Guru lama guru baru

Posted by sazali

Salam

Guru lama tidak mati ...  mereka hilang dari ingatan kalian begitu sahaja.

Guru baru teruslah berbakti ..  mereka ada di sini anak anak .. selalu selalu yer..

He..he..

2)  Susah nak hilang fail , tabiat sebagai guru.  Satu tanda unik sang guru ..pena merah di poket bahagian kiri baju.

Sudah menanda itu dan ini ke Cikgu?  Itu sifat guru.  Banyak helai baju rusak kerana .. pen dakwat merah ini lah.  Apa boleh buat.

3)  Bila melihat guru guru muda zaman lani ..berkereta besar sana sini ..  smart phone ala Samsung / iPad ..  jealous juga .. guru guru lama.  Kami tak merasa semua ini.  Banyak wang digunakan untuk membesar anak anak di sekolah mereka masing-masing.  Kami bekerja sorang sorang jer. Isteri di rumah menjaga hal ehwal rumah dan dapurlah.  Noktah!

Sekarang banyak famili guru ..  didapati suami isteri semua bekerja.  Kadang-kadang ibu ayah yang sudah bersara diminta .. menjaga cucu ..jika larat.

Untung kalian guru guru muda 30 - 45 tahun.

Wang banyak ..  angan-angan pun banyak.

Jangan bimbang ..  amanah tuhan , amanah negara .. jangan dilupakan .. berbaktilah kepada anak anak bangsa supaya mereka terus cemerlang dan berakhlak mulia.

Bila pelajar berilmu ..dan berakhlak mulia ..negara kita terus maju ke hadapan.  Satu negara akan hancur jika .. pelajar ada banyak ilmu tetapi ..  kerana akhlak , nafsu dan syaitan ..  negara tersebut akan hancur juga akhirnya.  Tengok sahajalah Amerika ..sekarang pelajarnya membunuh guru, rakan-rakan se sekolah membabi buta.  Boleh tidur lenakah Amerika ..  cuba anda fikir-fikir sedikit?

Bila akhlak runtuh, suami isteri saling tidak percaya mempercayai ..  rasa rasa ..Amerika boleh hidup aman damai kah begini?  Dashat bukan?

Ok lah ..waktu untuk saya berangkat pulang.  Jumpa lagi esok ..insya allah.

Sekian.
Wasallam.






0 comments:

Post a Comment