nak tidur

Posted by sazali

Salam.

Haiwan tidur. Manusia pun tidur. Tetapi jika kita tidur ikut sunnah nabi, tidur kita jadi ibadat. Alhamdulilah.

Satu benda terbaik kito buat sebelum tidur ialah kita maafkan semua orang. Kita maafkaan pengetua dan p.k.1 kita yg telah memilih kita sebagai pengawas peperiksaan dalam spm, stpm dan stam. Boleh?
Tak achi betul ..tuan pengetua ni. Asyik asyik aku je yg jadi mangsa. Org lain yg pandai bodek dia, duduk bawah dagu dia ..tak dipilihnya. Apalah pengetua ni?

Itu amalan guru sebelum tidur.

Orang lain saya tak tahu ..mungkin askar pun boleh maafkan pegawai atasan yg telah memberi mereka bertugas waktu musim berhari raya ini. Sudah 5 syawal kita beraya d perbatasan. Aku pun ada anak bini jugak. Mak aku pun dah tua sangat dah. Asyik asyik laskar macam aku jer yg kena pegang senjata ni. Kan gila kita kan?

Sekian.

Wallahu aklam. Jika nak hidup lama, hati kena senang.. how? Maafkan org semua semua sekali. Begitulah jika tuan nak hidup lama. Ok?

2 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Slm tuan.. Mulia sungguh bagi seseorang yang dapat memaafkan semua orang tanpa prejudis walaupun mereka itu telah mengguris hati, berlaku buruk, berbuat jahat terhadapnya etc.. Lebih mulia lagi jika dia dapat melupakan segalanya malahan mendoakan baginya.. Allah...terasa diri ini begitu kerdil lagi hina..

  2. sazali said...

    wa alaikum salam ..puan. Begitulah standard hidup yg bBaginda Nabi Muhammad s.a.w bawa untuk dijadikan ikutan dlm hidup kita 24/7 umatnya rahmatul alameen. Susah kan? Saya pun sedang mencuba .. pernah saya mendengar seorang guru .. berpesan .. tuhan mahu kita mencuba dahulu. Berjaya/ tidak .. Allah yg kira. Bukan kita. Orait? [wallahu aklam]

Post a Comment