Manusia sentiasa berubah

Posted by sazali

Salam

Manusia adalah makhluk terbaik yg diciptakan oleh Allah.  Kemuliaan kita bergantung kepada agama dan akhlak mulia yg kita amalkan sepanjang masa.

Tetapi dari pemerhatian saya selama 50 -60 tahun ini , saya perhatikan ramai antara kita berubah dari segi:

(i)  buah fikiran
Contoh:  dulu suka stail pentadbiran ala jepun ,, tetapi sekarang kita ikut stail barat pula.Jam 08 00 hingga 0500 ptg tetapi produktiviti kita dikira hanya setakat 4 jam sahaja.  Mengapa?  adakah makanan dan minuman di kantin sekolah/ opis tak sesedap kedai mamak itu?

(ii)  penghayatan , amalan agama

Dulu semasa sekolah asrama penuh, senang jer kita sahut seruan azan.  Tetapi sekarang, walaupun kita ada macam macam kemudahan .. payah kita nak bergerak ke masjid berdekatan dengan rumah kita.  Mengapa yer?  Adakah kita sakit?

(iii) pegangan kpd amalan harian  agama

Dulu, hati kita senang .. selesa membaca Al Quran, 40 hadiths terpilih, dan mendengar program agama ..  lagu nashid selalu di bibir kita .. tetapi sekarang ..hati dan telinga kita tak senang lagi mendengar ceramah Ustaz itu dan ini.  Mengapa yer?  tak ada masa yer?  bukankah masa itu pemberian Allah kpd kita yg masih hidup dan berlegar legar ke sana ke mari ..

Adakah kita fikr bahawa .. isi kandungan kitab (agama) itu sudah ketinggalan zaman kerana adanya facebook dan  iPAD samsung, apple?  payah nak jawab bukan?  o yes .. Steve Jobs dah mati tau?

(iv) ..dan lain lain.

Contoh lain-lain adalah seperti ..dulu kita sokong pasukan berjersi merah macam biji saga.  Sekarang kita menyokong siang dan malam pasukan berjersi kuning.  Kenapa yer?

-------------------
Sebab sebab ini mungkin ada kebenarannya:

1)  kesan kita mempunyai pendidikan tinggi.

Dulu otak kita hanya bertumpu kpd satu sumber ilmu.  Hanya ustaz ABC idola kita di kala kita berumur 17 tahun di MRSM.  tetapi sekarang setelah berkarier 10- 30 tahun lama nya .. hati kita condong ke tempat lain seperti melancung ke sana sini membawa anak anak isteri ke Bandung, Indonesia dan Hanoi, Vietnam dan lain lain tempat.

2)  kesan berumah tangga

Mungkin  isteri kita dari kasta Brahmin .. orag orang atasan .. sudah tentu kita mesti pandai menyesuaikan diri.  Oleh itu, semua benda nampak mahal jer.  Tak makan dah ..  jemput ikan bilis dan bawang bercicahkan Yeo's maggi sos.

Sekarang waktu petang kita selesa sekali bersama-sama dengan orang lain .. minum kopi di coffee house , Hotel 4 - 5 bintang.  Why?  pengaruh pangkat dan darjat.

Waktu ramadhan .. semua ahli keluarga kita kerah ..ke masjid untuk menunaikan sembahyang terawih , witir dan tasbeeh .. tetapi bila musim ramadhan dah tamat ..  kenapa kita tak kekalkan momentum pada musim ramadhan itu?  adakah kita beramal ikut musim/ mood sahaja?  musim menuai padi .. ramai kita buat kenduri khawin .. tetapi bila musim padi sudah berlalu .. hati kita turut tawar .. iman kita lemah, nak kuiskan kain selimut 20 gram pun tak larat lagi bila telinga mendengar seruan azan subuh di masjid berdekatan .. walapun siang tadi kita mampu membanting tulang ..  memukul batang padi .. hairan bukan?   begitulah kita la ni.  Bukan setakat kaum lelaki .. kaum hawa pun ..begitu juga.  Aghhhh . astagh firullah hal azeem.  Ampunkan kami wahai Robbb.

3)  waktu muda semua indah ...  waktu baru khawin .. semua indah .. tetapi
bila dah ada cucu ...  cara kita melayan suami isteri pun sudah berubah.

betul tak?


4)  kesan kelemahan iman sejati

Orang orang dakwah berkata .. kita mula berubah dari bagus kepada tahap sederhana kerana kita punya iman sudah mula sakit dan terus sakit.  Kita tak tahu ..kita mengalami kesakitan dlm tahap keimanan sejati kpd nikmat dari kurniaan Allah rrobbal alameen.

Semua benda yg di atas .. berpunca dari kelemahan iman.

Kalau kita sakit ..telinga kerana ada benda masuk kedalam terowong telinga ....kita cepat cepat berjumpa dgn doktor telinga takut takut kita mati ala Firaun lak natullah..
.
kalau kita sakit gigi .. sibuk kita nak berjumpa dgn dentist dengan pliers dan jarumnya yg halus dan tersangat lah halus.

kalau anak tak ada selera makan ..semua org sibuk .. cari ubat .. supaya seleranya kembali pulih seperti biasa  ..

tetapi sebenarnya .. ramai antara kita tak tahu ..kita sebenarnya sakit "iman" di sisi Allah.

Bila iman sakit .. kita akan perlekehkan banyak benda ..

seperti .. org org sembahyang kat masjid .. membazir masa ..waktu pejabat
orang baca Quraan .. dari kitab kuning uzur dan terlampau uzur .. kita kata ..  kau faham ker ..apa kau baca itu?

Oleh itu ..soalan saya ... kemana kita mahu pergi untuk ubati penyakit kelemahan iman kita yg sejati ini?

Ke mana yer?

salah satu alternatif - Org org dakwah tabligh mengajak .. kita mesti kurbankan masa , duit dan tenaga ..keluar jauh-jauh untuk memulihkan keimanan kita itu.  Ayuh kita bersegera ..sebelum terlambat.

Sekian.

Wallah hu aklam.

Ikan pulang ke lubuk

Posted by sazali

Salam

Alhamdulilah .. saya sudah pulang ke tempat bertugas.  hari itu saya di UNITEN.. ada meeting dgn org org  Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM .. politeknik.  Seronok dapat berjumpa lagi dgn rakan rakan lama dari Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuala Terengganu, Poli Dungun dan .. dapat berkenalan dgn lecturers maths yg muda muda .. dari banyak politeknik seluruh negara.   Rasa muda sekali lagi lah .  ikan pulang ke lubuk , katakan ....  He..he..  tiga politeknik premier akan menjalan kursus ijazah teknologi kejuruteraan lah .. insya allah Sept 2013.

2)  Esok , saya plan nak mengajar statistik di tempat universiti saya ini tetapi .. banyak benda kalkulus yg akan dipersembahkan kerana probability density function p.d.f  melibatkan integration.

Kena banyak bersabar kerana .. students saya bukan macam students Cambridge dan Harvard.  He..he..
why?  mereka bukan berkulit putih, mata biru dan rambut bukan blond.  He..he..
tetapi sebagai guru ..kita kena menerima pelajar-pelajar ini se ada-adanya kerana tanpa mereka ..

sudah tentu kami tidak akan berada di tempat ini.  Betul tak?
he..he..


3)  Dari titik ini ..  kita bersama sama memberi ilmu dan berbincang pasal ilmu semuga .. rakyat Malaysia, Yaman, Pakistan, India, Indonesia , Nigeria ..dapat terus maju kehadapan setanding dgn negara negara lain di bawah naungan rahmat Allah Taala.

Ilmu ini .. walau banyak mana pun .. tidak leh lawan ilmu Allah .. walaupun tempat saya sudah ada 200 orang yg memegang skrol Ph.D sekali pun.

Lagi pun ..ilmu yg kita ada ..tidak akan bertahan lama ..terutama ilmu I.T.  Sekarang Java terlalu famous ..tetapi lambat laun ..  software itu akan diganti dgn benda baru yg lebih hebat.  So org org yg cari makan dengan cara  'Java' la ni  .. pada satu masa nanti .. dia akan kehilangan ..  bisanya. Sebab itu .. kerajaan memberi option 'pencen'.  Boleh berehat di rumah, dlm kebun sawit , atau ..naik bukit turun bukit ..  semata mata nak buat muhasabah diri sebelum berjumpa tuhan robbal alameeen.

