Salam
Orang melayu suka sangat kerja kerajaan. sejak zaman Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj. Mengapa?
Ada 5 sebab utama iaitu:
(i) gaji tetap. kerja atau tidak .. gaji tetap ada. Jika isteri seorang guru sekolah kerajaan... dapur mesti berasap punya. Maknanya .. adalah makanan atas meja. Oleh itu saham guru di kampung tersangat lah tinggi. Ramai orang lelaki normal memasang angan angan mengahwini mereka. Sekarang jika si wanita itu janda dan berstatus guru , dulu arwah suaminya ..penjawat awam juga ... minat orang lain nak masuk meminang pun .. cukuplah tinggi. Mengapa? dapat 2 pay cheque. Cikgu itu sendiri bertambah dgn pencen arwah suami nya pula. Selalunya .. dreber teksi plet dapat / berjaya menawan hati guru tersebut. Ajaib?
Settle bukan?
(ii) tak payah pecahkan kepala otak nak reka formula matematik, fizik itu dan ini.
Sektor kerajaan .. tak payah tunjuk kita terlampau pandai. Tak ada gunanya. Kerana .. kita pandai atau hebat sekali pun .. gaji kita tetap sama ..dgn penjawat awam yg suka mencuri tulang @ malas.
Sellalu jika kita beri idea dalam mesyuarat .. kita juga yg akan dilantik jadi pelaksana/ jurutera kpd ideas tersebut. Akhir bulan ..gaji jurutera ini sama jer dgn org lain yg selalu berdiam diri dalam mesyuarat.
Settle? sedap kerja kerajaan.
(iii) pinjaman rumah ada dalam kerajaan.
Kalau kita dah disahkan dalam sektor keraajjan ..kita boleh isi borang dan buatlah rumah / beli rumah di kampung halaman..
kita bayar ansur ansur. Kalau kita bayar RM800 sebulan .. selama 25 tahun .. saiz rumah sangatlah besar. Ini payah dapat kalau bekerja dgn sektor swasta seprti ST Muar. Tanyalah. mana ada?
(iv) dapat rawatan percuma di wad wad hospital kerajaan untuk ibu bapa
Nikmat mendapatkan servis doktor dan nurse untuk ibu ayah yg sakit .di hospital . merupakan satu lagi kebaikan/ bpnus bila bekerja dalam sektor kerajaan.
Tanyalah ..ibu ayah yg terlantar seminggu dua dalam hospital. Mengapa ini?
Minah cikgu sekolah menengahlah ini. Dapat ward klas pertama. Besar lubang hidung ibu ..jika ada waris warah dia bertanya khabar dio di ward spital Kubang Kerian, Kelantan itu. Seronok si sakit dalam konteks dalam layanan baik dari si doktor pakar dan nurse nurse serba muda .. he..he..
(v) cuti sabtu ahad .. semua ada gaji.
Kallau kita kerja kontrak .. bila bekerja adalah gaji tetapi
kalau tidak berkerja kerana sakit sorry..tak ada gaji.
Tetapi dalam sektor kerajaan ..
kita sihat atau sakit (pura pura sakit pun ok jugak kot).
semua ada gaji.
Jika ada kenduri dalam waktu kerja pun contoh 1200 - 230 ptg hari Jumaat (di Johor) pun..semua masa pergi kenduri .. kerajaan membayar gaji. He..he.. sedap cukuplah sedap. Sebab itu akhbar kata dari 0800 hingga 5 ptg .. waktu produktiv kerja penjawat awam adalah 4 jam jer/ simple matematik.
Untung bukan? mana ada dalam kerajaan .. di dunia ini yg menawarkan skim kerja sesedap 'raja' ini. Tak kerja pun ..ada gaji. Rugi besarlah org berbangsa malaysia tak mahu kerja kerajaan yg sebagus ini. Sokonglah kerajaan kita ini. Selamat Dunia dan akhirat.
Wallahu aklam. Fikir2lah wahai anak anak malaysia ku. Mahu join atau tidak?
Wallahu aklam.
Salam
Semua staf kerajaan bercita-cita untuk memegang pangkat yg lebih/palingg kanan sebelum mereka bersara. Tidak ada orang pun yg tidak mempunyai cita-cita sedemikian. Begitu juga sipenulis ini.
Esok .. saya dijemput untuk menghadhiri sesi temubual dgn orang besar universiti.
Diharapkan berjaya. Untuk itu , saya rancang malam ini untuk :
(i) menyusun bukti sebagai sokongan kes kenaikan pangkat ini
(ii) sembahyang hajat banyak banyak agar Allah Taala murahkan rezeki saya sedikit
(iii) hubungi bonda tersayang .. supaya mendoakan saya berjaya dan terus berjaya. Doa ibu tidak ada hijab di sisi Allah Taala dan
(iv) bertawakal kpd Allah Taala .. sebanyak-banyaknya
--------------------
Mengapa kita mahu pangkat tersebut?
Ada 2 sebab:
(i) sekarang penjawat awam bergelar guru siswazah lebih senang naik pangkat dari warga akademik universiti. Mereka pakai time based. Oleh itu peluang naik pangkat DG41 hingga DG54 adalah cerah sekali memandangkan majoriti mereka adalah staf di bahagian bawah piramid perjawatan kerajaan. Pihak kerajaan terpaksa melayan kerenah mereka .. sepanjang masa. Jika tidak , mereka tidak akan mengundi dan menyokong parti kerajaan. Lain pula dgn kami staf universiti di mana ramai kawan kawan saya pencen dgn DS45 sahaja walaupun mereka memasuki dunia universiti dengan sijil Masters. Kami tak seramai warga guru dalam piramid kerja staf kerajaan. Sokong atau tidak parti kerajaan .. tidak akan membawa kesan apa apa pun.
(ii) untuk maksud memotivasikan diri sendiri. Bila kita ada pangkat .. seronok sedikit nak bekerja .. rajin dan terus rajin sampai mati. Jika tidak kita akan merasakan 'demotivated/ lemah semangat'. Orang yg lemah semangat .. bahaya dalam mana mana organisasi. Cuba rujuk kepada mana mana buku 'motivasi kerja dalam organisasi kerajaan'.
Oleh itu .. jom doakan saya berjaya. JIka saya berjaya pun .. saya punya pendapatan tidak sebanyak .. orang orang bisnes tebang balak / politik pun.< ketawa>
Sekian. Maaf dari saya ..jika ada tersalah bahasa selama ini. He..he.. mana ada orang yg 100% sempurna kecuali saya mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri dalam gua Hira'.
Saya pasrah jer. Dapat bagus .tak dapat pun ..apa boleh buat. Tetapi saya akan mencuba habis habisan agar kawan kawan saya DG54 di kampung/ taman perumahan di kota bharu, kelantan .. tidak akan memandang rendah kpd saya semasa saya sudah bersara kelak maklumlah saya telah belajar ke peringkat yg lebih tinggi dari ijazah sarjana muda dan diploma pendidikan dibandingkan dengan mereka. Doakanlah. Ameen.
Wallah hu aklam.
Al Fatihah.
Salam
Terdapat satu perkataan melayu yg mana semua bangsa tak suka cakap dan dengar. Perkataan tersebut ialah tidak lain dan tidak bukan ialah '... bunuh' yg membawa kepada satu kematian/ kemusnahan.
Di sini saya turunkan 2 dari perkataan ini.
