berhujung minggu di kelantan

Posted by sazali

Salam.

Saya bercuti 2 hari di Kelantan ni. Cuaca cukup baik dari Pulau Pinang ke sini. Bertolak jam 630 pg dan sampai 6 jam kemudian. Mengikut piawai cukup perlahan pergerakan kami. Tak apalah. Yang penting selamat, sihat dan sejahtara.

Minyak rm50 jer satu haluan. Vios katakan. Pergi balik mungkin rm100 sahaja.

Syukur rumah di pasir putih jah. Syukur alhamdulilah.

2) tujuan pulang ke kampung ialah meninjau tahap keselamatan rumah tangga ni maklumlah ..tahun 2014 ..tuhan hantar bencana alam yg dasyat ke negeri cik siti wan kembang ni. Rumah kami dinaiki air ..dan adalah harta benda yg rusak seperti perabut, peralatan elektrik dan mcm mcm lagi. Nak hitung rugi ..mungkin menjangkau rm10 hingga rm30k banyaknya tetapi bila dilihat ada orsng di ulu kelantan yg kehilangan semua harta benda ..kami rasa bersyukurlah ..tidak seteruk mereka. Kasihan?

3) selain dari tujuan di atas, kami pulang ke desa untuk merehatkan badan dan fikiran. Tahap oksigen lebih baik d sini jika dibandingkan dgn Georgetown. Oksigen ini percuma sahaja ..tak perlu bayar apa apa. Lagipun kereta kami seronok parkir sendirian dlm tanah luas jgk lah. Syukurkah kasi vios rehat dan santai sikit. Di Grorgetown, semua berduit.

3.1 parkir kena duit
3.2 kencing pun kena duit
3.3 makan minum di Sungai Gelugor ....kena duit jugak. Ramai pengemis. Ada muka melayu, mamak, rohingya dan mcm mcm. Rasa cepati tak enak mana pun bila pengemis datang menghimpit kiri dan kanan. Malaysia syurga pengemis. Tak percaya dtglah. Jika selamat dari geng ini ..dlm kereta ,..ada org ketuk tingkap kereta. Bila d bukak, banyak story dari insan insan berwarna warni. Isterinya nak kena operate jantunglah, rahim isteri kena sealed 100% lah, anak dara dia dibawa lari lah ...hishhh...cukup sedih sekali. Jika nak masuk syurga secepat kilat dtglah ke sini. Banyak story anta, ante, ...mcm mcm ada.
3.4 Jika silap pakir di USM ..pekerja mereka clamp tayar kereta kita. Masya allah.

Kena banyak bersabar jika nak melawat pulau mutiara ini. Sabar itu 50% iman. Oleh itu datanglah ..berlatih membina iman.

4.  Makanan di kelantan ..tak semurah dulu lagi ..kerana rakyat kelantan ramar doh ngaji tinggi tinggi terutama uitm ( universiti ini tolong melayu) , uthm (universiti tatang hayat melayu) dan utm (universiti t×××ang
 Melayu). Sekarang banyak benda bertimbang gram, kg dan tonne. Rambutan sekilo rm3 ..jika bawak buah tangan .2 kilo kira kira rm6.000 kena fork out duit. Itu baru rambutan ..banyak semut dari bulu buahnya.  Berhati hati sedikit ..nanti kereta anda bersemut hitam.  Untuk mengelak benda ini berlaku, kupas dulu kulit mottan dan bawa isinya sebagai buah tangan. Dulu 30 hingga 40 tahun yg lalu .,jika kita beli beras siam ..jika di bayar rm30 untuk 8 gantang makchik ..berah ..beri segenggam dua free of charge. Jika bayar  rial, dio we 3 genggam free. Sedekah. Masya allah. Sekarang hasil falsafah pendidikan negara..payah dah nok tengok mok chik we beras free segenggam dua ni maklumlah ..dah ada GST lah, minyok petrol mahal doh ..dan mcm mcm lagi. So what to do baby? Just take it slowly but really pahit nyo.

Semasa menulis blog ini, cuaca cukuplah oanas. Mengantuk ada, letih dan lapar semua ada. Anak kami jer yg tiada. Semua dah besar, panjang dan berat ...kilogram timbangan badan masing masing.

Oleh itu saya dan isteri jer di kampung.

Teringat kato arwah ayah. Jika tak ada kampung, rugi benar mu lee. Melayu keno ada kampung. Tempat lahir dan tempat mati mu. Melayu keno ada kampung ..maka.. sekarang baru saya sedar ..betapa untung kito masih ada kampung halaman. Tak besar tak apa. Yg penting kita ada kmpung sekangkang kero.

He he he. Terima kasih.

Bila teringat perjuangan umno ..patutlah ..mereko gilo sangat bercakap pasal harta , tanoh, pitih, emas dan mcm mcm.  O yes..arwah ayah pro Tun Mahathir. Al fatihah.

Rumussn crrita ialah .jgn gaduh gaduh dgn ayah. Comel huduh ..dio ayah kito seorang tu jah.  Harap harap satu hari nanti zuriatku pun menghargai susah payah tok nenek mereko semua.

Sekian.
Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment