Salam
Hari ini memanda menteri menyebut mengenai mind set. Tukar mind set. Tukar kerangka fikir tuan hamba.
Kalau di kampung, tok imam sebut tukar cara berfikir kita.
2) jom kita fokus kepada apa yg memanda menteri sebutkan.
Ada 2 3 benda yg dia maksudkan..
Pertama, konsep rakyat mengharapkan bantuan sepenuhnya dari kerajaan bila berlakunya bencana alam seperti banjir.
Kedua, cara kita bekerja. Asyik mesyuarat sahaja ...kakitangan kerajaan kita ni. Nak mesyuarat kena pergi jauh jauh meninggalkan opis, organisasi dan negara. Bnyk wang digunakan. Sekarang dah ada skype. Kenapa tak gunakan?
Ketiga, rakyat memandang tinggi mana mana menteri di parlimen. Di sebabkan darjat parlimen, memanda menteri kenalah memilih org yg layak berada di situ. Kalau si fulan alim dlm i.c.t, eloklah lantik dia sebagai menteri telekomunikasi.
Rakyat tak nak sangat, si fulan itu belajar bidang agama ..tetapi memanda punya pandai ..melantiknya menteri sukan air dan tarian rtyhme dlm kolam renang. Kasihan kat ustaz itu. Nanti bila berbahas asyik ketegahkan pasal aurat atlit sukan acara air pula.
Inilah mind set.
Tak payah tukar apa apa jika pak menteri kita hebat dlm bidang mereka yg hakiki.
3) tukar mind set?
Bila ada kuasa, senang jer rasuah.
Dulu ada pegawai tentera dituduh rasuah.
Baru baru ini timbul pula pegawai besar polis bukit aman ditahan kerana terlibat dgn rasuah.
Rugi dan tercemarlah islam. Pegawai pegawai tinggi kerajaan pun tak puas puas baham habuan yg haram.
Kena tukar mind set.
Elak dari berada dlm zon selamat. Zon selesa. Bila dah 2 hingga 3 tahun berada di satu tempat ... eloklah pihak atasan pindahkan anu, ani, anot ke tempat lain pula. Dengan cara itu, minda pegawai selalu berubah.
4) jika nak berehs lagi, set minda boleh ditukar dengan cepat jika parti lawan pula diberi peluang memerintah. Bila ini berlaku, baru wujud mind set terbaru.
Jika dulu, 58 tahun orang melayu mengecapi kesedapan berkhidmat dlm kerajaan ..apa kata mulai sekarang kita redhai peralihan kuasa supaya orang cina dan india pula menyarung pakaian serba biru atau hijau itu. Mahu tak?
Ini baru penukaran kerangka fikiran rakyat jelata. Selagi memanda menteri itu melayu, selagi itulah mind set melayu rakyat jelata tidak akan berubah secara mendadak,
Begitulah fikiran saya memanda. Boleh terima tak?
Sekian.
*
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment