A simple reflection post haji

Posted by sazali

Salam


Selepas menunaikan ibadat haji

Tidak semua umat islam berpeluang menunaikan ibadat haji.  Hanya mereka yang mampu sahaja (status kewangan , kesihatan, kelapangan masa i.e., cuti dari majikan) ditambah pula dengan izin Allah maka dapatlah si anu bin si anu menunaikan ibadat haji di Mekah mukarammah.

Ada orang terpaksa bersusah payah menyimpan wang sepanjang hidupnya semata-mata untuk bergelar haji/ hajjah.  Disebabkan kepayahan tersebut , eloklah kita bincangkan di sini apakah amalan yang patut kita lakukan agar kita menjadi contoh teladan pada diri sendiri terutamanya, anak anak cucu cicit kita dan ahli masyarakat yang berhampiran.

1.       Elakkanlah dari menghabiskan masa terlalu lama di kedai kopi kerana di sinilah bermulanya hasad dengki , fitnah memfitnah dan memanjangkan cerita/ mereka ciptakan cerita ceriti.  Dari cerita inilah bermulanya pergaduhan dan pertumpahan darah
2.       Elakkan dari dari penyokong tegar pasukan bola sepak luar negara yang mana jersi mereka adalah berjenama arak Carlsberg dan lain-lain lagi.  Jangan kita melompat kera@beruk macam anak-anak muda yang tersasar jauh dari ikhsan dan hidayah Allah semata-mata pasukan kita menyumbat gol kemenangan 1 – 0 setelah bertarung selama 3 hari 3 malam ( home dan away games).  Jika tidak, ramai orang kafir mengatakan ‘…naik haji atau tidak naik / pok lleh serupo sahaja..tidak ada perubahan apa apa..’.  Malunya umat islam yang lain.
3.       Amalkan suka ke masjid mendengar ceramah agama untuk bekalan mati
4.       Amalkan menggaji Al Quran.  Biarkan bacaan kita lebih baik dari orang yang tak pernah naik haji/ umrah.  Kalau tidak ada kesempatan untuk belajar sebelum naik haji, jom daftarlah segera ke sekolah Al Quran berdekatan. Mulakan dengan bacaan Alif bat ta .. dan makraj yang lebih baik.
5.       Bayar hutang dan jangan lagi berhutang.  Elakkan dari mempunyai azam untuk membina rumah lain dan lain di mana selalunya pembinaan rumah ini memerlukan perbelanjaan yang besar.  Kalau membeli rumah baru baru pun , harga rumah ialah sekitar RM200,000 ke atas. Dipendekkan cerita, pak haji berhutang lagi dengan pihak bank.  Riba adalah haram sekeras-kerasnya (Al Quraan).  Dan orang yang makan riba lebih teruk dari orang yang berzina dengan ibunya sendiri sebanyak 30 kali (hadith).  Riba?  Hutang RM100 kita bayar balik kepada bank RM250.  Riba ialah RM250 – RM100 =  RM150/  setiap sen adalah haram!
6.       Belajar membaca majalah yang pro Islam / pro amalan agama islam.  Contoh majalah ialah Iman, Solusi, Muslimah dan lain-lain.  Tak payah bacalah majalah RODA (ini untuk anak anak muda gilakan motosikal yang berkuasa besar).  Kalau pak haji naik , sudah tentu melayang kopiah haji dari mekah itu.  He..he..  Awas kain pelekat pak haji itu!
7.       Banyakkan solat sunnat seperti Isra’ , dhuha, awabim, tahajud dan witir.  Tak tahu?  Tolong belajarlah pak hajiiiii.  Simple tu.
8.       Belajar buat doa panjang-panjang sekitar 30 minit, 1 jam, 2 jam dan sehari suntuk.  Yang paling bagus belajar berdoa dengan linangan air mata .. menyesal kesalahan yang lalu semasa kita muda-muda dahulu.  Menangis dalam doa waktu tahajud pada jam 300 pagi di kala mak hajjah sedang tidur nyenyak dengan gelaran baru hajjahnya itu.  Contoh kesalahan dulu-kala -  buat lari anak dara orang, mengusik janda 30 tahun umurnya yang merupakan jiran tetangga disebelah.  Hutang carpet orang Pakistan tak bayar bayar sampai ke sudah.  Berita terakhir .. penjual carpet mati terbunuh di Pakistan.  How?  Hutang dia , pak haji tak settle settlekan lagi.  Hutang penjual ikan dari Kemboja pun pak haji tak bayar habis-habis.  Mampus kita?
9.       Belajar keluar dakwah tabligh 3 hari, seminggu, sebulan, 40 hari, 4 bulan dan sepanjang hidup.  Boleh?  Dengan keluar dakwah, kita bentuk fikir agama kita.  Kita betulkan muamalat kita.  Insyallah.  Kita belajar berdakwah dekat dekat dan Negara jauh. Belajar sampaikan satu ayat kepada orang lain.  Belajar kita.
10.   Belajar pasang lagu nasyid budak budak sekolah 7 tahun – 15 tahun. Tak payah pasang lagu Hindustan itu lagi.  Bukannya pak haji fahampun bahasa hisdustani itu.  Lagipun, Rajesh Khanna dah lama mati ..pak haji..sepeninggalan pak haji ke tanah suci itu.
11.   Jadi orang pertama ke masjid/ surau/ madrasah/ musoollla bila terdengar seruan azan.  Ingat sembahyang berjamaah 27 kali ganda dari sembahyang seorang diri di tepi katil kita itu yang sudah banyak kehilangan skrew kerana ..  katil sudah tua …
12.   Belajar berzikir lama lama.  Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar.  Astagh firulllah, Salawat kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.  Kalau anak muda yang sudah keluar dakwah tabligh 1 minggu biasa dengan menyebut nama Allah 1000 kali pagi dan petang,  bila pak haji dah pulang dari Mekah ..dengan perbelanjaan RM15,000 se orang , elok sangatlah ..sebut nama Allah itu 100,000 kali pagi dan petang.  Pesan kat mak haji kita itu etek deh?  Bo lah bermain facebook nyor tok haji wehhhh/.  Facebook sesuai untuk budak budak university/politeknik tau?  Senang antar attachment assignment depa .. /  maaf pak haji.
13.   Simpan duit.  Hantar orang lain .. nak gi mekah jugok tetapi tak mampu mampu juga.  Kita tak payah pergi lagi.  Duit itu lebih afdal jika haji orang miskin/ yang kita taja diistiharkan haji Mabrul oleh Allah Taala.

Senang tak 13 point di atas?

Itulah nikmat naik haji dan bergelar haji di hadapan nama kita masing-masing seperti Haji Bidin, Hajjah Kioooooh he..he.. .
Sekian.  Masa mencemburui saya.  Solat subuh di masjid!  Saya tulis untuk keinsafan diri sendiri juga.
Wallahu aklam  .  Nukilan:  Haji Sazali bin Haji Khalid  Tanggal:  Nov 1 2012 Jam 500 pagi
Rujukan:
Sudut Pedoman.  “Tinggalkan kebiasaan buruk selepas bergelar haji”.  Harakah.  Okt 2012
Buku Pedoman Haji.  versi 1995.  Kuala Lumpur:  Tabung Haji Malaysia.

Tok Kenali Kelantan 1868 - 1933

Posted by sazali

Sala


Nama Tok Kenali tersohor sepanjang zaman sebagai seorang pendekar islam dari negeri Kelantan Che Siti Wan Kembang  yang telah terkorban semasa melawan musuh yang menyerang/ menakluki tanah melayu sekitar tahun 1890an.  Allahyarham adalah sebarisan dengan pendekar melayu -  Dato' Bahaman dan Dato' Mat Kilau (Pahang) yang menentang kerajaan British.  Berikut adalah kata kata hikmatnya sebagai satu pedoman bagi kita semua. Insyallah.   Di dalam terletak azimat berlatarkan agama, kesopanan adat melayu jati, keberanian, contoh teladan dan fikir beliau demi menegakkan keadilan di tanah melayu kita yang tercinta.

1-Orang yang beradat Berjaya dalam kehidupan,
2-Tiada sombong pada kelakuannya,
3-Ke majlis dialah jemputan
4-Ke penghadapan ( ta’kala peperangan) dialah panggilan
5-Di pelayaran (medan perang)  dialah keterangan
6-Nombor bilik rumah perhentian dialah bilangan
7-Bersahabat sahabat dialah pengenalan
8-Ke jalan Allah dialah teman.

Translation:
1 – those who practice good manners and ettiques , they are going to be successful in lives
2 -  he is not proud OR being selfish out of himself ( his simple out going caught others’ attention)
3-  he is always invited as an honourable guest
4 -  if one were to seek any advise (strategy to attack/ defense), he is constantly being consulted
5 -  during travel  at sea/ at war , he acted as the navigator  (the guiding star)
6 -  when he camped anywhere I,e., in the thick jungle , his address(where about) is oftenly taken down seriously by others
7 -  with friends, he did not need any more introducing
8 – in the path of Allah (jihad fisabilillah) , he can be taken as the truthful  friend

Translated:   Sazali Khalid  Ph.D  (   1 Nov 2012 )
Certificate of Qualified Translator (  Institut Terjemahan Negara IPNB Wangsa Maju 2008).

Tahu sedikit buat sedikit

Posted by sazali

Salam

Saya rasa ramai antara kita mempunyai pengetahuan mengenai agama islam setakat PMR/ SPM / MCE sahaja.  Kalau ada yang lebih , kita memperolehinya dari majlis ilmu tazkirah, taklim wa taklum di masjid dan di surau-surau berdekatan secara tidak formal. Ini adalah kerana kita tidak memberi sepenuh masa mempelajari ilmu agama ini sepanjang hayat kita.  KIta telah banyak memberi masa untuk mempelajari ilmu sijil politeknik / diploma politeknik / ijazah kejuruteraan / sarjana/ Ph.D dalam ilmu ilmu selain dari ilmu agama.

Oleh yang demikian tidak salah jika saya katakan .. majoriti kita mempunyai ilmu agama pada tahap yang  paling asas sahaja.  Walubagaimanapun Allah Taala ..tidak melihat berapa banyak ilmu agama yg kita ada ..tetapi Allah Taala melihat setakat mana ilmu agama yg telah kita amalkan dalam kehidupan kita seharian selari dengan ilmu agama yg ada di dalam dada kita masing-masing.  Ini semuanya datang dari kurniaan  iman dan taufik hidayah AllahYang Maha Esa.

Salah satu ilmu agama yg saya tahu ialah ..

(i)  jangan ambil hak orang walaupun sedikit tanpa izinnya terlebih dahulu.

mengikut satu hadith ..  jika kita mengambil hak tanah orang lain walaupun sejengkal jari sekali pun ,..  tanah sebanyak itu ..akan dikalung dileher kita di akhirat kelak.  Dan tanah itu datang bersama-sama nya .. api neraka yang 70 kali ganda tahap kepanasannya dari tahap kepanasan api di dunia ini.

Sekarang ..  kita boleh lihat ramai dalam kalangan masyratakt kita tidak mengambil berat ..hak hak tanah kepunyaan orang lain terutama tanah jiran jiran tetangga kita.

Walaupun ..kita lihat .. ramai anatara kita suka mendengar ceramah agama ..siang dan malam terutama pada bulan ramadhan ..  dan khutbah jumaat dari mimbar masjid terulung di seluruh pelusok dunia .. ilmu itu setakat di telingga sahaja. masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Tidak ..membawa apa apa kesan ...  perubahan dalam diri kita seharian sejurus selepas kita keluar dari majlis ilmu  agama.  Astagh firullah.

KIta tahu macam macam .. tetapi ..kita tidak ambik berat .. tentang ..  pencerobohan yg telah kita lakukan secara sedar / tidak sedar .. hak jiran/ hak anak jiran setelah ayahnya meninggal dunia ./ hak cucu cucit jiran yg telah lama atuk dan nenek mereka mati ( meninggal dunia) .  Yang kita gilakan sangat ialah kita akan cuba seboleh--bolehnya .. membolot sedikit demi sedikit kesemua tanah orang lain .. yang penting .. kawasan tanah kita semakin besar dan terus membesar ..  Yang paling bagus ..biar jiran kita itu .. berambus jauh jauh dari kawasan tanah yg telah kita cerobohi .Begitu licik otak kita.

Itu lah tahap ilmu agama yang selama ini telah kita perolehi dan hayati dari kitab agama berwarna kuning (uzur) atau pun baru..

ilmu agama tahu , ilmu  tahu tetapi amalan suku suku
hatta  amalan menceroboh tanah jiran tetap kuat kita lakukan tanpa kita mengambil berat balasan api neraka   diakhirat yang terkandung dalam hadith di atas.

