jika pokok bergoyang ...sahlah ..

Posted by sazali

Salam.

Jika pokok bergoyang, sudah tentu ada angin yang sedang bertiup kencang. Jika di kawasan pantai, pokok pokok rhu akan berkeadaan begitu, bila angin bertiup kencang dari arah laut.

Aghhh..begitulah di masa ini.

Rakyat nampaknya tidak begitu berpuas hati dengan kenyataan beberapa orang menteri melayu kita di kala ini.
Mengikut kamus Pak Sako..melayu itu islam. Islam itu melayu. Tak puas hati dgn menteri melayu samalah tak puas hati dgn orang orang islam.
Pertama, jika tak mampu bayar tol, rakyat di minta bangun pagi pagi untuk mengambil jalan lama yg tidak betul. Pelik, sekarang ramai org kena bunuh dan anak anak tiba tiba hilang dari kawalan mata ibu ayah. Jika d ikut nasihat menteri melayu islam tadi, lagi bnyk masalah akan timbul. Buat masa ini, pihak polis pun tak terdaya untuk mengawalnya. Lagi pun waktu subuh jam 6 pg baru boleh solat. Tak fikir solat subuh ke Pak Menteri ini?

Oleh yang demikian, sahlah menteri kita tak berapa pandai membimbing rakyat.  Bukan seorang rakyat jer..yg tak begitu gembira dgn menteri tersebut ..tetapi ramai lagi rakyat yg menulis dgn nada yg sama.

Dulu org melayu miskin melenting dgn menteri tersebut. Sekarang org cina dan india pun dah mula ikut rentak iaitu mereka cukup cukup turut terasa.

Maka secara logik, bila ramai bangsa complain..maka sahlah ...menteri ini tak secerdik mana pun. Tali leher dan kot jer yg ada. Otak mu di mana yer pak?

Kasihan Malaysia.

Untuk selamat, negara memerlukan barisan menteri yg cerdik pandai. Kalau tak pandai ..lebih baik berdiam diri. Minta pegawai pegawai kerajaan yg mencadangkan bagaimana nak selesaikan masalah tol dan mcm mcm lagi.

Betul tak.?

itu baru menteri pertama. Belum lg menteri menteri yg lain

sebagai penutup, eloklah pihak menteri hadhir ceramah ceramah org org pandai sedikit sebanyak saban hari. Mana tahu ..dgn cara ini ..tahap intelek menteri bertambah tinggi.

ada satu hadith..jika berkawan dgn tukang besi ..tak dapat besi ..baju kita terkena asapnya.

jika berkawan dgn org menjual air wangi, jika tak dapat air wangi sekurang kurangnya kita mendapat baunya. Untung jugak bukan?

begitulah ,, fikiran saya.

org cerdik, dia berkawan dgn orang cerdik sejak dahulu lagi. Sejak turun temurun.
org kurang cerdik, mungkin ramai kawan kawannya yg tak secerdik manor pun. Sebab itu kesan buruk bergaul dgn org org tak cerdik..nampaknya kesannya terserlah sudah.
Begitulah untuk hari ini.

Sy mohon maaf. Sy hidup di tepi pantai jer. Bila bergoyang pokok pokok, mesti kuat sang badai melanda.

Sekian. Boleh fikir fikirkan dan ayuh tukar strategi. Belum terlewat lg..p.r.u akan dtg juga satu hari nanti.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment