zon selesa

Posted by sazali

Salam.

Zon selasa adalah satu topik perbincangan yang popular.

Payah nak tulis ini tetapi yg payah nilah yang bagus untuk ditulis dan dikupaskan.

Zon selesa ialah kawasan selamat, zon sedap dan zon bergoyang kaki. Ramai org tertipu dengan perkara ini. Ia bermakna seseorang itu merasa selesa dengan keadaan yg dinikmati kini.  In English, it refers to a state one is comfortable with. It could be job placement, physical location, marital bliss, level of academic achievements one has got so far and many more.

Contoh negara ini. Ada pak menteri bilang negara ini selamat, tetapi 2014 membuktikan kita tak selamat mana pun. Sebuah pesawat MH ditembak jatuh di Ukraine dan sebuah lagi hilang terus dari radar tentera hingga ke sekarang.

Jika kita sudah bersiap sedia ..kerana negara tidak selamat ..mungkin bala 2014 tak terkena kpd kita.

Zon selamat? Ada guru muda fikir dia sudah dikira selamat bila berjaya bertugas di kampung sendiri pada usia 30 tahun. Ini bermakna dia ada 30 tahun lagi sebelum dia berada di ambang persaraan. Oleh itu, dia pun mulalah membina rumah dan rumah kedai ..semua serba besar mengikut selera ayahnda tercinta. Tiba tiba datang surat bertukar tempat bertugas. Gelap sedikit pandangan matanya kerana ..dia kena mencari duit lain bila berpindah ke Johor itu. Rumah sewa di Kota Bharu tak setinggi rumah sewa di Lembah Klang atau London.  Org tak fikir zon selamat, dia bertindak dgn berhati hati kerana jawatan guru adalah jawatan di bawah penguasaan KPM (kerajaan).

Sekian. Sy sambung nanti ( time makan malam).

Now bersambung.
Zon selamat? Ada kawan sy tu suami isteri dan bekerja. Mereka beli semua barang kongsi kongsi. Rumah banglo ..ambik hutang berkongsi. 50 50. Cheque book pun kena kedua dua pihak sign ..baru boleh cash out cheque. Ini semua berjalan dgn baik beberapa tahun. Semua orang anggap mereka partner yg ideal. Sekolah sebut. PPD pun sebut. Mereko serba ideal. Dalam zon selamat semua benda nampok ideal.

Tiba tiba tuhan turunkan krisis. Perang besar. Mereka bercerai bawa diri masing masing. Si ibu bawa anak perempuan dan si bapa bawa all boys. Tidak ada masalah. Tetapi bagaimana dgn harta rumah tu. Masing masing keras kepala setahu saya rumah jer besar ..tetapi sekarang tidak ada penghuni. Itu dia. Jgn selesa sgt adik adik guru. Hidup itu tidak ada sgt 100 per sen semua gerenti.

Zon selamat? Ibadah sembahyang puasa. Kita kena terus belajar takut takut ibadat kita tidak diterima Allah. Bacaan dalam sembahyang semua betul ke? Cara mengambil wudhu semua lulus dah ker?  Cara bangun, duduk dlm rakaat sembahyang berehs belako ko?



Org yg fikir antara terima atau di tolak ..dia akan terus berusaha membaiki amal ibadatnya sepanjang masa. Insya allah.

Sebagai mukmin mukminat pun ..kita kena berada dlm keadaan berhati hati sepanjang masa. Baru Allah terima amalan kita dan redhai dgn kehidupan kita yg fana ini.

Dunia islam dilanda malang kerana umat islam fikir mereka sudah selamat serba serbi. Dengan islam dan sedikit ilmu agama..mereka fikir syurga merekalah yg punya. Mereka fokus kepada beberapa bidang kehidupan sahaja sedangkan lapangan membuat makanan diserahkan kepada org lain. Hasilnya kita bergantung roti sarapan dan biskut minum kopi petang kepada org beragama lain.  Maka timbullah isu haram dalam coklat dan mee kuning.   Bila kita berjaya membuat roti sendiri, rupa rupanya roti kita harganya tinggi dan kualiti roti sudah bertukar sifat dari lembut kepada keras seperti kayu. Oleh itu ..disebabkan zon selesa..org islam berada dlm keadaan payah, semakin  payah dan terus menerus payah.

Kasihan?

Zon selesa? Semasa suami ini hidup ..si isteri cantik jelita membiarkan suami buat semua urusan. Isteri buat kerja dapur sudahlah. Bila suami tiba tiba mati ..barulah isteri berada dlm keadaan serba salah. Akaun bank tak ada. Nak bayar bil air dan bil api pun serba susah maklumlah .. bila kita telan konsep zon selamat ..tiba tiba otak nampak serba bodoh. Ada kereta dan motorsikal pun..kak zan tok reti nok gohead pun. Jatuh ke bodoh , dok ko mu jen?.

Itulah yg berlaku di kampung kampung islam di Yaman, Afrika dan tidak ketinggalan juga beberapa buah rumah di sekitar negeriku ini. Dulu masa arwah ada, semua surat dia tulis, baca dan uruskan termasuk geran tanah sana dan sini.  E-mail , gmail, watapps semua arwah suami serba tahu.
Bila dia terkena panahan petir, semua benda si balu tak tahu mana nak mula. Inilah kesan kehidupan zon selesa. Jgn diambik tahu benda benda lebih lebih ini. Berdosa besar kot?

Zon selesa bnyk merusakkan kita. Ramai kita tak mahu belajar lebih lebih sedikit. Asyik angguk serba faham atas balasoh, masjid jamekk etapi hakikatnya ...kosong ..tak tahu apa apa sebab semua cik abang serba tahu dan cukup ligat macam lipas kudung.

Itulah nasib benua islam kita.

Kita seronok terlampau lampau berceritakan pasal syurga neraka  dan empayar kerajaan islam serba serbi luas dan gagah perkasa. Cerito zaman 1400 tahun yg lampau sehinggakan kita lupa ..dunia ini pun kita kena jaga, untuk kelangsungan hidup anak cucu kita mukmin mukminat.  Tengok sahajalah ..  rombongan rakyat Syria berbondol bondol ke Eropah mencari perlindungan.  Mana gi OIC?  Tak malukah kita bila melihat wanita dan kanak kanak  islam dipermain-mainkan oleh orang orang kapir yahudi dan nasaror?

Itu pasallah zon selesa. Kalau barah dijantung kita boleh buang terus tetapi jika zon selesa sudah menebal dlm diri kita... serba cara nampak tak kena jer. Oleh itu berubahlah sikit sikit. Jgn terlampau malu nak bertanya sesuatu ..bila sudah sesat jalan. Bertanyalah dan belajarlah ..mengapa si abang ikut koperasi guru kelantan, koperasi Batu Pahat Berhad, ambil insuran keluarga dan mcm mcm benda dia usahakan. Dunia bnyk dah berubah kakok zan oooi.

Begitulah serba ringkas. Jgn selesa sangat. Anak anak perempuan ambik tahu banyok banyok. Dah beri motor, ada smart phone di politeknik jeli tu .sila pantau bnyk bnyklah. Nanti besar perut anok kito ..dgn projek serba serbi pantas; malu kito satu keluarga.  Kasihanlah anok daro kito tu .. seluar ketat , dahi licin dan ... cukup canggih serba serbi.  Berwaspadalah. Saya sampaikan jah.

Sekian dahulu. Maaf bnyok bnyok terkasar bahasa dan dunia santun sopan di mano.

Wasallam

Rujukan. Majalah Solusi. Nov 2015.


0 comments:

Post a Comment