2)  Sekarang di Kelantan/ Terengganu, pembahagian tanah dijalankan oleh pejabat tanah daerah masing masing.  Tetapi ..  geran tanah ..  walaupun terperinci bagaimana pun ..disebabkan kita mempunyai pengaruh yang kuat dengan barisan pegawai pegawai termasuk Pegawai Daerah  dan Penolongnya di Pejabat Tanah .. / polis/  Majlis Bandaran pun ..  maka pencerobohan tanah tetap berleluasa di Kelantan/ Terengganu ini.

Ini adalah negeri - negeri yg tersohor dalam Malaysia .. dalam aspek ilmu agama islam (ala kuno) / pembinaan pondok pondok ilmu agama rata dan riti/

tetapi bagi saya ..  setelah mengalami sendiri ..  dan dari cerita kawan kawan saya yang sudah lama mati hasil penindasan hak tanah pusaka dan lain-lain lagi ; izinkan saya rumuskan sebagai :

ilmu agama yg kita tahu .. adalah setakat telinga nipis kita sahaja.  Tidak lebih dari itu.

Kalau tuan puan pembaca budiman  percaya adanya ALLAH di dunia  ini , percaya adanya Surga dan NERAKA JAHANAM dan yakin seyakin-yakinnya (seghoti) adanya mati ke atas tubuh badan kita pada bila bila masa 

jangan lah kita sekali kali .. mencuri/ berniat mencuri / menipu/ mengelat/ mencerobohi / menaaluki /  masuk tanah orang lain/  merampas secara licin , terang-terangan

keculi kita benar benar tahu , tanah itu adalah tanah hak kita yang sebenar-benarnya.

JIka tuan tuan masih melakukan .. perbuatan ini ..  maka tengoklah..pada satu hari nanti ..jiran jiran tuan hamba yg tertipu akan menuntut semua kebaikan anda yang telah anda lakukan di dunia ini termasuk beberapa kali naik haji/ terbang wat umrah / sedekah/ membina masjid/ rumah anak yatim.. wal hasil .. di akhirat sana .. tuan adalah orang yang sudah bankrupt .. muflis semuflisnya.  Semuaamalan baik telah dikreditkan ke dalam akaun jiran jiran tetangga tuan hamba itu.

JIka tuan insaf .. minta lah maaf dengan jiran anda sebelum terlewat.  MIntak ampun dengan Allah Taala.

(ii) hutang dengan cino , india, orang siam, orang kembojo, .. bayarlah cepat cepat.  Mereka pun umat nabi muhammad s.a.w. juga dan mereka adalah makhluk Allah Taala juga.

Aspek berhutang -hutang sekeliling pinggang merupakan hobi orang berniaga.  Setengah tengahnya lah.  Awas .. bila bernniaga kita ada berhutang sedikit sebanyak.  Sudahkah anda lunaskan hutang anda?  Bagaimana hutang dengan Majlis Perbandaran KOta BHaru.  Cukai tanah?  cukai pintu?  BUkankah itu hutang namanya?  Orang berhutang , wajib bayarlah.  Tak perlu ngaji ugama sampai tercabut biji mata ..  setakat nak berhutang dan terus membayar secepat mungkin.  Payah sangat kor ni?


Ilmu cetek saya mengajar saya ..  bahawa.. berwaspadalah ..
Doa orang yang dizalimi ..tidak ada hijab di sisi Allah Taala. Percayalah!
 kalau bapak ibunya tak jatuh gilo .. tengoklah anak anak , cucu cicit akan jatuh gilo ..  hasil dari doa ..orang yang pernah kita zalimi selama ini.

Sekian.  Wallahu aklam.  Maaf saya pinta jika terkasar bahasa.  Saya tok ngaji tinggi ba agama dari kitab berwarna kuning usang .. tulisan kecik tak nampok baris pun .. bahasa melayu rumi nya..  Adushai.. Orang tua saya kato .. kadang kadang orang baber seperti daging kubar (kerbau)..  elok kito kasar dgn nyor sekali sekalo ..baru dia bayar hutang kito itu.  Betul kor pesanan orang tua saya itu?