Betullah org alim kata .. ilmu dan dunia ini adalah sementara.  Dulu saya ada guru BM yg cantik .. tetapi selepas 40 tahun ..  bila saya terjumpa dia ...  saya rasa .. kecantikan dia sudah pun berlalu ditelan masa.  Bayangkan bila umur dah 65 - 75 tahun .. mana ada 'lawa' lg bukan?  betullah .. Yg kekal hanya .. Allah Taala sahaja.

Sekian.

Bila ada guru kita belajar dgn tekun dan bersungguh-sungguh kerana .. ilmu itu penyuluh kehidupan kita semua.  Bersyukur kita ada guru dan kita ada pelajar-pelajar seluruh dunia.  Alhamdulilah.  Be grateful with what u have.  I am an old teacher .. as compared to those who just join the teaching profession yesterday.  'old' is relative to whom u r comparing to.  If u r 50 years old and you compare with someone ..  90 years old ..  then mathematically u r so much younger / fitter/ smarter ... betul ke ini?  (laugh)

Waallah hu aklam.

Kena hujan lagi

Posted by sazali

Salam

Tuhan maha berkuasa.  Dia boleh buat apa saja dia mahu.  Sekejap ALLAH kurniakan kita dgn hari panas yg terik dan sekejap lagi ..tiba tiba ..kita kena hujan yg lebat.  Ini semua kuasa Allah.

Makhluk tidak ada kuasa apa apa pun..  Allah lah yg maha berkuasa. Kalau dia nok we kito hujan sepanjang tahun pun dia mampu dan jika dia nok we kito hari panas terik macam di Padang Sahara , Afrika pun dia mampu buatkan.  Bila bila masa sahaja.

Ini adalah ilmu yakin/ beriman kpd kekuasaan Allah(mesejyg semua rasul Allah diturunkan ke bumi)  .. kita mesti yakin bahawa Allah Maha Berkuasa . Makhluk tidak ada kuasa apa apa pun.

Pernah tak .. anda saksikan ..ada org siap siaga nak kahwin.  .. berbulan bulan lama nya mereka bersiap sedia untuk majlis khawin anak kesayangannya.  Banyak wang dan masa telah dihabiskan ..  alih alih ..  tak jadi majlis tersebut.  Mengapa?

(i)  hati mempelai berubah .. dulu ada feeling kpd pompuan itu .. sekarang tak ada feeling apa apa lagi termasuk dengar jer kampung dia/  dia rasa menyampah///  so majlis cancelled tiba tiba.  Hero bertukar yg lain.  Sekelip mata jer.  sekejap ada feelings , sekejap tak ada feelings apa apa pun.

(ii)  tempat kahwin tiba-tiba musnah .. ditelan bumi seperti di Padang, Sumatra satu masa dahulu itu.  See siapa berkuasa di sini? manusia atau tuhan robul alamin?  Akhirnya .. kedua dua .. bakal pengantin mampu telan air liur sahaja .. why?  majlis mereka musnah , hancur segala galanya.  TUhan menghantarkan malaikat khas untuk menghancurkan kawasan kampung tersebut termasuk khemah khemah berwarna biru dan hijau itu.  So next time lah .. kita atur majlis mu itu.  Bersabar.  Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman.

Kita kena yakin bahawa .. makhluk manusia hanya mampu merancang nak itu dan ini .. tetapi kata putus adalah dari Allah Taala yg mengawal semua benda siang dan malam dari negara kutub utara hinggalah ke kawasan artatika selatan nuh.  Semua ALLAH control.  Kun fa yakun DIA KATO JADI, JADILAHHH.. any time 25/8.

Jika kita tahu itu .. kita kena sandarkan semua kerja kita dgn ucapan INSYALLAH ..   (jika diizinkan Allah).  Banyakkan berdoa agar ..rancangan kita menjadi.  Ada org itu .. bertunang sejak Tahun 1 politeknik lagi .. after 5 , 6 years on the road dari kota bharu hingga parit rajo , johor .. dekat dekat nak khawin..  majlis cancelled.  Why? budak pompuan itu .. bertukar angin .. .. gilo kat budak yaman pulok doh.  Aduhai..  hati manusia ini .. semua tuhan kawal .. luaran dan dalam-dalaman.  Berdoalah agar .. kita tak berubah hati kerana org pompuan semakin lawa dan terus melawa.  Banyak pesaingan kita?

Sekian.

Wallahu aklam.