tangan yg memberi ..

Posted by sazali

Salam

Ada simpulan bahasa inggeris berbunyi beginilah  ..
don't bite the hands ..that feed you.

Dalam bahasa melayu ..maksudnya ialah ..


jangan kita gigit ..tangan orang yg memberi kita makan selama ini.

Ingat-ingat anjing anjing pun faham simpulan bahasa ini kot?  Betul ..  anjing pun faham. Tak percaya tanya orang orang cina di negara ini.

2)  Tetapi sayangnya dalam kalangan manusia , lain pulak lagaknya.  Tengok sahajalah :

2.1  tangan kerajaan -  pelajar melayu dengan prinsipal 1E pun boleh belajar di universiti di kala itu . 1960 - 1970.  Pelajar melayu +bumiputera dengan agregat MCE lebih dari 20 pun dihantar oleh kerajaan ke luar negara demi merealisasikan DEB 1970'an ..

Bila dah graduan, dio boleh pekerjaan best best.  Beli rumah, kereta, aset, kawin dengan org bandar .. dpt ramai kawan seluruh dunia ..

Tak sedarkah dia ?

Kalau nak ikut standard orang lain ..3 prinsipal A baru boleh belajar di menara gading.  Ini tidak, kerajaan telah melakukan satu kebaikan .. pada kalian.

Jangan lupa itu profesional melayu?
dan dalam

2.2  kalangan anak anak ;

ibu ayahlah .. yg membesarkan kamu.  Ada yg menoreh getah, ada yg menuai padi,  ada itu ... guru lama ..ke sana sini menaiki basikal gajah ; polis, tentera, kerani , nurse, MA ..

di kala itu ..jika

Duit ada RM30 ..pun .. baju seluar tak bertukar-tukar ..tahun demi tahun.  Opis berkipas sahaja.  Bila berpusing kipas, cukup bising kipas ini.

Mengapa?  Mereka simpan duit itu ..untuk menyekolahkan kamu dari sekolah rendah, sekolah menengah hiinggalah ke universiti malaya.  Waktu engkau ingin menghadhiri temuduga, mereka jual itik, ayam, kambing, kerbau, lembu untuk membawa kamu ke kota.  Doa selamat - agar engkau berjaya.

Sekarang dah ..senang ..  lupakah kamu kepada ibu bapa mu itu..?

Kasihanilah mereka.

Dulu mereka kuat. Sekarang bila usia sudah meningkat, banyak penyakit saling datang tak putus putus.  Buatlah satu panggilan ..  tanya khabar mereka.  Dengar suara mereka yg sedang terlantar sakit.  Suara mu itu ..mahal ..tau?  kadang kadang mereka terus bangkit dari katil hospital bila mengetahui anak anak mahu pulang ke pangkuannya - sekadar melawat sahaj.

Jangan lupa yer?  ayah bonda.

Hargailah mereka yg telah bersusah payah untuk kita semua.  Ciumlah tangan yg pernah memberi tidak putus putus .. demi kejayaan mu.

Sekian.

wallahu aklam .

0 comments:

Post a Comment