Macam-macam

Posted by sazali

Salam

Ada orang celik mata ..dia sihat. Alhamdulilah.
Ada orang celik mata ..dia sakit.  Masya allah.
Ada orang tak bangun bangun ... Inna lillah .... hi ro jiunn

Tetapi ada orang celik mata , sihat tetapi ada problem.  Macam macam problem tuhan hadiahkan kepadanya.

2)  Ada orang problem dengan isi keluarganya.
Ada orang problem dengan sekolah, politeknik, universitinya.
Ada orang problem ..dengan semua orang.  Dasyat!

3)  Mengapa kita bermasalah?

Mengapa orang lain ..nampak tenang sahaja?  Dia pun ada keluarga. Dia pun bekerja.  Kerjanya tak lah setinggi awak tetapi dia relax jer.  Kenapa awak ni?

He..he..he..

Ada orang kerjanya lebih besar dari awak ..lebih bermasalah ..dengan lebih ramai orang di bawah taalukannya ..tetapi dia tenang sahaja.  Mengapa awak ini?

He..he..he..

4)  Marilah kita belajar ..bertenang sedikit ...  kalau dilayan dengan marah awak itu ..boleh jadi awak akan mati cepat nanti.  Maghilah!

Orang itu tenang kerana ..
4.1  dia tahu ..bukan dia sahaja bekerja di sini ini
4.2  dia sedar ..bukan masalah ini tidak boleh diselesaikan pun
4.3  dia tahu ..ada doktor pakar kerajaan di hospital itu; jom kita pergi berjumpa dengannya hari ini
4.4 dia sedar .. kalau memanda menteri pun relax dengan 1MDB berbilion bilion duit negara dilaporkan hilang  ..ini kan kau sekadar pegawai daerah ..pun gelabah ..aduhai ..

belajarlah bertenang seketika.

5)  Panggil mesyuarat ..
tanyalah pegawai bawahan mu.  Mereka boleh menolong mu.

Itu pun kalau kau mintak pertolongan mereka.  Cakap elok elok dgn mereka.  Ok?

6)  Oh masih bermasalah ?

jangan risau .. titik tertinggi masalah ialah satu kematian.

Semua orang mati.  Jika hari ni ..kau mati ..  tak apa ..ada ramai lagi orang akan menggantikan mu ..

apa nak dirisaukan sangat.

Isteri kau?

He..he..he..

jangan difikirkan sangat.  Itu masalah dia. Bukan masalah kau.  (ketawa).
Dasyatlah awak ini ..  selepas awak mati pun ..awak nak risaukan.  Gila benar kau ini.

(ketawa).

Tadi saya ..ada membaca 1 keping hadith dari kitabn tebal di masjid jameek .. .. berbunyi lebih kurang begini ..

kita masuk syurga bukan kerana kebaikan kita pun ..
kita masuk syurga bukan kerana ketaatan kita pun ..
kita dipilih ke syurga kerana ..
ikhsan dari Allah Pencipta syurga.  Itu jer.  Noktah!  so apa nak dirisaukan sangat bro.

Sekian.  Fikir-fikirkanlah.
Wallahu aklam bis sawab.




0 comments:

Post a Comment