(i) bunuh pokok
Pokok rendang di tepi jalan utama membawa banyak bahaya dari segi .. dia akan tumbang bila bila masa. Oleh itu MPKB majlis bandaran kota bharu akan melakukan proses 'bunuh akar pokok ' tersebut. Cara? senang sahaja .. mereka cuahkan .. minyak silinder kereta, motorsikal ke dalam bumi berdekatan dgn pokok pokok besar begini. Lama kelamaan , pokok itu akan mati kerana akar akarnya sudah tak mampu .. menghisap , menyalur sumber air kepada batang pokok utama ini. Kita tahu pokok itu mati melalui ..timbunan daun daun pokok yg mulai gugur .. sedikit dan banyak ..hari demi hari ..
hingga pada satu masa .. pokok itu akan kelihatan sakit, kering kontang dan .. senang untuk ditebangkan secara gergaji mesin. Beres!
(2) bunuh diri.
Ada orang di Amerika dan Jepun .. membunuh diri mereka sendiri dgn cara .. menembak kepalanya dgn pistol , minum racun ala filem hindu hitam putih pada satu zaman dahulu kala di tanah air kita dan ada juga melalui .. pakai bom , pasang bom ala .. perempuan arab yahudi. Bila bom meletup ..semua organ manusia tidak boleh dikesankan lagi.
Mengapa mereka membunuh diri? ada 5 sebab ..
2.1 frust cinta kerana simati ingat hero itu sahajalah lelaki idamannya dalam dunia fana ini untuk hidup semati dari sekarang sampailah ke titik datangnya kiamat
2.2 malu besar - ini selalu dilakukan orang orang jepun yg mempunyai pangkat yg terlampau tinggi. Satu segi kita respect dia ni .. kerana malu menerima rasuah . ..mereka membunuh diri dengan cara pedang samurai .. Hebat dari kaca mata org jepun denuh lah.
Kat negara kita .. siapa siapa yg didapati menipu .. zalim ...rasuah .. tidak berani berbuat sedemikian mcm jepun ..kerana .. mereka percaya .. azab allah di neraka lagi dassyat tak terkata.
2.3 hilang sudah kenikmatan hidup bila semua saudara mara telah dibunuh oleh pihak musuh
Di negara arab sana, bila semua keluarga sudah tiada lagi di bumi ini .. maka si gadis memikirkan .. buat apa hidup panjang lg. Jom ..bunuh diri ..lg senang. Sebab itu ..kita selalu mendengar dari TV .. seorang gadis arab mengembom diri sendiri dalam truk penuh dgn askar askar musuh bangsanya.
Settle?
2.4 heronya bunuh diri ..maka dia pun join sekalilah.
ini berlaku di india sana/ cara? minum racun rumput dan lalang lalang .. hingga mata mereka berpinar pinar ..berwarna hijau bercampur merah. Tamatlah kesah mereka berdua.
2.5 bankrup ..hutang bank dan Ah long terlampau banyak
Bila bisnes rugi dan jatuh merundum .. hutang syarikat terlampau banyak .. maka cara terbaik untuk bisnesman cina, taiwan, hong kong .. ialah bunuh diri dgn cara memakan satu pil 'xyz'.
------------
cerita di atas terjadi kerana mereka fikir tidak ada balasan di dunia akhirat sana.
mereka nampak dan percaya ..kehidupan hanya ada ..di dunia ini sahaja.
Orang islam haram membunuh diri. Kerana .. tak leh masuk syurga Allah ..yg kekal abadi.
tetapi ada sesetengah org itu ..sanggup bunuh anak kandungannya yg cacat ... yg masih berusia 1 - 3 bulan - kerana .. mereka percaya .. tuhan tak mampu memberi makanan/ rezeki untuk anak anak nya yg bakal lahir. Oleh sebab itu ,, mereka dikategorikan sebagai org yg tersangatlah zalim/ awas .. kalau anda tak bertaubat nasuha ..penatlah esok di padang masyar kelak. Awas!
AStahg firullah hal azeem.
Sekian.
Eloklah .. dengar sedikit sebanyak ajaran islam di surau , masjid itu. Insya allah selamat.
sekian.
wallahu aklam