Kepala Batas Dewan Melinum

Posted by sazali

Salam

Tadi saya hadhir ke program ibu bapa cemerlang di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Penceramah Dr Syukri Abdullah dan isterinya Puan Hjjh Jamilah ..ke ..tak ingat ..sorry?

Tajuk Ibu bapa top , anak mantop!

Macam macam didedahkan.

Rumusan:

1)  kita kena beri masa kepada anak anak.  Love is time for the children... time is love.  Not money or presents.

2)  nak latih anak cemerlang ..kita kena mulakan dari anak itu masih bersekolah rendah kerana kita control mereka 100%.  Jika tunggu pada umur 15 tahun ke atas ..kita punya control 40% sahaja.

Kawan kawan anak anak kita memberi pengaruh besar kpd akhlak anak anak kita.

Jika sayang mereka ..  kawallah anak dengan siapa mereka berkawan.

3) Smart Phone tidak bagus untuk pelajar pelajar.  Ramai ibu bapa hadiahkan SP membabi buta. Untung sedikit ..bala nya banyak.  Itu Dr Shukri beritahulah ..  if betul , betullah ..if dia tak betul ,  saya sekadar peserta kursus sahaja iaitu menadahkan telinga mendengar. Ada klip video ..  mantan PM Tun Mahathir ada komen ..pengaruh internet dan bahan lucah teruk melanda kita. Kerajaan tak mampu sangat nak kawal benda alah ini. Di lihat mak ayah cukup ketat mengawal orang masuk rumah dgn kunci kunci mahal tetapi rumah kita terngangga luas dgn bahan bahan tak bermoral dari luar siber. Jika Tun kata begitu, maka kita ibu bapa kena 200% bersiap saga. Bala melanda. Anak luar nikah dah dibuang ke dalam masjid dah. Dulu longkang dan anak sungai destinasi ....sekarang halaman masjid dan surau dijadikan ganti. Astaghfirullahal azeem.

4)  Terdapat 10 keluarga yg tip top seluruh negara .  Semua anak mereka dapat 18A+  termasuk seorang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu.  Anak nelayan jer.

nak komen sedikit?  Cina Temerloh , India Butterworth  pun score SPM itu ..kenapa kita nak tiru mereka bulat bulat. Stress anak anak itu tau?

Adakah semua A+ .. matlamat kita menghantarkan anak anak ke sekolah ?  Bagi saya, yang paling penting .. biarlah mereka seronok belajar sudahlah.  Bila seronok, mereka akan cari ilmu di mana mana jua tanpa kita berada di samping mereka.  Auto pilot ?

Disebabkan kita beria-ia sangat dengan hasil 18+ A ini .. kita dijadikan hamba oleh anak anak.  Dulu saya terserempak dengan ibhu ayah ..buat photostat peta Malaysia .. untuk anaknya  dekat dekat dengan time cina apek menutup kedainya.   Dasyat ...  ibu bapa bersusah payah ..untuk melayan anak dan cikgu di sekolah.  Adakah ini sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam konteks mencari ilmu mewarna peta Malaysia dengan pencil warna Lunar?  saya rasa ..kita dah gilo sakan niii.

Pasal tahfiz, huffaz ..bagus jugak.  Hati mereka bersih , suci dan murni.  Tahniah ibu bernama Puan Nazrah yg dapat membimbing 5 orang Profazz itu.  Saya cukup kagum.  Alhamdulilah.

Sembahyang jgn ditinggalkan.  Bila ditinggalkan ..rusaklah keluarga.  Selalu solat anak lelaki jer ..mak ayah beratkan sedangkan ..solat anak perempuan ..macam macam ..  nampat tak berat sangat mereka.  Bila anak perempuan jaga solat mereka .. ni generasi ibu masa hadapan.  Cerah masa depan rakyat melayu jika solat dan agama anak anak perempuan kita pakat pakat jaga.  Jngan aurat jer kita pentingkan ..sedangkan solat 5 waktu sehari nya tidak. Rugi!

Sekian. Saya merasai hari ini ...  saya dapat jugalah  ilmu keibubapaan di sini.

Tahniah.

Terima kasih kepada Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment