah buat aku .. senang sahaja bingkas dari katil empuk hotel dan terus menyauk selipar dan terus bergegas ke surau ..

Sampai di sana.. ingat nak sembhyang fardhu berjamaah sahaja.. tetapi . selepas azan ..rupa rupanya kuliah maghrib disambungkan lagi.  Maka nak tak nak.. saya terpaksa adushhh  ..  tadah telingaku yang sudah tua ini.  Tahu tuan hamba .. apa yang aku dengar dari Ustaz Abdullah yang mulia ini dengan kitab serba tua nya (warna kuning pekat dan hampir tercabut-cabut itu)?

Aku dapat satu ilmu.  Ianya senang sahaja..  jika kita membuat satu dosa besar , cepat cepat lah bertaubat .. buat lagi maksiat, buat lagi taubat ..dan seterusnya...  bila bertaubat itu .. katakan di dalam hati kita masing-masing .... mengapalah aku ini degil sangat Ya Allah .. asyik mahu bermaksiat dgn kau sahaja.. bertaubat lagi dan bertaubat lagi ..

tahu tak?

Allah tersangatlah sayang kepada hambanya yang sentiasa membuat taubat .. sepanjang masa.  Jika hatinya ..ikhlas meminta ampun dan kesal atas kesalahaan nya sepanjang masa itu .. Allah akan ampunkan dosa nya walaupun sebanyak bueh dari tujuh lautan besar di dunia ini /  dan jika dosa kita sebanyak pasir di pantai lautan lautan dunia ini Allah masih mampu mengampunkan kita.  No big matter?

Bila ku dengar kata kata ustaz Abdullah itu ..  aku rasa memang Allah Taala memang sayang kepada ku ini.  Dia tahu aku penat hari ini..   dia tahu aku malas macam orang lain juga.. maklumlah musim hujan lebat dan angin kuat bertiup kiri kanan atas bawah ..hampir melayang-layang tubuh aku dibuatnya.. tetapi Allah tahu .. isi hati ku.  Aku mahu hidup dan mati semata mata untuk NYA YA Allah.  Sudah ramai kawan-kawan istemewaku telah dijemput oleh Allah pulang ke pangkuannya buat selama-lamanya.  Aku insaf hari demi hari.  satu hari .. giliran aku pula.  Bila tu ?

Setelah berjamaah aku pulang ke hotel , ke pangkuan anak isteri di hotel .. rasa macam  'malu nya' ..bersih seperti seorang bayi  yang baru berusia 0 hari jer.  Ringan sahaja tubuh ku ini.  Hilang semua penat lelah badan ini... sampai sahaja ..ke hotel .. aku beri salam yang kuat .. aku rasa tikus terbesar yang bersembunyii jauh jauh diceruk lubang hotel 3 bintang ini sudah tentu terkejut beruk dengar suaraku memberi salam kat isteri aku.  Ha..ha..  mengapa aku beri salam sedemikian rupa ? Kerana aku merasa Allah mash sayang kepada aku ini.  Terima kasih tuhan ku .... kau masih memberi aku peluang mendengar sesuatu yang terbagus untuk hari ini dari Ustaz Abdullah melalui kitab kuning tua yg hampir hampir terlerai setiap  muka suratnya . Rupa-rupanya dari keadaan kitab itu ..masih ada mutiara untuk di berinya aku mendengar sesuatu .. malam ini.   Terima kasih Ya Allah.

Itu sahaja ..yang aku ingin berkongsi dengan tuan/puan hamba.  Jangan miss .. buat baik .. semasa hayat dikandung badan.  Kita kena paksa ..berbuat baik ..pertama ..  dirikanlah sembahyangberjamaah/  dengarlah sikit apa yang ustaz/ tok guru yang mengajar di surau itu.  Di masjid tua itu.  Tak rugi.  Dengan cara ini .. motivasi kita berubah dari malas nak mampus kepada sesuatu yang tak boleh digambarkan secara bersurat dan bertulis ini.  O Allah ampun kan dosa semua pembaca tulisan ku kali ini.  Berikan mereka peluang beramal dan membuat taubat secepat mungkin sebelum malaikat maut merangut nyawa mereka secara tiba-tiba pada bila bila masa.

Ameen.

Wallahu aklam.  

0 comments:

Post a Comment